‘Risaunya, anak dah lama batuk tak baik-baik’ pasti keadaan ini membuatkan kita sebagai ibu bapa risau.
Menurut perkongsian Dr. Mazliana, penggunaan lemon dapat membantu meredakan batuk kerana kandungan nutrisinya yang tinggi. Ikuti perkongsian ini.
Cari lemon bila anak batuk kahak lebih seminggu tak baik-baik lagi. Lemon bantu cairkan kahak anak.
Dalam lemon ada kandungan citric acid yang tinggi. Ini yang buatkan kahak anak mudah mencair.
Perah setengah biji air lemon, larutkan dalam air suam 1 cawan.
Kalau campur madu lagi baik (Bagi anak 2 tahun ke atas)
Bagi anak minum, paling kurang sekali sehari.
Anak yang tengah asthma, minum 2 kali sehari.
Ads
Lemon hanya untuk anak batuk kahak, umur setahun dan ke atas.
Lemon jugak, tinggi dengan vitamin C. Bantu kuatkan imuniti anak, lawan jangkitan kuman yang sebabkan batuk berkahak.
Korang cuba k. Kita ikhtiar sampai anak sembuh, insyaAllah. Usaha dari kita itu perlu, yang sembuhkan itu Allah.
Bagi seorang wanita, melahirkan anak adalah pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Ia antara sakit yang cukup memeritkan tetapi akan rasa nikmatnya bila melihat bayi depan mata.
Cuma bagi ibu yang diuji kehilangan anak selepas melahirkannya, ia satu ujian sungguh besar. Seperti kisah ibu ini, Puan Nur Hakimah Rais, pemergian anak tercinta selepas dua hari dilahirkan benar-benar buatkan dirinya rasa sedih tapi dia reda dengan ketentuan ilahi.
Menerusi perkongsiannya di FB, Puan Hakimah mengakui melahirkan anak keduanya ini sangat mudah sekali pada 8 Ogos lalu. Kelahiran berlaku di rumah tanpa sempat ke hospital tetapi begitu mudah juga anaknya kembali kepada Sang Pencipta.
Berikut perkongsian Puan Nur Hakimah yang sangat menyentuh hati.
Journey pregnant kali kedua ni agak mencabar ya. Tapi lahirnya mudah kat rumah.
8/10/2022 – 8.25 am
Perempuan – 2.74 kg
Tempat – bilik mandi
✅33 week – detect bleeding tapi tak de contraction ke apa. Masuk wad untuk pantauan
✅ 36 week – keluar lendir darah..pi hospital..ingat nak bersalin dah..rupanya dia bertahan lagi ..good job baby
✅39 week – start contraction 11 malam. Layan contraction sampai 4 pagi. 4 pagi tu rasa sakit sangat dah tapi boleh tahan lagi.
Pi hospital cek bukaan baru 2 cm. Contraction jarak 3 minit sekali. Dr bagi balik sebab rumah dekat je ngan hospital. Layan contraction dengan atur teknik pernafasan je.
Berjalan je sekeliling rumahh tuu. Kalau contraction mai..berhenti kejap..
Tarik nafass, tak mampu dah nak buat senaman bukaan ke apa. Last sekali rasa macam kerap sangat dahh sakit.
Tak tahan dahh tapi takut pi spital bukaan macam tak banyak lagi sebab baru pukul 8..
Masuk bilik air mintak suami siram dengan air suam. Siram bahagian belakang kat pinggang..
Sambil kita duduk macam nak sujud. Rumah takde water heater ya.
Manual aja kita panaskan air letak dalam baldi. Kena air panas dia legaa sikit layan contraction.
Sekejap je layan air panas tu. Pop! Meletup air ketuban keluar. Suh suami cepat2 start motor hantar adam pi umah tokmi dia ..Sebab nak pi hospital balik.
Tinggal imah dalam bilik air tu sorang. Tak tahu macamana dia mai rasa nak pushh terus dahh..Memang nak keluar dahh..2/3 kali pushh..Keluarr baby terusss. Sambut sorang diri.
Bapaknya pi hantar adam kejap je ya..Sebab jarak umah tokmi dekat sangatt tak smpai 3-5 mnit rasa..
Abinya balikk nampak imah pangkuu baby dahh..Terkejutt bapaknya. Baru tinggal kejap je..Usahkan bapaknyaaa..Emaknyaa terkejut tiba2 keluar baby ..
Cepat-cepat kol nurse klinik yang incaj kita..Depa mintak nurse-nurse yg bertugas datang sebab hari sabtu cuti. Datang sambut baby..potong uri semua..Dah setel semua..
Ambulan datang angkut pi klinik desa untuk pantau ibu. Baby kena pi hospital besarr. Sebab ibu ada sejarah gbs. Baby kena on antibiotik..
Jadinya berulang kali jenguk labour room pun, takdirnya beranak kat rumah. Dia tetap beranak kat rumah. Sekarang ibu pantang kat rumah.
Anak syurga kami yang Allah pinjamkan sekejap.
Lahir 8/10/2022 ( 8.25 pagi)
Allah ambil semula pinjaman dia
10/10/2022 ( 10.45 pagi)
Reda ketentuan ilahi
Semalam cerita mudahnya sungguh kami melahirkan. Rupanya memang anak yang paling terbaik kami dapat. Anak syurga Allah pinjam sekejap.
Pukul 3 pagi dapat kol dari hospital. Mintak datang tengok anak sebab tak stabil dah.
Sampai je Dr bagitau anak punya paru-paru dah tak dapat nak survive. Dia ada jangkitan kuman pada paru-paru.
Support guna machine pun tak capai oxygen yang stabil. Ubat pun memang dah guna 4 jenis yang kuat.
Memang kena bersedia sebarang kemungkinan. Jadinya lepas tengok baby, kami keluar duk tepi koridor sambil bercakap dari hati ke hati berdua.
Kami memang ikhlaskan dia pergi.
Allah bagi sangat banyak dah nikmat.
Allah bagi mudahnya melahirkan dia.
Allah bagi terlalu banyak sangt dah nikmat.
Sampai kami malu nak mintak lebih- lebih. Cuma berpegang pada kata-kata.
Setiap apa yang Allah bagi kat hamba dia. Mesti itu yang paling terbaik.
Tiada yang lebih terbaik dari Pencipta yang kenal akan hamba dia.
Harini kalau paksa dia survive, belum tentu itu yang terbaik untuk masa depan dia.
Jadi kami serahkan apa yang terbaik untuk dia. Wallahi redhaaa seredhaaanyaaa.
Pangku baby tadi buat terakhirr kali. Sempat tengok dia tarik nafas 3 kali. Pastuu ibu rasa dia pergi dah.
Sesungguhnya ibu halalkan segalanya kat dunia ni. Tarik ibu dan abi nanti kat syurga.
Doakan ibu dengan abinya kuat sekuatnya.
❤️AINUL SYAHIDAH BT SYAHMIEZAN❤️
💞(8/10/2022-10/10/2022)💞
Pergilah kamu bermain di taman syurga💞
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bila anak-anak demam mak dengan ayah memang tak senang duduk. Ye lah tengok anak yang tak bermaya tak aktif macam biasa. Makan dan minum susu pun kurang, lagilah tambah risau dengan keadaan anak yang dijangkiti demam.
Ubat dah bagi tapi demam tak juga kebah, badan anak masih lagi tak bermaya seperti perkongsian dari seorang ibu Maryam Elyas atau lebih dikenali sebagai Cik Yam. Lebih membimbangkan apabila anak keduanya yang baru berusia 2 tahun 5 bulan itu muntah-muntah.
Atas saranan seorang kenalan di Facebook miliknya yang mencadangkan supaya Cik Yam membawa anaknya itu berurut, akhirnya si kecil sembuh dari demam dan kembali aktif serta ada selera makan.
Isnin baru ni, anak CikYam yang nombor dua demam. Umur dia 2 tahun 5 bulan. Awal pagi tu dia sihat je. Dalam jam 10 pagi macam tu, tiba-tiba badan dia panas. Lepas tu makan tak nak, susu pun kurang minum.
Bila petang, badan dia makin panas. Asyik nak tido je. Ubat demam masih ada kat rumah. So CikYam just continue dengan ubat demam je la. Kalau gi klinik pun, biasanya doktor akan bagi ubat demam je kan? Nak cek darah pun, baru demam sehari.
Malam tu, continue lagi ubat demam. Susu dia minum tapi tak sekerap biasa. Makan nasik tak nak. Just roti je sikit. Badan dah nampak susut dah. Pagi Selasa, CikYam bangun tidur dan pegang badan dia macam tak panas sangat. So CikYam decide untuk pegi keje memandangkan keje kat opis memang dah menunggu.
CikYam pesan kat Mr Mama supaya bagi ubat demam ikut time. Jangan pakaikan baju, kerap basahkan kepala dan letak kain basah kat dahi.
Petang CikYam whatsapp Mr Mama, keadaan anak OK. Lewat petang, senja macam tu, Mr Mama whatsapp kata anak muntah bila dia suap bubur. Terus CikYam bergegas balik rumah. Kalau dah tahap masuk muntah ni macam dah bahaya.
Dalam masa yang sama, dalam perjalanan balik rumah, dapat PM kat facebook. Dia tanya keadaan anak. Ada batuk tak? Ada selesema tak? Ke demam je. Ye, anak CikYam tak batuk dan tak selesema. Cuma demam je. Dah makan ubat demam ikut sukatan betul tapi tak kebah.
Dia cadangkan ce bawak anak gi berurut. Ermmmmm. Tak pernah dengar lagi ni budak pun nak kena urut. Ingat orang dewasa je yang kena berurut. Tapi alasannya boleh pakai jugak sebab budak-budak kan lasak. Melompat sana, melompat sini.
Terus CikYam whatsapp tukang urut yang urut CikYam masa bersalin dulu. Alhamdulillah, tukang urut boleh datang tapi kena tunggu sebab dia urut kastemer lain dulu. Jam 10.30 malam macam tu, tukang urut datang. Dia orang apartmen CikYam ni jugak. Rezeki anak CikYam la sebab selalunya tukang urut ni memang bizi.
Masa anak kena urut, dia diam je. Menikmati badan diurut. Terpejam-pejam mata dia sedap kena urut kot. Setengah jam urut, anak dah nak terlelap. Dari dahi sampai la ke hujung kaki badan dia diurut. Lepas urut, dia terus tido lena. Tukang urut kata kat tangan dia belah kanan ke kiri entah, CikYam tak ingat, kat area situ urat dah bersimpul-simpul. Mungkin dia selalu bergayut kat gril kat balkoni umah CikYam tu. Pastu perut dia banyak angin, mungkin sebab dia seharian tak nak makan. Hai la anak.
Esok pagi, tukang urut pm. Dia tanya anak OK ke? CikYam kata nampak macam OK. Tukang urut suruh pegang belakang badan dia panas lagi tak? Sebab badan anak CikYam tu belakang dia lebih panas daripada yang depan. Bila CikYam pegang, tak panas dah. Allahu lega rasanya.
Pagi tu CikYam gi keje kepala lapang sikit la sebab anak dah tak panas badan lagi. Bila whatsapp Mr Mama, dia kata anak dah nak makan. Makan bubur, makan roti jala. Bila malam CikYam balik keje, malam tu suap nasik dengan kuah ayam masak lemak kuning, dia makan berselera. Dalam jam 10.30 malam pulak, dia nampak Mr Mama masak burger untuk kastemer, dia mintak pulak roti burger bakar sapu marjerin. Makan lagi.
Alhamdulillah anak CikYam sembuh daripada demam asbab berurut. So gais, mak-mak sekalian, may be perkongsian CikYam ni bermanfaat. Budak-budak pun kena gak urut sebab ada part bahagian badan dia yang mungkin penat sebab lasak sangat bermain. Kan?
Ada yang amalkan berurut untuk kebahkan demam anak ke? TQ Asyiqin Mohd Mohdi yang bagi saranan urut anak.
Tak salah nak cuba kan, berurut tu memang baik untuk melancarkan peredaran darah dan membuang angin dalam badan. Mungkin selama ini kita fikir hanya orang dewasa yang perlu diurut kerana anak yang masih kecil tak perlu semua itu. Tapi tak salah mencuba atau usaha kalau sudah bawa anak ke klinik dan beri ubat ikut apa yang doktor sarankan. Mana tahu jadi asbab untuk sembuh macam anak Cik Yam ini.
Ada yang kata kalau bersalin caesarean tak boleh makan lada hitam. Tapi sebenarnya, lada hitam boleh diamalkan oleh semua orang kecuali ibu hamil. Ia sangat bagus diambil oleh ibu yang bersalin secara caesarean. Kenapa bagus? Lada hitam berfungsi untuk menghangatkan badan dan bersifat karminatif di mana membantu proses pengeluaran gas daripada perut dan usus.
Manfaat lada hitam
Membantu proses yang menggalakan mengekstrakkan semua nutrien makanan.
Lapisan luarnya yang mengandungi fitonutrien kuat merangsang pecahan sel-sel lemak. ia juga menggalakkan perpeluhan dan membuang air kecil dan merupakan cara yang baik untuk menghilangkan air berlebihan dan toksin daripada badan. Kesemua kativiti ini secara ringkasnya boleh menurunkan berat badan.
Info tambahan;
Apa yang perlu dielakkan?
Caesarean perlu elakkan sumber protien yang tinggi kandungan asid contohnya ikan pari dan ikan kayu. Jika sejak sebelum hamil memang ada masalah alahan, gatal kulit, resdung, keputihan, sembelit, jerawat, anda perlu elakkan sumber protein yang mencetuskan kegatalan ini. Contohnya ikan bilis.
Jenis ikan bilis yang boleh diambil
Ikan bilis kecil bermata biru boleh diambil, namun ikan bilis bersaiz lebih besar perlu dielakkan kerana ia bersifat gatal.
Ikan bilis bermata biru
Hal ini mungkin disebabkan oleh kandungan amino asid yang berbeza di dalamnya. Makanan yang dikeringkan memang boleh menyebabkan kegatalan. Makanlah secara sederhana biarpun bersalin secara pembedahan.
Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alergi
Sumber daging seperti sumber daging lembu dan ayam sebaiknya diambil setelah luka jahitan baik. lebih-lebih lagi jika anda ada masalah alahan.
Elakkan makanan yang membuatkan anda lergi seperti susu lembu, tepung gandum, telur (melainkan telur ayam kampung), oat, barli dan kekacang. Namun badam dibolehkan jika anda tidak alah sejak hamil. Contoh makanan yang mengandungi gandum adalah roti dan minum Horlicks.
Sebaik-baiknya, rujuklah bahan yang digunakan dalam pembuatan sesuatu produk dan bandingkan nilai nutrisinya. Hal ini kerana makanan-makanan ini merupakan faktor angin berkumpul di perut, menghasilkan mukus dan menyebabkan keradangang kulit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!