Selain perasa CBB, CFS, serbuk ikan bilis dan serbuk ayam homemade, Mirepoix juga tidak kurang hebatnya dalam memberi rasa kepada makanan bayi. Bukan hanya rasa bahkan mirepoix juga dikatakan baik untuk menaikkan selera anak kecil kita. Bagi anak yang tidak mahu makan, mama boleh cuba resipi ini.

Paling penting cara hendak menyediakannya juga teramat mudah. Hanya gunakan tiga bahan sahaja dalam cara pembuatannya. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea ni. Ringkas.

CBB Dan CFS Dah Sudah, Boleh Cuba Mirepoix Ibu Ni Untuk Tambahkan Perasa Anak!

 

MIREPOIX ( BAHAN PERASA ) UNTUK BABY

Pernah dengar pasal mirepoix tak? Selain cbb dan cfs , mirepoix juga salah satu bahan perasa dalam masakan anak anak. Ramai yang mengatakan bahawa bahan bahan ini membantu untuk menaikkan selera makan anak anak.

IKLAN

Antara bahan yang digunakan untuk menyediakan mirepoix ialah bawang holland, celeri dan lobak merah. Bahan ini dipotong kasar dengan nisbah 2 : 1 : 1. Mudah je kan bahan bahannya.

Mirepoix ini sebenarnya sos asas dalam masakan dan sering digunakan dalam masakan seperti sup, stew dan marinate. Kalau anak anak macam dah tiada selera makan tu cubalah buat mirepoix ini. Siapa tau boleh tarik selera anak makan kan.

Bahan Bahan:
2 cawan bawang holland
1 cawan lobak merah
1 cawan seleri
2 sb minyak zaitun

IKLAN

CBB Dan CFS Dah Sudah, Boleh Cuba Mirepoix Ibu Ni Untuk Tambahkan Perasa Anak!

Potong kasar ke semua bahan.

CBB Dan CFS Dah Sudah, Boleh Cuba Mirepoix Ibu Ni Untuk Tambahkan Perasa Anak!

IKLAN

Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan sehingga kekuningan menggunakan api kecil. Tidak perlu lama kerana hanya mahu mengeluarkan aroma sahaja. Sejukkan seketika.

CBB Dan CFS Dah Sudah, Boleh Cuba Mirepoix Ibu Ni Untuk Tambahkan Perasa Anak!

 

Kemudian kisarkan bahan bahan tersebut. Tuangkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti bahagian sejuk beku.

Siap!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI