
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin menghampiri paras 200 pastinya mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu ayah, terutama apabila anak-anak masih perlu hadir ke sekolah dalam keadaan jerebu yang belum reda.
Lebih merisaukan, Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) pula dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan. Situasi ini membuatkan ramai ibu bapa berada dalam dilema sama ada mahu menghantar anak ke sekolah atau mengutamakan keselamatan dan kesihatan mereka.
Bagi ibu ayah, kedua-duanya sama penting. Mereka tidak mahu anak terdedah kepada udara tercemar, namun dalam masa sama bimbang sekiranya ketidakhadiran ke sekolah menyebabkan anak terlepas ujian yang telah dijadualkan.
Mengambil kira keresahan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa UASA ditangguhkan susulan situasi jerebu yang masih melanda negara.
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
UASA Ditangguhkan, Sekolah Diberi Ruang Susun Semula Jadual

Menerusi kenyataan pada Khamis, KPM memaklumkan keputusan penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira kebimbangan ibu bapa dan penjaga terhadap tahap kesihatan anak-anak, khususnya murid yang perlu hadir ke sekolah bagi menduduki pentaksiran berkenaan.
Menurut KPM, pihak sekolah diberikan ruang untuk menyusun semula jadual pelaksanaan UASA memandangkan ujian tersebut merupakan pentaksiran kendalian sekolah.
Ini bermakna pihak sekolah boleh menetapkan jadual baharu yang lebih bersesuaian dengan keadaan semasa.
“Jadual baharu akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga. KPM memahami dilema yang dihadapi ibu bapa.
“Mereka mahu melindungi kesihatan anak-anak, namun pada masa sama bimbang sekiranya ketidakhadiran ke sekolah menyebabkan mereka terlepas pentaksiran,” menurut kenyataan itu.
Dengan keputusan UASA ditangguhkan, ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang mengenai jadual pentaksiran asal kerana pihak sekolah akan membuat penyelarasan berdasarkan keadaan semasa.
Kesihatan Dan Keselamatan Murid Jadi Keutamaan
Dalam pada itu, KPM menegaskan bahawa kesihatan dan keselamatan murid akan terus menjadi keutamaan sepanjang situasi jerebu melanda negara.
Pada masa sama, kementerian turut memberi jaminan bahawa pelaksanaan pentaksiran akan tetap diuruskan secara teratur meskipun terdapat perubahan pada jadual asal.
Bagi ibu ayah, penangguhan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak, khususnya ketika kualiti udara berada pada tahap yang membimbangkan.
Keadaan udara yang tercemar juga boleh menimbulkan kebimbangan khususnya bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma. Justeru, ibu bapa perlu terus memantau keadaan kesihatan anak-anak sepanjang tempoh jerebu.
Artikel Trending: “Furqan Mukmin Pergi Tanpa Signal, Post-Mortem Tak Detect Apa-Apa” Ibu Reda Pemergian Anak, Doktor Tak Jumpa Punca
Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun
Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Ibu Bapa Perlu Tunggu Pemakluman Jadual Baharu UASA

Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga disarankan supaya sentiasa mengikuti pemakluman rasmi daripada pihak sekolah berhubung tarikh baharu pelaksanaan UASA.
Walaupun UASA ditangguhkan, ibu bapa masih boleh membantu anak-anak membuat persediaan secara berperingkat di rumah sementara menunggu jadual baharu diumumkan.
Persediaan yang dilakukan dalam suasana lebih tenang dapat membantu anak-anak mengulang kaji pelajaran tanpa perlu terlalu memikirkan perubahan jadual pentaksiran.
Selain itu, ibu bapa juga disarankan supaya memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa dan mengurangkan aktiviti luar rumah apabila kualiti udara berada pada tahap tidak sihat.
Langkah berjaga-jaga ini penting terutama bagi murid yang mudah mengalami batuk, alahan atau gangguan pernafasan ketika keadaan berjerebu.
Keputusan UASA ditangguhkan juga memberi ruang kepada pihak sekolah untuk memastikan urusan pentaksiran dapat dilaksanakan dengan lebih teratur apabila keadaan kembali mengizinkan.
Apa yang paling penting, kesihatan anak-anak perlu diberi perhatian agar mereka dapat kembali mengikuti pembelajaran dan menduduki pentaksiran dalam keadaan yang lebih selamat.
Sumber: Fadhlina Sidek
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

