Polis mengesyaki cemburu antara motif seorang wanita hamil ditemukan mati dengan kesan tembakan pada perut di dalam sebuah kereta di tepi jalan Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata bagaimanapun polis akan melakukan siasatan menyeluruh dalam kes tersebut bagi menentukan motif sebenar.
Muhamad Zaki berkata mangsa kemungkinan ditembak menggunakan pistol separa automatik .38 berikutan penemuan kelongsong peluru.
“Polis akan melakukan siasatan secara menyeluruh walaupun ada pelbagai motif yang diperkatakan.
Ads
“Selain itu polis juga akan mendapatkan keterangan daripada saksi-saksi agar apa yang kita jangkakan itu adalah tepat. Pada masa sama polis juga meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga selesai siasatan,” katanya.
Kredit Gambar: Metro
Semalam, Farrah Emirah Mazlan, 26, ibu kepada tiga orang anak berusia antara tiga hingga 10 tahun ditemukan mati dengan kesan tembakan di bahagian perut dan akibat tembakan tersebut, bayi di dalam kandungan mangsa yang berusia tujuh bulan turut meninggal dunia.
Ads
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata polis juga sedang menyiasat kemungkinan mangsa ditembak di lokasi lain sebelum memandu kereta ke lokasi mayatnya ditemukan kerana jarak rumahnya adalah sejauh 15 kilometer.
Kredit Gambar: Astro Awani
Beliau berkata susulan kejadian itu seorang lelaki berusia 40 tahun yang mempunyai hubungan dengan mangsa ditahan reman sehingga 9 Jun bagi membantu siasatan.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bechah Kelubi, Pasir Mas, pada petang Ahad.
Ads
Kredit: BERNAMA
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Selepas tular video seorang kanak-kanak dipercayai didera di sebuah taska, muncul satu lagi video dipercayai bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang bertindak menyerang pengasuh di taska tersebut.
Video berdurasi 29 saat itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) lanjutan daripada insiden selepas kedua ibu bapa terbabit berang melihat anak mereka dikasari di taska tersebut.
Video itu memaparkan seorang lelaki bertindak mencekik dan menampar salah seorang wanita dipercayai individu yang memukul anaknya.
Rakaman video turut menunjukkan seorang wanita dipercayai isteri lelaki terbabit yang mendukung anak mereka cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Bagaimanapun, seorang lagi pengasuh di taska itu turut menerima nasib yang sama ditumbuk oleh lelaki berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris mengesahkan terdapat dua laporan polis dibuat oleh pihak taska berkenaan.
“Suspek (pengasuh) dan pengetua ada membuat laporan polis dan bapa kanak-kanak terbabit disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan namun tiada tangkapan dibuat,” katanya.
Sebelum ini tular satu video rakaman CCTV berdurasi dua minit 12 saat yang memaparkan seorang wanita di sebuah tadika bertindak menendang, menarik rambut, menolak dan memukul kepala seorang kanak-kanak dengan menggunakan buku.
Video itu turut ditonton oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan sehingga menyebabkan kedua-duanya berang dengan perbuatan wanita itu.
Sesi persekolahan yang dah bermula sejak awal tahun lalu memberi sedikit kelegaan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak tahap satu kerana dah tak perlu memikirkan untuk berdepan dengan peperiksaan.
Tapi adakah ibu bapa tahu sebab disebalik idea Kementerian Pendidikan berbuat demikian. Mungkin ada yang tahu tetapi masih lagi ibu bapa yang kurang jelas mengenainya.
Berikut perkongsian dari Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi video yang dimuat naik di Facebook dan Twitter beliau.
Beri fokus kepada kepelbagaian potensi murid antara 10 sebab Kementerian Pendidikan memansuhkan Peperiksaan Tahap Satu dan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun ini.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata sebab atau faktor lain yang mendorong kepada pemansuhan penilaian seragam itu adalah bagi membolehkan guru memberi tumpuan penuh kepada tugas mendidik selain pelajar juga akan bebas daripada tekanan di awal usia persekolahan mereka.
“Pemansuhan itu turut membolehkan guru menyemai nilai murni dalam diri pelajar dengan prinsip ‘values are caught and tought’.
“Ia sekali gus dapat membantu membentuk karakter pelajar dengan kaedah ‘learning-centered’ disamping membina dan memperkukuhkan kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira serta menaakul,” katanya.
Fokus kepada kepelbagaian potensi murid
Sumber: ig Maszlee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka bayi terkecil di dunia yang dilahirkan dengan berat 212 gram (7.5 auns), akhirnya keluar dari hospital setelah lebih dari setahun menjalani rawatan di sebuah hospital di Singapura.
Seberat sebiji epal waktu lahir
Kwek Yu Xuan yang digambarkan sebagai ‘pejuang kecil’, seberat sebiji epal ketika dilahirkan melalui kaedah pembedahan di Hospital Universiti Nasional Singapura pada bulan Jun tahun lalu.
Walaupun saiznya kecil dan dilahirkan empat bulan pramatang, dia masih hidup dan dikeluarkan dari Unit Rawatan Rapi Neonatal hospital setelah 13 bulan dengan berat 6.3 kilogram (kg).
Paling ringan di dunia
Menurut Daily Mail, pihak hospital percaya bahawa dia adalah bayi paling ringan di dunia yang selamat dari kelahiran pramatang.
Pemegang rekod sebelumnya yang paling ringan di dunia adalah bayi lelaki seberat 230 gram yang dilahirkan di Jerman, menurut rekod Pendaftaran Tiniest yang dikendalikan oleh University of Iowa.
Ibu bapanya, Kwek Wee Liang dan Wong Mei Ling, keduanya 35, kelihatan lega ketika memegang Yu Xuan pada 9 Julai lalu ketika membawanya keluar dari hospital.
Mereka pada awalnya telah merancang untuk melahirkan Yu Xuan di Malaysia, tempat di mana anak lelaki mereka berusia empat tahun dilahirkan, tetapi Wong terpaksa menjalani pembedahan setelah mengalami tekanan darah tinggi semasa kehamilannya.
Wong melaporkan pada akhbar Singapura Straits Times bahawa “Saya tidak menyangka akan melahirkannya dengan cepat dan kami sangat sedih kerana Yu Xuan dilahirkan begitu kecil.”
“Tetapi kerana keadaan saya, kami tidak mempunyai pilihan. Kami hanya berharap dia terus membesar dan sihat.”
Jururawat yang menjaga Yu Xuan, Zhang Suhe, mengatakan bahawa dia tidak dapat mempercayai ketika melihat bayi itu dibawa ke unit rawatan intensif neonatal.
“Saya sangat terkejut sehingga saya bercakap dengan profesor di jabatan yang sama dan bertanya adakah dia boleh mempercayainya?
“Selama 22 tahun saya menjadi jururawat, saya belum pernah melihat bayi kecil yang baru lahir ini,” kata Zhang.
Hospital Universiti Nasional mengatakan bahawa bayi yang dilahirkan empat bulan sebelum waktunya seperti Yu Xuan mempunyai kadar untuk hidup sekitar 70 peratus.
Yu Xuan diletakkan di dalam ventilator untuk membantunya bernafas kerana paru-parunya belum berkembang sepenuhnya dan kulitnya juga begitu nipis dan rapuh.
Dr Yvonne Ng merupakan seorang perunding kanan di jabatan neonatologi, berkata: “Penjagaan hariannya adalah perkara penting terutama untuk dua minggu pertama kehidupan bayi itu.
“Kami perlu berinovasi dan mencari beberapa kaedah baharu untuk menjaga bayi yang kecil ini kerana ini adalah pertama kali kami mengendali seseorang yang sekecil ini.”
Buat lampin khas
Jururawat turut menghasilkan lampin khas untuk Yu Xuan kerana lampin bayi saiz normal terlalu besar sehingga menutup keseluruhan badannya.
Segala usaha bagi menyelamatkan Yu Xuan tidak berakhir di sini apabila penjagaan rapi diperlukan bagi memastikan Yu Xuan selamat dan sihat walaupun selepas dia keluar dari hospital.
Keadaan Yu Xuan berbeza dengan penyakit paru-paru kronik dan ibu bapanya mesti meletakkan dia di dalam ventilator di rumah untuk membantunya bernafas.
“Saya harus berterima kasih kepada jururawat yang telah merawatnya sejak sekian lama, mereka benar-benar menjaganya.
”Kami sangat gembira kerana semua orang datang untuk melihatnya keluar dari hospital. Pasukan ini seperti keluarga,” kata ibu Yu Xuan.
Bil hospital bagi rawatan Yu Xuan mencapai sekitar RM 848,000 ($ 200,000) tetapi dibayar melalui dana orang ramai yang telah meraih sekitar RM 1,272,000 ($ 300,000).
Tambahan kepada wang itu dibahagi kepada dua untuk penjagaan masa depan Yu Xuan dan yang selebihnya dikembalikan ke platform Give Asia untuk membantu keluarga lain.
Hospital Universiti Nasional dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook, menceritakan semula perjalanan menakjubakan Yu Xuan ketika dilahirkan tahun lalu.
”Bayi Yu Xuan hanya 212 gram, hampir seberat sebiji epal besar ketika dia dilahirkan menerusi kaedah pembedahan kecemasan pada bulan Jun tahun lalu.
”Setelah 13 bulan di Unit Rawatan Rapi Neonatal kami, bayi Yu Xuan keluar dari rumah dengan baik. Dia mungkin bayi paling ringan di dunia yang selamat dari kelahiran pramatang.
“Kami gembira untuk pejuang kecil ini dan keluarganya, dan bangga dengan penjagaan yang diberikan oleh pasukan kami. Keinginan terbaik kami kepada Little Yu Xuan agar dia terus membesar dengan sihat dan berjaya menghadapi cabaran setiap hari,” kata kenyataan.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!