Perkembangan Ainul Mardhiah semakin positif. Lebih menggembirakan dia dikatakan semakin menguasai perkembangan dengan baik dari hari ke hari. Kini sudah boleh meniarap dan mencapai mainan!

Ainul yang telah melalui pembedahan membuang ketumbuhan pada bahagian dalam mulut pada awal Jun lalu di sebuah hospital kanak-kanak di London kini dalam peringkat pemulihan. Kemajuan dan perkembangan positif yang ditunjukkan si kecil ini menggembirakan.

Cepatnya Ainul Pandai! Lepas 2 Minggu Dibedah Boleh Meniarap & Capai Mainan

Dalam kemaskini terbaru di Instagram, ibu Ainul Mardhiah berkongsi tentang si kecil ini yang kini sudah pun boleh meniarap dan mencapai mainan sendiri.

IKLAN

“Assalamualaikum semua? Lama mama tak masukkan gambar Ainul Mardhiah kan. Maaf sebab mama kena fokus lebih dekat Ainul minggu ni sebab Dr dah ajar mama macam mana nak ajar Ainul meniarap. 

Nurul Erwani juga memaklumkan yang doktor sangat gembira dengan perkembangan Ainul yang sangat bijak dan cepat mempelajari kemahiran yang diajar.

“Alhamdulillah seronok Ainul dapat meniarap, grab mainan. Dr bagi mainan macam macam, ada lampu lampu. Dr sangat happy dengan Ainul sebab Ainul cerdik, cepat sangat belajar apa yang Dr suruh buat. 

Ibu ini juga memaklumkan yang pujian dan sokongan yang diberikan daripada doktor beri kesan positif kepada perkembangan Ainul.

IKLAN

“Tersenyum simpul Ainul dapat main dgn Dr hari ni. Dr dekat sini pun sangat positif, bagi pujian dekat Ainul. Nanti mama buat video ya tunjuk Ainul meniarap. 

“Sekarang Ainul tengah tidur baru lepas belajar meniarap, dah penat terus tidur? Have a good day semua❤️.”

IKLAN

Bapa Ainul dalam perkongsiannya di Facebook pula menjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh warganet yang sentiasa menyokong dan prihatin kepada perkembangan Ainul Mardhiah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Saya doakan semuanya sihat dan sentiasa dalam rahmatNya.

Hari ni sempat baca beberapa PM di facebook, tapi maaf sebab tidak dapat membalas di setiap PM yang masuk, tapi saya akan jawab di posting ini secara umum yang saya kira ramai bertanya soalan yang hampir sama :

1. Apa khabar Ainul?

Jawapan : Ainul sihat alhamdulillah. Semakin aktif dan sekarang tangan dia makin cepat masuk ke mulut.

Lepas tu disebabkan Ainul ini jari dia panjang-panjang, bila dia masukkan jari ke mulut, dia sendiri terbatuk sebab jari hampir ke tekak ? selepas itu, dia menangis.

Sendiri buat, sendiri menangis. Lepas tu dia buat lagi. Alahai anak! Kaki dan tangan pun dah mula aktif. Dah pandai tak mahu tidur juga Ainul sekarang ni! Lain-lain keadaanya juga bertambah baik, berat pun semakin meningkat and tubuh badannya bertambah panjang.

Cepatnya Ainul Pandai! Lepas 2 Minggu Dibedah Boleh Meniarap & Capai Mainan

2. Apa amalan ibu bapa Ainul?

Jawapan : Tidak ada amalan yang spesifik. Kami orang biasa sahaja. Masih banyak buat perkara silap berbanding buat perkara yang betul. Tapi inshaAllah sentiasa memperbaiki kelemahan dan kekurangan hari demi hari.

3. Bagaimana ibu bapa ainul boleh kuat dan redha?

Jawapan : Sebagai muslim, kami sangat yakin yang Allah itu tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia. Sebenarnya kami telah lalui banyak fasa. Sedih, beremosi dan hilang arah sebelum kami diberi sedikit kekuatan pada hari ini. ( asbab doa dari kalian semua )

Kami pilih untuk tidak bersedih sebab kami sebagai ibu bapa ainul tahu, jika kami lemah atau sering bersedih, maka ainul pun akan turut lemah dan sedih seperti kami. Jadi kami perlu kuat demi anak!

Sebenarnya kunci utama bila dilanda ujian atau musibah adalah prasangka kita pada Tuhan. Kalau kita sangka baik, dapat baik. Sangka tak baik, maka dapat yang tidak baik.

Seterusnya, kebergantungan kita terhadap Tuhan. Kami yakin, Allah sahaja lah zat yang berhak untuk menentukan perjalanan hidup kami. DIA tahu apa yang terbaik buat semua hamba-hambaNya. Semua ini adalah perancangan Allah, Tuhan yang Maha Kaya dan Maha Bijaksana.

4. Adakah masih terima duit sumbangan?

Jawapan : Alhamdulillah, rakyat Malaysia sangat pemurah hati! Pada masa sekarang ini kami rasa tidak perlu lagi. Mungkin tuan/puan yang pemurah hati ini, boleh salurkan duit itu kepada orang lain yang mungkin nasibnya sama seperti Ainul.

Kami yakin, di luar sana ada ramai bayi atau kanak-kanak yang perlukan bantuan kita semua. Jadi, bantu lah mereka agar urusan mereka dipermudahkan.

” Permudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita “

Untuk bahagian ainul, kami hanya minta DOA sahaja. Sebab doa itu lah senjata paling utama bagi ainul. Doakan semoga Allah berikan ainul kesembuhan secara total. Semoga ketumbuhan yang pernah berada di tubuh badan Ainul dahulu tidak lagi kembali dengan izinNya.

Cepatnya Ainul Pandai! Lepas 2 Minggu Dibedah Boleh Meniarap & Capai Mainan
Ainul sebelum dibedah.

5. Bila akan pulang ke Malaysia?

Jawapan : Bila Ainul dah ready dan habiskan sisa rawatan di sini, inshaAllah kami akan pulang ke malaysia. Untuk tarikh yang tepat, maaf kami belum pasti.

6. Bila ainul balik malaysia nanti, boleh ke kami melawat Ainul?

Jawapan : Boleh. Tapi untuk kebaikan dan kesihatan Ainul, sebelum mahu datang melawat, seeloknya beritahu kami dahulu. Mungkin kami hanya akan tetapkan sehari hanya seorang atau satu keluarga sahaja datang melawat.

Hal ini sebenarnya untuk mengelakkan Ainul daripada dijangkiti kuman. Ini juga adalah nasihat doktor kepada kami.

Ainul masih dalam fasa recover, immune sistem dia mungkin belum cukup kuat, setelah melalui ujian yang lama, ainul perlu rehat untuk kuatkan semula sistem tubuh badannya.

Jadi, kami dengan rendah diri minta tuan puan untuk faham keadaan Ainul dan kami minta maaf jika permintaan kami ini telah mengguris hati tuan puan semua.

7. Boleh ke nak bagi hadiah pada ainul?

Jawapan : Boleh. Tidak ada masalah. Terima kasih kami ucapkan!

8. Kenapa dah lama tak update tentang Ainul?

Jawapan : Kami di sini walaupun tidak bekerja, tapi kadang-kadang bila berada di hospital, terlupa dan tak teringat nak update.

Jadi kami minta maaf sangat sangat. Apa pun, kami akan cuba update perkara-perkara penting untuk tuan puan semua.

9. Boleh ke nak simpan gambar atau video Ainul?

Jawapan : Kami kira, Ainul ini dah menjadi buah hati rakyat malaysia. Kami tidak mampu menghalang sebab gambar dan video itu pun kami sendiri yang muatnaik di facebook/IG kami.

Cuma kami minta orang ramai tidak menyalah guna gambar anak kami untuk perkara-perkara yang tidak elok. Sebaiknya, jika tengok gambar dan video Ainul, sedekahkan Al Fatihah buat dirinya, mudah-mudahan Allah berikan kebaikan buat ainul dan kita semua. InshaAllah.

Cepatnya Ainul Pandai! Lepas 2 Minggu Dibedah Boleh Meniarap & Capai Mainan
Ainul selepas dibedah.

10. Rakyat Malaysia mendoakan kebaikan buat Ainul

Jawapan : Alhamdulillah, terima kasih kami ucapkan. Ramai juga PM yang beri kami kata semangat dan doa. Terharu dibuatnya!

Kami doakan semoga doa doa yang baik itu Allah kembalikan semula kepada anda dan keluarga. Amin!

Sumber: _nrlerwani & Ahmad Safiuddin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI