Rindu orang yang dah tiada sukar nak diucapkan dengan kata-kata. Tapi siapa kita nak menidakkan takdir Allah. Hanya doa saja yang menjadi penghubung agar hati sentiasa tenang.

Bagi Syazwan Najmi Zulkarni, 23, yang kehilangan isteri tercinta, Siti Nur Nasuha Shafie, 23, setelah meninggal dunia selepas melahirkan bayi kembar perempuan 31 Mac lalu ia sesuatu yang sangat terkesan dalam hidupnya.

Arwah Baik Sangat, Setiap Hari Minta Maaf. Sampai Hari Ini Bila Teringat Mengalir Air MataManakan tidak isteri yang baru dinikahinya 10 bulan lalu begitu cepat menghadap ilahi dan belum pun sempat melihat wajah bayi comel yang dilahirkannya.

Menurut laporan Harian Metro, semenjak seminggu pemergian arwah isteri, rutin Syazwan adalah menziarahi pusara arwah isteri.

Arwah Baik Sangat, Setiap Hari Minta Maaf. Sampai Hari Ini Bila Teringat Mengalir Air MataSetiap masa terbayang wajah isteri

Syazwan nampaknya sukar menyembunyikan rasa rindu dengan meluangkan masa kira-kira setengah jam membaca surah Yasin, berdoa dan ‘berbicara’ di sisi pusara.

Syazwan mengakui terlalu payah untuknya melupakan arwah isterinya walaupun usia perkahwinan mereka baru memasuki 10 bulan tapi banyak kenangan manis terakam dalam fikirannya.

ARTIKEL BERKAITAN [Tak Sempat Rasa Pelukan Ibu. Wanita Meninggal Lepas 14 Hari Koma Lahirkan Bayi Kembar]

IKLAN

Sukar Lupakannya. Seolah Nampak Je Bayangnya. Bila Teringat Menitik Air Mata Kerana Setiap Hari Arwah Akan Mohon Maaf

“Sukar untuk saya lupakan arwah kerana di setiap sudut dalam rumah, bayangnya tetap muncul dan setiap masa dia ada bersama saya ketika hayatnya.

Arwah Baik Sangat, Setiap Hari Minta Maaf. Sampai Hari Ini Bila Teringat Mengalir Air Mata“Cukup terasa apabila masuk ke dalam bilik, nampak pakaian dan segala barangannya, air mata saya mudah sangat jatuh malah setiap butir bicaranya masih terngiang di telinga kerana arwah seorang peramah dan suka berbual” katanya.

Arwah sangat baik. Setiap hari akan mohon maaf

Syazwan berkata, koleksi foto akad nikah serta persandingan mereka baru dua minggu diperoleh daripada jurugambar malah arwah sempat berpesan agar tidak dilekatkan lagi dalam album kerana ingin melakukannya sendiri sebaik selepas bersalin nanti.

IKLAN

Katanya, arwah isteri yang baik malah hampir setiap hari akan memohon maaf daripadanya dan bertanyakan sama ada bahagia atau tidak hidup bersama.

“Walaupun dia sudah tahu akan jawapannya, tapi dia tetap ingin mendengar sendiri dari mulut bahawa saya sangat bahagia dengannya.

Arwah Baik Sangat, Setiap Hari Minta Maaf. Sampai Hari Ini Bila Teringat Mengalir Air Mata“Begitu juga dengan kemaafan yang dipohon kerana dia bimbang jika ada sebarang kata-kata atau perbuatannya yang menyakiti hati saya, namun sepanjang kami bersama, dia seorang isteri yang sangat disenangi,” katanya.

Hingga hari ini masih belum dapat lihat pasangan kembar

IKLAN

Terdahulu kisah pilu menimpa ibu muda itu yang dua minggu bertarung nyawa sebelum meninggal dunia selepas bersalin akibat komplikasi dalaman dipaparkan di akhbar.

Arwah melahirkan bayi kembar dinamakan Medina Safiya dan Medina Sofiya tidak sempat menatap cahaya mata sulungnya kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Syazwan berkata, sehingga kini dia juga masih belum dapat melihat kedua bayinya yang berusia 18 hari di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana perlukan pemantauan berterusan.

“Saya dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa kakak (Medina Safiya) masih belum cukup timbangan dan tidak dapat menyesuaikan diri lagi minum susu botol berbanding adik.

“Saya harap dalam masa terdekat kedua bayi kembar kami semakin sihat dan dibenarkan pulang, sekurang-kurangnya kehadiran mereka dapat mengubat kerinduan saya kepada arwah isteri,” katanya.

Sumber: Metro

https://www.youtube.com/watch?v=7BXvDmzIfKA

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI