Alahai cerdik sangat Rina. Belum setahun lagi usianya, anak sulung kepada Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae dah faham arahan yang diberitahu padanya.
Reaksi Rina ketika mendengar mommynya menyebut ‘Annyeonghaseyo’ buatkan ramai yang memuji kecerdikan Rina dan pandai memberi tanda hormat tiap kali dengar perkataan tersebut.
Melalui perkongsian video di instagram Maryam, menunjukkan Rina sedang berbual dengannya.
Setiap kali Maryam sebut ‘Annyeonghaseyo’ automatik Rina terus menundukkan kepalanya ke hadapan.
Bagi masyarakat Korea, cara sebegini sebagai tanda hormat kepada orang lain. Beberapa kali Maryam mengulangi perkataan tersebut dan begitu jugalah Rina terus menundukkan kepalanya.
Ads
Sebagai ibu, Maryam mengakui dia bangga dengan perkembangan Rina yang memahami apa yang dicakap padanya.
Gelagat comel Rina ini buatkan Maryam gembira dan bertepuk tangan. Malah peminat turut terhibur melihat perkembangan Rina yang makin bijak belajar dan memahami bahasa Korea.
Ads
“Kecil-kecil dah faham bahasa Korea..”
“Rina faster learn what her mommy teach her❤️.”
“Ya Allah pandai Rina. Bestlah Rina belajar banyak dari mama dan papa. Comel sangat sayang😍..”
“Budak pandai ❤️ Untungnya Rina, boleh cakap banyak bahasa nanti.”
Ads
Kredit: IG Maryam Younarae
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak, anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi. Bagaimana caranya?
Cuba lakukan kaedah ini bersama bayi anda. Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat merapatkan jalinan kasih sayang ibu bapa dan bayi. Cubalah!
1) Berborak dengan bayi anda bagi membantunya belajar cara berkomunikasi. Ulang perkataan yang disebut dan galakkan si manja apabila dia cuba untuk meniru suara anda.
2) Ajar bayi tentang anggota badan. Contohnya, tanya bayi anda, “Mana hidung, baby?” dan tunjukkan hidung si manja. Teruskan dengan menyebut dan menunjuk anggota tubuh badan bayi yang lain.
3) Menyanyikan lagu dan bertepuk tangan. Jika anda kerap berbuat begitu, si manja akan cuba untuk meniru pergerakan dan suara anda. Cara ini juga dapat membantu bayi mengembangkan kordinasi tangan-mata dan bahasanya.
4) Rangsang kordinasi tangan-mata bayi anda dengan memegang mainan yang berwarna-warni untuk digenggam oleh si manja.
5) Melakukan pelbagai memek muka seperti tersenyum lebar, menjelir lidah ataupun membuka mulut luas-luas. Selang beberapa bulan, anda akan lihat bayi anda meniru gaya anda.
6) Rangsang kordinasi dan kemahiran motor halus bayi dengan menyediakan objek yang kecil dan selamat untuk si manja ambil. Contohnya, anda bawa bayi duduk di luar rumah dan cabut rumput atau petik bunga. Si manja pasti akan seronok melakukannya.
7) Bacakannya buku cerita dan menunjuk kepada objek serta menyebutnya.
8) Jika bayi sudah boleh duduk, letakkan mainan di atas lantai dan rangsangnya untuk merangkak (bergerak) dan mencapai mainan tersebut.
9) Berikan bayi mainan blok ABC dan mintanya memasukkan blok ke dalam kotak acuan.
10) Main permainan “di mana barang tersembunyi”. Sorokkan barang yang berwarna terang di bawah kain atau di bawah pasir kinetik. Kemudian, anda boleh letakkan tangan bayi untuk menyentuh objek dan membantunya mencari barang yang disorokkan. Lama- kelamaan, dia boleh mencari barang tersebut sendiri tanpa bantuan anda.
Anak lambat berjalan, usia sudah 18 bulan, ibu bapa kena tahu faktor penyebab. Bila usia anak sudah hampir 2 tahun namun masih lagi tidak boleh berjalan, ibu bapa yang tidak bimbang.
Melihat anak orang lain yang sebaya sudah boleh berjalan, sudah tentu timbul perasaan tidak sedap hati di kalangan ibu bapa. Jika ini yang berlaku kepada si kecil anda, cuba perhatikan antara faktor yang menjadi punca seperti dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG LEWAT BERJALAN
Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan. Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan.
Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal.
Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut:
• Kawalan kepala – Umur 3 bulan
• Kaki memijak – Umur 4 bulan
• Meniarap – Umur 6 bulan
• Duduk tanpa bantuan – Umur 9 bulan
• Berdiri tanpa sokongan – Umur 12 bulan
Apakah punca yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan?
Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
1. Faktor keluarga atau keturunan
Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
2. Kelahiran pra matang
Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
3. Cerebral palsy
a) Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
b) Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
a) Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
b) Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
Masalah otot:
a) Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
b) Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.
Setiap ibu bapa pasti bimbang apabila mendapati bayi mereka berpeluh banyak ketika tidur. Adakah ini sesuatu yang normal, atau tanda masalah kesihatan? Artikel ini akan membahas punca utama, bila anda perlu risau, dan apa yang boleh anda lakukan untuk memastikan bayi anda selesa dan selamat.
Ya, sebenarnya berpeluh semasa tidur adalah perkara biasa bagi kebanyakan bayi. Tubuh bayi sedang berkembang, dan sistem pengawalan suhu mereka (termasuk kelenjar peluh) belum berfungsi sepenuhnya seperti orang dewasa. Oleh itu, mereka lebih mudah berpeluh, terutama ketika tidur nyenyak.
Bayi juga menghabiskan lebih banyak masa dalam fasa tidur nyenyak (deep sleep), di mana badan kurang bergerak dan cenderung menjadi lebih panas. Ini menyebabkan badan mereka melepaskan haba melalui peluh.
Beberapa sebab utama mengapa bayi berpeluh semasa tidur termasuk:
1. Suhu Persekitaran Yang Panas
Jika bilik tidur terlalu panas atau bayi memakai pakaian terlalu tebal, badan mereka akan berpeluh untuk menyejukkan diri.
2. Pakaian dan Selimut Berlebihan
Lapisan pakaian dan selimut yang berlebihan boleh memerangkap haba badan dan meningkatkan suhu, menyebabkan bayi berpeluh.
3. Aktiviti Normal Otak
Semasa tidur nyenyak, otak bayi masih aktif dalam proses perkembangan. Aktiviti otak ini boleh menyebabkan peningkatan suhu badan.
4. Sistem Saraf Belum Matang
Bayi baru lahir mempunyai sistem saraf yang masih berkembang, menyebabkan badan mereka kadang-kadang menghasilkan peluh secara berlebihan.
Walaupun berpeluh adalah normal, terdapat beberapa tanda yang mungkin menunjukkan masalah kesihatan:
Peluh berlebihan bersama demam
Berpeluh walaupun dalam suhu sejuk
Kesukaran bernafas atau bunyi nafas yang pelik
Bayi kelihatan lesu atau tidak aktif
Berpeluh hanya di kepala
Dalam kes-kes ini, segera bawa bayi berjumpa doktor. Ia mungkin tanda masalah seperti jangkitan, gangguan sistem saraf, atau kondisi seperti apnea tidur.
Untuk membantu bayi anda tidur dengan lebih selesa dan mengurangkan peluh:
Pastikan bilik tidur bayi sejuk dan mempunyai pengudaraan yang baik (suhu sekitar 20–22°C adalah ideal).
Gunakan pakaian tidur yang ringan dan diperbuat daripada kain bernafas seperti kapas.
Kurangkan penggunaan selimut tebal – gunakan beg tidur bayi (sleeping bag) jika perlu.
Pantau suhu badan bayi dengan merasai belakang leher atau dada, bukan tangan atau kaki.
Jangan terlalu membungkus bayi (elakkan “over-swaddling“).
Secara amnya, berpeluh semasa tidur adalah perkara biasa bagi bayi dan jarang menunjukkan sesuatu yang serius. Namun, ibu bapa harus peka terhadap tanda-tanda yang tidak normal. Dengan memastikan suhu persekitaran yang sesuai dan pakaian yang selesa, anda boleh membantu bayi anda tidur lebih nyenyak dan mengurangkan peluh berlebihan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!