Tempoh kehamilan selama sembilan bulan sememangnya cukup menyukarkan. Terpaksa berdepan pelbagai masalah tidak kurang juga pelbagai alahan yang membuatkan ibu merasa tidak kuat. Pun begitu jangan jadikan hal ini mengganggu emosi diri.
Jika merasa mood down dan sedih, cepat-cepat ubah mood menjadi lebih ceria. Sebaiknya ceria dan gembiralah sentiasa kerana ini akan turut memberi kesan kepada bayi.
Apa akan terjadi jika ibu murung ketika hamil? Kajian mendedahkan sebanyak 1 dalam 10 wanita hamil akan mengalami kemurungan. Hal ini kerana perubahan hormon yang mendadak ketika hamil mampu mengubah sistem limbik otak. Ini boleh menyebabkan perubahan emosi seperti keresahan dan kemurungan.
Kesan kemurungan boleh menjadi lebih teruk jika elemen luaran memberi tekanan hidup seperti psikososial, pekerjaan, rumah tangga dan sebagainya. Kadang-kadang, wanita tidak perasan mereka mengalami kemurungan kerana simptomnya lebih kurang sama dengan perubahan semasa hamil seperti corak tidur, tahap tenaga, selera makan dan keberahian.
Petanda dan petunjuk lain yang boleh menandakan kemurungan ketika hamil termasuklah:
* Kegelisahan yang berlebihan terhadap kandungan.
* Rasa rendah diri, terutama sekali bab keibubapaan.
* Tidak berasa seronok ketika melakukan aktiviti kegemaran.
* Tidak memberi tindak balas yang baik ketika diberikan kepastian.
* Tidak patuh terhadap penjagaan perinatal.
* Merokok, minum minuman alkohol atau mengambil dadah.
* Kenaikan berat yang tidak memuaskan disebabkan oleh diet tidak mencukupi.
Ads
Sekiranya anda mengalami kemurungan ketika hamil, anda mungkin akan mengalami masalah untuk menjaga diri sendiri. Contohnya, jika corak tidur dan pemakanan anda tidak teratur, ia boleh menjejaskan perkembangan janin anda.
Untuk ibu sendiri pula, jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan kemurungan yang berpanjangan selepas bersalin nanti.
Satu kajian di United Kingdom mendedahkan wanita yang kemurungan ketika hamil berpotensi 1.5 kali ganda untuk mendapat anak yang cenderung ke arah kemurungan semasa remaja.
Walaupun risiko genetik juga memainkan peranan, tetapi saintis mengatakan kesan kemurungan fisiologi ibu hamil boleh melalui plasenta dan mempengaruhi perkembangan otak bayi.
Ads
Selain itu, satu kajian dijalankan di Kenya berjaya membuktikan bahawa kesan kemurungan ibu hamil berkait dengan kelahiran bayi.
Wanita yang mengalami kemurungan semasa hamil mempunyai risiko sebanyak 3.8 kali ganda untuk melahirkan bayi pramatang.
Malah kesan kemurungan semasa hamil kepada bayi termasuklah mengalami keguguran dan melahirkan bayi yang lebih kecil dengan berat badan tidak mencukupi. Jadi elakkan.
Tangani Kemurungan Dengan Bijak
Tidak ramai wanita hamil yang mahu mendapatkan rawatan walaupun mempunyai simptom kemurungan kerana takut dianggap tidak sesuai menjadi ibu. Akan tetapi, jika rawatan diberikan pada peringkat awal, kemurungan ketika hamil tidak akan berpanjangan. Rawatan boleh merangkumi beberapa elemen seperti:
Ads
1. Sokongan sosial
Sokongan sosial boleh didapati daripada sekeliling anda seperti pasangan, ahli keluarga, malah rakan-rakan. Selain itu, ada program khidmat masyarakat dan keibubapaan yang boleh dihadiri untuk membantu anda.
2. Terapi keluarga
Terapi keluarga boleh dijalankan bersama ahli terapi, pasangan dan anak-anak anda. Selalunya, terapi ini lebih berkesan untuk anak-anak yang lebih dewasa.
3. Terapi kognitif dan tingkah laku individu
Terapi individu lebih berkesan untuk wanita hamil yang mengalami kemurungan tetapi segan untuk mendapatkan rawatan. Sesi terapi lebih peribadi di antara ibu hamil dengan pakar psikiatri, psikologi, doktor keluarga, pekerja sosial dan sebagainya.
Baru-baru ini pengacara Dayah Bakar ada berkongsi dengan peminat tentang kehamilan sulung untuk dia dan suami setelah dua tahun menunggu. Beberapa hari yang lepas menerusi akaun Instagramnya, Dayah berkongsi gambar terbaru dirinya yang mendapat perhatian warga maya.
Dalam gambar tersebut sudah agak jelas kelihatan ‘baby bump’ dari bakal ibu ini. Dayah dijangka bakal menimang anak pertama September tahun ini.
Dalam satu laporan oleh Harian Metro, pengacara Program Borak Kopitiam ini ada berkongsi perkembangan terkininya tentang usia kandungan yang sudah pun mencecah lebih empat bulan.
“Saya ambil sedikit masa untuk berkongsi berita kehamilan ini tapi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai. Saya dan suami bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
InsyaAllah saya dijangka melahirkan anak sulung pada awal September depan,” katanya mengikut dalam laporan akhbat tersebut.
Dayah Bakar melangsungkan perkahwinan dengan sahabat baiknya yang merupakan seorang tentera, Kapten Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018 di Ampang Hilir, Kuala Lumpur.
Dalam setiap perkahwinan, dikurniakan cahaya mata pastinya berita yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang berumah tangga. Begitulah juga dengan Dayah Bakar dan pasangannya yang bakal menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan Dayah Bakar menerusi Instagram miliknya. Setelah beberapa tahun menyulam rasa cinta hidup berumah tangga dengan Kapten Hanif Hamidi, Dayah membuat pengumuman yang cukup menggembirakan dirinya malah juga para peminatnya.
Pasti berita yang dikongsikan Dayah ini sesuatu yang ditunggu-tunggu bukan sahaja ahli keluarga malah pengikutnya di media sosial juga. Jika dahulu berita perkahwinan pengacara bermulut petah ini pernah menjadi viral kerana warga net menyifatkan kisah cinta antara kedua pasangan yang bermula dengan rakan baik sejak zaman persekolahan lagi sebagai satu kisah yang cukup manis.
Dayah juga sering berkongsi pelbagai video mengenai ‘Encik Suami’ yang betugas sebagai tentera dan sering menyentuh emosi peminat mereka di Instagram.
Dayah dengan penuh rasa syukur berkongsi berita gembira tersebut setelah lama berahsia. Rupanya usia kandungan Dayah sudah memasuki fasa trimester kedua kehamilan. Dalam perkongsian tersebut Dayah turut memuat naik gambar dia dan suaminya ketika masih kecil.
Bismillahirrahmanirrahim,
We’ve been keeping this for awhile , but I think it’s time to share this happy news with all of you… We’re expecting our little miracle soon , in sha Allah . Little DayaHanif is growing inside me
Tiada lebih yang kami pinta dari kalian, selain dari mendoakan untuk kesihatan , kekuatan dan kemudahan saya dan little bb sehingga hari melahirkan nanti ya . Doakan juga saya, little bb dan Hanif akan bertemu semula tak lama lagi . Dari hati yang terdalam , saya juga mendoakan untuk kalian yang berdoa dan berusaha untuk mendapatkan zuriat , diberikan rezeki tidak lama lagi.
Have faith, in sha Allah .
Ramai gembira dan mendoakan kesihatan Dayah dan anak dalam kandungan.
Berita gembira yang dikongsikan Dayah mendapat perhatian ramai. Rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Dayah kerana bakal melahirkan zuriat yang pertama. Tak kurang juga yang mendoakan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.
Selain itu, rupanya ramai juga yang sudah dapat meneka bahawa pengacara ini sedang berbadan dua kerana dilihat kerap memakai baju besar sejak kebelakangan ini.
Tahniah diucapkan kepada Dayah dan suami. Semoga melalui fasa kehamilan yang indah dengan gembira dan dipermudahkan segala urusan sehingga tiba waktu bersalin. Seronoknya dapat bau baby baru lahir.
Sumber: dayahbakar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.