Aura keibuan dan kelembutan pempengaruh dan model muslimah, Syazwani Yazip, ibu kepada dua cahaya mata ini sememangnya tidak boleh disangkal lagi.
Tutur katanya tersusun malah cukup lembut melayani anak-anak. Namun dalam mendidik dua anaknya, Lasyira Aulia dan Endra Ashraf yang masih kecil, akui Syazwanie dia cukup tegas dalam mendidik anak.
Syazwanie yang terpilih sebagai Top Mom Influencer Pa&Ma 2025 turut berkongsi kisah kehamilan dan berpantang. Malah rupanya ibu kepada dua cahaya mata ini begitu menjaga pantang. Tidak hairanlah masih kekal cantik dan langsing biarpun punya anak dua.
Bercerita kisah kehamilan dan pantangnya, akui model muslimah ini, dia benar-benar menikmati waktu hamilnya selama sembilan bulan malah begitu enjoy melalui tempoh berpantang.
“Saya ni jenis yang memang jaga pantang, mak cakap dalam tempoh 44 hari itu kena duduk rumah dan saya ikut betul-betul tak keluar rumah.
“Makan pula memang saya serahkan pada mak seratus-peratus. Mak-mak faham sajalah kan, memang saya makan makanan sihat sepanjang Waktu itu dan tak pernah culas.
Ads
“Kalau bab rehat, pendapat saya waktu inilah yang kita patut rehat betul-betul sebab badan kita perlukan rehat selepas urat tegang waktu melahirkan anak. Saya juga ikut semua rutin pantang, bertungku, berurut semua saya buat,” kongsinya.
Senaman 15-20 minit sehari
Rupanya selain berpantang, Syazwanie juga cukup aktif melakukan senaman ringkas di rumah selama 15 hingga 20 minit setiap pagi untuk mengekalkan bentuk badan yang langsing dan sihat walaupun sudah berumur 30-an.
Malah kata Syazwanie lagi, dalam pemakanan pula, dia mengamalkan makan dalam jumlah yang terkawal dengan banyakkan sayur dan protein.
Ads
Suka tampil sedondon anak beranak
Adatlah bila ada anak perempuan, mulalah ibu nak tampil sedondon dengan anak. Bagi Syazwanie, biarpun dia dan anak suka bergaya namun paling penting adalah kekemasan.
Bercerita soal penampilan, kata ibu dua cahaya mata ini, dia senang mengenakan mix and match dalam bergaya namun paling penting warna senada dengan anak-anak dan suami. Walaupun begitu, dia memastikan anak-anak selesa dan tidak terlalu rigid dalam menjaga penampilan.
“Kalau macam hari ni warna pink, anak-anak pun mesti sama. Saya tak biasa kalau lain-lain warna sebab mungkin tak biasa.
“Saya dan anak-anak ni suka mix and match baju, kita ikut mana yang nampak sesuai dengan majlis. Kalau shopping pulak saya suka dua-dua, online dan pergi kedai.
Ads
“Paling penting pada saya baju tu nampak cantik dan berbaloi, saya akan beli,” kongsinya lagi.
Beri limit pada anak, tetap jaga keselamatan
Tuntutan kerjaya modellingnya juga kini ikuti oleh kecilnya, Lasyira. Pun begitu kata Syazwanie, dia sangat menjaga keselamatan anak-anak terutama ketika di lokasi penggambaran dengan meminta bantuan kru untuk menjaga anak agar sentiasa dalam kawalan.
Tambahnya lagi, sebelum memuat naik gambar atau video anak di media sosial, dia sentiasa memikirkan keselamatan mereka dengan tidak mendedahkan lokasi atau maklumat peribadi yang boleh membahayakan malah mendapatkan pandangan suami terlebih dahulu sebelum memuat naik gambar atau video.
Sebagai ibu yang kuat dan cekal, ibu cantik manis ini turut menitipkan pesanan agar anak-anak menghargai ibu dan sentiasa mendengar nasihat ibu malah berharap agar semua ibu di luar sana terus kuat dan menjadi ibu terbaik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melatih anak anak untuk melakukan kerja ringan di rumah bukan sahaja akan memudahkan dan meringankan tugas anda, malah ia juga dapat meningkatkan peribadi serta kejayaan mereka untuk jangka masa panjang.
Tugas kerja rumah ini boleh dimulakan seawal 3-4 tahun dengan tugasan mengemas mainan mereka, membuang sampah, memasukkan baju dalam mesin basuh dan mengemas katil.
Anak anak yang melakukan tugas di rumah akan mempunyai hubungan kekeluargaan yang lebih baik dan ini penting untuk kestabilan mental dan emosi mereka.
Ia juga penting untuk memupuk rasa tanggung jawab dan kesedaran untuk menjaga kebersihan persekitaran. Sikap menjaga kebersihan bermula dari rumah. Jika dirumah mereka sudah biasa dengan persekitaran bersih, tidak membuat semak dan membuang sampah, menggunakan tandas dengan bersih, sikap ini akan dibawa apabila mereka berada di luar rumah.
Paling penting, perkara ini perlu ajar untuk anak lelaki dan perempuan. Jangan latih anak lelaki untuk menjadi “Raja” di rumah, kasihan bakal isteri nanti!
Melihatkan kejayaan orang lain dalam membuat simpanan emas, hati mula rasa tak senang duduk. Sebolehnya mahu turut sama menyimpan dengan konsisten untuk hari mendatang.
Perkongsian ibu ini, Risya Rizal dengan facebook bernama Mat Isa Harisyah yang berjaya mengumpul 100 bentuk cincin kesukaan seperti mana yang disasarkan wanita ini terus memberi inspirasi kepada semua.
Tak perlukan emas yang besar dan berat bahkan untuk memulakannya cukup hanya dengan cincin kecil. Malah katanya lagi, jika memang niat untuk menyimpan, tidak perlu dikisahkan untuk menunggu harga emas naik atau pun turun. Beli sahaja jika punya wang lebih.
“Tak ada apa kakak nak update tapi saja nak share target 100 pcs cincin kakak dah tercapai! Alhamdulillah. Eloklah harga emas pun dah naik mencanak ye tak?
“Tapi kalau memang niat nak saving emas, harga naik ke turun ke tetap usaha simpan emas walaupun barang kecik-kecik atau gram sikit-sikit,” tulisnya.
Dek kerana tegarnya menyimpan dan hanya memfokuskan kepada kuantiti jumlah cincin, walau emas yang kini naik melambung seakan tidak memberi kesan kepada dirinya.
“Emas naik ke turun ke kakak tak kisah pun cuma bila nak guna dana baru akak “cairkan” saving yang ada.
“Tak kisahlah samada jual atau pajak kita buatlah kira-kira sendiri.
“Jom telek-telek, belek-belek kut ada yang sama,” tulisnya lagi.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ardy Wira yang merupakan putera kepada Betty Rahmad sering dikenali dengan kepetahan berkata-kata, mengaji dan sifat yang tinggi budi pekerti walaupun baru berusia 4 tahun. Sebelum ini tular dengan beberapa video seperti video bersama penceramah terkenal iaitu Habib Ali Zaenal Abidin. Kali ini Ardy Wira mencuri perhatian warganet dengan video dia menyantuni pembantu rumahnya.
“no need to wait for the grab, later i fetch you” – kata wira
Betty berdoa dan berharap agar putera kesayangannya membesar jadi lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Sebelum ini juga, Betty pernah berkongsi video Wira membaca al-quran di sosial media miliknya. Menurut Betty, sudah menjadi kebiasaan bagi Wira membaca al-quran sebelum masuk tidur dan turut berharap agar anaknya itu membesar dengan mencintai al-quran.
“Masya-Allah Tabarakallah. Semoga kamu menjadi asbab Mummy dan Daddy ke syurga.
“Wira’s everyday routine before sleep boleh cuba. But ini version dia berangan baca konon-konon tengok al-Quran dan taranum. Masya-Allah semoga terang hati, jadi pencinta al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi Allah swt,” tulisnya.
Kartun Doffy the Dog tular selepas Ustaz Elyas Ismail mendakwa ia menormalisasikan maksiat melalui adegan berbahaya. Ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan dan menyeru pemantauan kandungan anak.