Chantiq, anak pelawak & penyampai radio, Johan dan Ozlynn Wati ini mencairkan hati netizen. Pada usia 3 tahun sudah boleh berpuasa selama 22 hari!
Nur Latifah Chantiq Hanania yang dilahirkan 25 November 2014 merupakan anak keempat pasangan ini. Dalam posting Instagram, Ozlynn mendedahkan rupanya Chantiq sudah pun berpuasa 22 hari pada usia 3 tahun.
Perkongsian video solat Chantiq ini juga menunjukkan bacaan solatnya lancar. Bertuahlah ayah ibu ini kerana bijak mendidik anak seimbang dunia & akhirat. Sebelum tiba bulan Ramadan, Ozlynn melatih mereka berpuasa sunat.
Ibu ini juga turut memberi tip agar sentiasa memberitahu sebab kewajipan dan kelebihan puasa kepada anak-anak. Lama kelamaan ini akan menjadi kebiasaan dan tidak berat untuk ditunaikan apabila ‘wajib’ melakukannya nanti. Ibadat solat juga ditekankan dengan mengerjakannya secara berjemaah.
TERLEPAS SOLAT BERJEMAAH
Dia terlepas solat jemaah sb lepas sahur tadi dia guling2 pastu terlelap.. so dia mandi lambat dan kena lah solat sensorang.
BATUK, KALAU TAK TAHAN BERBUKA KAT SEKOLAH
dia batuk arini.. so dah pesan kat dia.. kalau tak tahan boleh berbuka kat sekolah.. so kita tengok la macam mane.
TAHUN LEPAS UMUR 3 TAHUN PUASA 22 HARI
macam last year dia dapat puasa 22 hari.. kira bagus jugak la sb dia 3 tahun boleh puasa.. cuma nk tengok tahun nih mcm mane.. kami tak paksa.. tapi kami didik dorg n terangkan kenapa kita berpuasa n apa kelebihan orang berpuasa.
Ads
KALAU TAK LARAT JANGAN PAKSA, INI PROSES PEMBELAJARAN
normal.. bebudak kadang bagitau banyak kali pun depa kadang tak paham jugak.. xpe… jangan lelah.. bagi semangat.. kalau tak larat jangan paksa tau.. sebab nih salah satu proses pembelajaran.. jadi takde la nanti dah cukup “waktu” kena puasa solat.. baru nak praktis.. so untuk ibu-ibu good luck ok..
Polis mengesahkan penemuan kesan penderaan pada mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui mati di sebuah rumah di Assam Kumbang, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, susulan penemuan pihak forensik itu, ibu mangsa yang berusia 36 tahun serta rakan lelakinya yang berusia 30-an, ditahan bagi membantu siasatan.
“Laporan forensik PDRM mendapati ada unsur penderaan kepada simati. Pihak polis percaya kes penderaan itu berlaku sejak Mac lalu.
“Ibu kanak-kanak itu mengalami masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian dengan suaminya,”
Razlam berkata, siasatan masih diteruskan dan pasangan itu ditahan reman di Mahkamah Taiping hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam media melaporkan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Panglima, Assam Kumbang di sini, pagi semalam.
Polis menerima maklumat kematian kanak-kanak itu pada jam 11 pagi.
K-Pop Demon Hunters nampak comel, tapi ada mesej tersirat yang berbahaya. Ketahui 4 elemen membimbangkan & panduan ibu bapa lindungi anak.
Fenomena hiburan terkini K-Pop Demon Hunters (KPDH) semakin mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Animasi ini menampilkan lagu-lagu K-Pop catchy, visual berwarna-warni dan jalan cerita penuh aksi. Namun, di sebalik hiburan yang nampak ‘fun’ ini, tersimpan mesej tersirat yang boleh memberi kesan besar pada pemikiran dan akhlak anak-anak.
Baru-baru ini, seorang bapa berkongsi kisah anaknya yang mengenali KPDH melalui rakan di tadika. Pada awalnya, beliau menyangka ia hanya trend kecil, namun selepas mendengar anaknya menegur kawannya supaya tidak menyanyi lagu tersebut kerana “tak baik”, beliau mula meneliti kandungan animasi ini. Ternyata, banyak elemen yang membimbangkan.
Tema utama KPDH adalah budaya K-Pop yang mengagungkan idola. Watak-wataknya dipaparkan sempurna, bergaya dan mempesona sehingga anak mudah ‘terlalu memuja’. Obsesi seperti ini boleh menanamkan nilai bahawa kebahagiaan datang daripada memuja manusia, sedangkan Islam mengajar ketenangan hati melalui zikrullah.
Dalam KPDH, kumpulan utama Saja Boys digambarkan sebagai syaitan yang menyamar sebagai manusia. Lagu mereka mengandungi frasa simbolik yang memberi mesej halus berkaitan pemujaan. Ini berbahaya kerana ia boleh membuatkan anak-anak menganggap kejahatan sebagai sesuatu yang menarik.
Watak wanita dalam KPDH sering berpakaian mencolok mata, menonjolkan gaya yang bercanggah dengan konsep menutup aurat. Apabila unsur ini dinormalisasi, sifat malu akan beransur-ansur hilang.
Syaitan menyesatkan manusia secara perlahan. Apa yang nampak ringan hari ini boleh membuka pintu kepada pengaruh lebih besar esok.
Pantau kandungan hiburan anak walaupun nampak comel dan mesra kanak-kanak.
Berbincang secara terbuka dengan anak tentang mesej di sebalik cerita.
Terangkan konsep baik dan buruk dengan bahasa mudah difahami.
Tawarkan hiburan alternatif yang menyeronokkan tetapi selamat dan bermanfaat.
1. Apa itu K-Pop Demon Hunters (KPDH)? KPDH adalah siri animasi berkonsep K-Pop yang memaparkan watak ‘syaitan’ menyamar sebagai manusia, disertai lagu-lagu catchy dan gaya tarian yang menarik minat kanak-kanak serta remaja.
2. Mengapa KPDH dianggap berbahaya untuk anak-anak? Kerana ia menormalisasi imej syaitan sebagai ‘cool’ dan ‘trendy’, mengagungkan idola secara melampau, memaparkan pakaian tidak sopan, serta membawa mesej tersirat yang bercanggah dengan ajaran agama.
3. Bagaimana ibu bapa boleh melindungi anak daripada pengaruh KPDH? Dengan memantau kandungan hiburan anak, berbincang tentang mesej di sebalik cerita, memberi hiburan alternatif, dan mengajar nilai agama secara konsisten.
4. Adakah semua animasi K-Pop tidak sesuai untuk anak? Tidak semua, tetapi ibu bapa perlu menilai kandungan dan mesej setiap animasi. Pastikan ia membawa nilai positif, sopan, dan tidak bercanggah dengan ajaran agama.
K-Pop Demon Hunters mungkin kelihatan seperti hiburan biasa, tetapi mesej tersembunyi di dalamnya boleh mengelirukan pemahaman anak tentang nilai baik dan buruk. Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab memastikan hiburan yang dinikmati anak selari dengan nilai agama dan budaya kita.
Ingat pesan al-Quran: “Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh…” (Surah Fāṭir: 6). Lindungilah hati dan fikiran anak sebelum mereka terbiasa dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Tidak dapat digambarkan perasaan ibu dan ayah menghadapi kenyataan ini. Doktor memberitahu jangka hayat ada sebulan lagi & terus berusaha untuk merealisasikan pemindahan sum sum tulang buat si kecil.
SEBULAN SELEPAS ULANG TAHUN PERTAMA
Hanya sebulan selepas ulang tahun pertama kelahiran bayi mereka, kegembiraan Haffiszattul Nur Akmar Samsudin, 30, serta Sheikh Muhammad Bukhary Sheikh Basir, 33, berganti air mata apabila permata hati mereka Sheikha Zulaikha disahkan menderita Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH) atau masalah sistem imun badan tidak stabil, Februari lalu.
Akibat penyakit itu, perkembangan Zulaikha terbantut dan menjadi pasif. Badannya menjadi semakin membesar dan perut membuncit.
Sekali imbas Sheikha Zulaikha seperti bayi yang sihat dengan pipi dan tubuh montel, namun tiada siapa sangka dia menderita kerana perubahan itu hanya kesan ubat untuk melawan penyakitnya.
Bayi berusia 15 bulan itu antara 10 individu di Malaysia yang pernah direkodkan menghidap penyakit jarang jumpa ini berpunca daripada sistem imun tidak stabil dan terlebih aktif lalu menyerang badan sebelum merosakkan tisu serta organ.
COMEL TAPI SEBENARNYA SAKIT
Rawatan bagi penyakit ini sama seperti pesakit barah iaitu melalui beberapa sesi kimoterapi.
Haffiszattul berkata, berat anaknya naik mendadak daripada 8.7 kilogram (kg) kepada 12.4 kg kesan rawatan kemoterapi setiap dua kali seminggu.
“Semua orang kata Zulaikha comel (apabila melihatnya), saya sebak. Comel tapi sebenarnya sakit.
“Dia jadi begitu (gempal) disebabkan kesan steroid ketika kemoterapi.
HATI & LIMPA BENGKAK 10SM
Ibu ini turut menceritakan detik awal Zulaikha dikesan mengalami penyakit jarang dijumpai ini. Antara simptom awal ialah demam dan dijangkiti virus. Seterusnya hati & limpa si kecil ini membengkak.
“Pada mulanya Zulaikha demam panas sebelum doktor mengesahkan dia menghidap HLH berpunca daripada jangkitan Virus Epstein-Barr (EBV) dan menyebabkan hati dan limpanya membengkak 10 sentimeter,” katanya.
ADA MASA SEBULAN, PEMINDAHAN SUM SUM TULANG PERLU DISEGERAKAN
Katanya, pemindahan sum sum tulang dicadangkan pada 2 Mei ini berikutan Zulaikha hanya boleh bertahan dalam tempoh sebulan.
“Saya tergamam doktor memberitahu pemindahan sum sum tulang perlu dilakukan segera kerana jangka hayatnya dianggarkan sebulan saja.
“Jika tidak nyawa anak saya dalam bahaya dan mungkin tiada harapan hidup lagi,” katanya. Pensyarah kolej swasta di Kuantan sedang hamil ini berkata, suaminya melalui ujian pengesahan bagi memastikan kesesuaian sebagai penderma anaknya.
“Oleh kerana sukar mendapatkan penderma sum sum tulang dalam masa singkat, doktor mencadangkan suami sebagai penderma memandangkan kandungan saya baru memasuki tujuh bulan. Minggu depan, keputusan ujian keluar, saya harap sum sum tulang suami sepadan untuk bayi kami,” katanya.
44 KIMOTERAPI & PERLUKAN RAWATAN SEPANJANG HAYAT
Kata Haffiszattul, Zulaikha perlu menjalani 44 kitaran kemoterapi, tetapi baru masuk pusingan ketujuh, dia tidak dapat bertahan dan demam.
Menurutnya, buat masa ini, Zulaikha perlu menjalani kemoterapi untuk memastikan badannya stabil hingga tarikh pemindahan sum sum tulang dilakukan.
“Doktor beritahu peluang Zulaikha cuma 50 peratus saja dan jika berjaya dia tetap memerlukan rawatan sepanjang hayat.
CUMA BOLEH PANGGIL UMI
Ibu ini berkata, besar harapan mereka sekeluarga melihat Zulaikha sembuh dan menjalani kehidupan sempurna seperti kanak-kanak lain.
“Pada usia begini Zulaikha sepatutnya aktif tetapi dia perlu dikuarantin.
“Dia cuma boleh memanggil ‘umi’, satu perkembangan yang sepatutnya buat saya gembira, namun saya sedih sebab dia masih bertarung dengan penyakitnya.
“Saya harap dugaan ini sementara, malah saya selalu berdoa, Zulaikha bertahan dan boleh hidup macam kanak-kanak lain,” katanya.
KOS RM150K, MASIH PERLUKAN SUMBANGAN
“Tetapi apa saja terbaik kami cuba ikhtiar dan selebihnya tawakal,” katanya. Kos rawatan termasuk pemindahan sum sum tulang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dianggarkan RM150,000.
“Kos berkenaan termasuk ubat dan rawatan sebelum dan selepas pemindahan. Buat masa ini, kami baru kumpul RM20,000 hasil sumbangan rakan, keluarga dan wang simpanan serta masih perlu RM130,000.
Kepada yang ingin memberikan sumbangan meringankan beban dan menampung kos pemindahan sum sum tulang si kecil ini bolehlah menyalurkannya kepada Maybank Haffiszattul Nur Akmar Binti Samsudin (Semasa) 506016887265.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.