Rata-rata anak bila diberi nuget laju je makan. Tapi ada ibu berkira-kira untuk bagi fast food kerana kandungan garam dan MSG yang tinggi.
Perkongsian dari Puan Yatie Eimra mengenai resipi cheesy nuget yang tiada tambahan MSG ini sangat mudah dan boleh buat untuk anak-anak.
Sebelum ni saya pernah cuba beberapa resipi nugget homemade, tapi anak tak berapa suka & makan sikit je. Ada juga resipi nuget yang agak keras lepas digoreng. Alhamdulillah, resipi nuget kali ni kena dengan selera anak.
Bahan-bahan:
±500gm isi ayam didadu
Sedikit black pepper
Sedikit pink salt
⅛ sudu kecil baking soda
1 sudu makan cuka epal/cuka putih/jus lemon
2 sudu makan butter
1 sudu makan olive oil
4-5 keping keju dipotong kecil (optional)
Ads
Cara-cara:
1. Gaul isi ayam bersama black pepper & garam.
2. Tambahkan baking soda & cuka/jus lemon. Perapan akan berbuih² kerana cuka bertindakbalas dengan soda. Gaulkan perapan dengan sudu. Perap sekurang²nya sejam.
3. Kisar perapan ayam bersama butter & olive oil.
4. Masukkan isi ayam yang dah dikisar dalam ice tray ⅓ penuh. Letakkan potongan keju ditengah². Tutup bahagian atas dengan isi ayam selebihnya.
5. Bekukan untuk mudahkan proses coating.
Bahan-bahan Salutan Tempura:
2 sudu makan tepung gandum (membumbung)
2 sudu makan tepung jagung (membumbung)
Sedikit black pepper
Sedikit pink salt
Secubit serbuk kunyit (optional)
8 sudu makan air
Ads
Cara-cara:
1. Campur semua bahan. Gaul sekata. Tambah air jika adunan terlalu pekat.
2. Celup nugget ayam dalam bancuhan tepung sebelum digoreng.Untuk buat frozen –
✴ celup nuget yang telah dibekukan dalam bancuhan tepung & susun jarak-jarak. Bekukan.
✴ bila tepung dah keras boleh susun macam biasa.
Ads
Nota:
⭐jika gunakan dry blender, blend isi ayam sikit demi sikit ye
⭐⅛ sudu kecil tu lebih kurang 2-3 cubit baking soda
⭐fungsi baking soda & cuka tu nak lembutkan lagi isi ayam. Nuget tak rasa soda/masam cuka sebab dah bertindak balas.
⭐pastikan potongan keju diletakkan kat tengah-tengah nuget supaya tak terkeluar/cair masa goreng
⭐kunyit dalam bancuhan tempura berfungsi nak cantikkan warna je. Tak nak letak pun takpe
⭐coating tempura ni agak rangup masa panas. Kalau anak tak suka jenis rangup, gunakan 3 sudu makan tepung gandum + 1 sudu makan tepung jagung.
⭐nuget ni tak perlu dikukus & tak perlu defrost bila nak goreng. Tapi pastikan tutup dengan penutup periuk masa menggoreng (3-5 minit pertama) supaya bahagian dalam masak sekata. Jangan goreng terlalu lama untuk elakkan jadi keras.
Memikirkan lauk apa nak masak untuk menu berbuka dan bersahur, ramai ibu dah mula buat senarai awal-awal. Apa saja resipi yang orang kongsi dan nampak mudah itu yang akan disimpan dengan harapan bila nak buat boleh terus rujuk.
Bagi ibu yang sekarang ini banyak masa di rumah, inilah peluang untuk anda sediakan pes untuk jimatkan masa memasak.
Ada 6 jenis pes yang boleh memudahkan anak memasak dalam masa singkat dan terkejar-kejar dah jika terlewat bangun sahur pun atau nak sediakan makanan waktu berbuka. Hari ini juga anda boleh buat stok ni siap-siap dan simpan dalam peti.
RESEPI PES MEMUDAHKAN ANDA MEMASAK
1. Pes Sambal Ijo (ala Padang) 2. Pes Tom Yam 3. Pes Masak Kicap Berempah 4. Pes Asam Pedas 5. Pes Cili Padi 6. Pes Sambal Ikan/Ayam/Daging/Seafood/
1. Pes Sambal Ijo (ala Padang)
🌶️20 biji cabai hijau besar *
🌶️10 biji cili api hijau *
🌶️10 ulas bwg merah *
🌶️8 ulas bwg putih *
🌶️5 biji tomato hijau (yg muda) *
🌶️1 kiub bilis
🌶️3 helai daun limau purut
Bahan bertanda * rebus sampai lembik sikit, pastu lenyek dengan lesung batu ataupun blend kasar. Panaskan minyak, tumis semua bahan sampai pecah minyak, masukkan kiub bilis, perasakan dengan garam dan gula dan masukkan daun limau purut tadi.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu leh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
2. Pes Tom Yam
🍅20 biji cili kering (rebus pastu goreng gareng ngan minyak)*
🍎15 ulas bwg putih *
🍎10 ulas bwg merah *
🍅10 batang serai *
🍅8 helai daun limau purut *
🍅2 inci lengkuas *
🍅2 inci halia *
🍅3 sudu besar udang kering *
🍅3 cm belacan yg dibakar *
🍅1/4 gula melaka (dari sekeping)
🍅Air asam jawa
🍎3 sudu besar sos ikan (amik yang gambar ikan bawal)
🍅Air, minyak, garam
Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air atau minyak goreng cili tadi. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan sampai pekat. Masukkan air asam jawa, sos ikan, gula melaka dan garam. Masak betul-betul pecah minyak dan pekat.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
🥬20 biji cili kering(goreng dengan minyak sampai garing) *
🥬10 ulas bawang merah *
🥬8 ulas bawang putih *
🥬2 inci halia *
🥬2 sudu besar jintan manis ※
🥬2 sudu besar jintan kasar ※
🥬1 sudu besar lada hitam biji ※
🥬1 sudu besar ketumbar biji ※
Bahan bertanda ※ kena goreng tanpa minyak
🥬Air asam jawa
🥬Minyak, garam, gula, kiub bilis
🥬4 sudu besar Sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin
Kisar bahan bertanda * dan bahan bertanda ※ guna minyak cili goreng tadi sampai lumat. Tumis dengan minyak sampai garing dan pecah minyak. Perasakan dengan sos-sos tadi. Jangan lupa bubuh garam, gula dan kiub bilis sebiji.Masak biar jadi pekat atau kering, bila sudah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
4. Pes Asam Pedas
🍗20 biji cili kering (rebus dulu) *
🍗10 biji cili merah (rebus dulu) *
🍗5 biji cili padi (rebus dulu) *
🍗15 ulas bwg merah *
🍗10 ulas bwg putih *
🍗2 inci lengkuas *
🍗2 inci halia *
🍗2 inci belacan bakar *
🍗1 sudu besar biji ketumbar *
🍗1 sudu besar jintan manis *
🍗Air asam jawa, gula n garam
Kisar bahan bertanda * sampai sebati. Panaskan minyak dan tumis sampai garing dan pecah minyak. Perasakan ngan garam, air asam jawa dan gula.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, selepas itu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
5. Pes Cili Padi
🌰20 biji cili padi merah (rebus)
🌰20 biji cili merah besar (rebus)
🌰2 inci kunyit hidup & Garam
Kisar semua bahan dengan sedikit air. Pastikan guna air panas atau suam.Lagi bagus kalau kisar kering.Selepas itu terus simpan dalam tupperware kedap udara, bubuh dalam freezer. Pes ni sesuai lau nak masak gulai yang tak gunakan bawang.
6. Pes Sambal Serbaguna Ikan/Ayam/Seafood
🍄20 biji cili kering (rebus) *
🍄20 biji cili merah (rebus) *
🍄4 biji tomato *
🍄15 ulas bawang merah *
🍄10 ulas bawang putih *
🍄2 inci halia *
🍄1/4 gula melaka (daripada sekeping)
🍄4 sb sos cili dan sos tiram
🍄1 biji kiub bilis, leh gak ganti 3 sudu besar udang kering*
🍄Garam
🍄Minyak
Kisar semua bahan guna sedikit air. Kalau dapat kisar kering lagi bagus. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan garing. Masukkan gula melaka, kiub bilis, air asam jawa dan sos. Perasakan dengan garam.Masak biar jadi pekat atau kering, bila sudah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
1. Masak guna api yang perlahan ye
2. Guna air masak/air panas/air suam
3. Sudah betul-betul sejuk baru masuk freezer
4. Keluarkan pes awal 1jam sebelum digunakan bagi tujuan defrost
5. Seeloknya penggunaan lebih kurang sebulan kalau guna suhu sejuk biasa, kalau sejuk beku confirm lagi tahan. Tapi siapa rajin masak, confirm tak tahan sebulan.
Cekodok pisang atau cucur pisang merupakan campuran antara pisang dan tepung gandum serta beberapa bahan penambah rasa yang lain. Bukan senang nak dapatkan hasil cekodok pisang yang rangup di luar, lembut di dalam dan tak serap minyak.
Kalau nak anda nak cuba resipi cekodok pisang rangup di luar dan lembut di dalam, anda boleh cuba resipi di bawah. Memang anda kena cuba sendiri.
Bahan-bahannya:
5 biji pisang
2 cawan tepung gandum
3 sudu makan gula pasir
1/2 sdt soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin
Cara-caranya:
1. Satukan kesemua bahan kecuali tepung gandum, lenyek sebati
2. Bila dah sebati, masukkan tepun gandum dan adun sebati
3. Perap adunan itu tadi selama 30 minit sebelum menggoreng. Tujuan ia diperap terlebih dahulu supaya cekodok pisang akan menjadi ranggup di luar dan lembut di dalamnya. Itulah rahsianya.
4. Basahkan hujung jari dengan sedikit air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas.Goreng dengan api sederhana sehingga masak.
5. Siap dihidangkan. dihidangkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sambal sardin selalu jadi penyelamat di kala kita kesibukan atau terlalu buntu dengan menu. Jemu dengan lauk pauk bersantan, sardin selalu jadi pembangkit selera.
Biasanya kita hanya masukkan cili kering yang dikisar, resipi perkongsian Linda Mohd ini paling sesuai untuk yang suka makan pedas. Bukan cili kisar tapi digantikan dengan cili padi. Wow, padu!
Hari nie nak share resipi sambal sardin. Ek eleh, sambal sardin pun nak bagi resipi ke?
Ala..biar lah nak share jugak, sebab nie first time masak guna cili api, biasa guna cili air, eh cili giling. Okay dekat gambar resipi nya.
Guna sardine nie, entah lah, guna apps untuk beli dia bagi yang nie, biasa yang sos tomato saja. Ini dengan cili.
Biasa botan sedap, tapi tak kisah guna sardine apa..janji sardine, bukan tuna.
Kalau perempuan melayu terakhir, dia guna lesung tumbuk-tumbuk. Saya bukan perempuan melayu terakhir, sebab masih ramai perempuan melayu dekat malaysia, so i pakai manual chopper. Katang bahu baq hang.
Bahan : bawang merah, bawang putih, cili api , cili merah besar.
Goreng sardine dulu, jangan lupa pakai helmet. Letupan nya tak boleh bawak bincang, macam letupan kemarahan bila bergaduh laki bini lah.
Lepas tu goreng kentang bagi layu di pusaran.
Tumis bahan chopper tadi bagi garing, takde air lesung, ada air chopper je.
Jangan garing sangat nanti tukar nama jadi sambal garing sardine or sambal hangus sardine. Time ni perasakan terus dengan garam gula and pak aji kalau pakai. Cukup rasa tak cukup rasa pon bole pakai.
Sudah siap boleh dihidangkan, makan nasi panas-panas.
Boleh perah limau nipis, untuk rasa lebih padu beb.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doa anak menangis waktu malam sering menjadi amalan ibu ayah muda untuk menenangkan bayi. Ini panduan lengkap Mufti WP beserta doa dan amalan perlindungan yang boleh diamalkan.