Siapa cakap baby tak boleh makan sedap-sedap macam orang dewasa? Yang penting mama papa kena kreatif dalam menyediakan makanan untuk si manja. Pastikan tidak ditambah garam ataupun gula dalam makanan bayi.
Jom ikuti resipi cheesy potato wedges versi bayi yang sangat mudah ini.
CHEEZY WEDGES VERSI BABY
Bahan Bahan:
Ads
Untuk Kentang:
1 biji kentang
1 sb tepung jagung
2 sb susu penuh krim
Herba campuran
Minyak zaitun
Untuk Sos Cheezy:
Labu manis
Krim keju
Susu penuh krim suam
Cara-cara:
Ads
Kupaskan kulit kentang , basuh bersih dan potong menjadi wedges. Kemudian campurkan dengan bahan bahan yang lain. Gaul rata. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan
Ketepikan seketika. Untuk membuat sos cheezy, rebus / stimkan labu sehingga empuk. Kemudian masukkan ke dalam pengisar. Tambahkan krim keju dan susu. kisar sehingga sebati. Akhir sekali tuangkan sos cheezy di atas kentang tadi. siap 💓
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain nugget, sosej juga menjadi kegemaran anak-anak. Kalau nak yang versi sihat, buat sahaja di rumah menggunakan bahan semulajadi. Boleh buat banyak-banyak dan simpan, anak pun seronok dapat selalu makan.
Resepi Sosej mudah & sihat untuk anak-anak!
Bahan-bahan:
* 600gm isi ayam
* 2 biji telur
* 1 biji bawang merah besar/holland
* Mushroom seasoning/ Oregano
* 4 sudu besar tepung ubi
Cara-cara:
2. Tambahkan tepung ubi ke dalam bahan kisar dan gaul sebati
3. Masukkan bahan tadi dalam piping beg dan mampatkan dalam acuan. Bubuh biar padat tau, supaya tak lerai. (Yang nak guna cling wrap pun boleh tapi pastikan plastik yang digunakan tu tahan haba lah nanti bahaya pula untuk kesihatan)
Kukus selama beberapa minit – saya kukus 10 minit
Boleh simpan dalam bekas dan bekukan
Selepas digoreng dalam air fryer. Nampak kejung sebab tak spray minyak. Tapi rasanya sangat Sedap!
Tak berapa sesuai deep fry sebab yang ni takdelah mampat macam sosej biasa. Kalau nak pan fry, letak atas kuali dengan sedikit minyak. Balik-balikkan untuk masak sekata. Selamat mencuba!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidangan berasaskan sambal antara yang menjadi kegemaran orang Malaysia. Tak kisah sambal itu dimasak sekali dengan lauk atau dijadikan pencicah ia boleh buatkan sesiapa saja makan bertambah.
Sebab itu, kebanyakan ibu-ibu lebih suka buat stok sambal siap-siap dan diletakkan dalam peti. Bila nak makan boleh terus dihidangkan. Kali ini koleksi sambal power Cikgu Afy patut anda cuba. Orang kata tak akan menyesal sama sekali!
Banyak lagi yang akan cikgu pecahkan rahsia sambal sedap lain kali nanti. Ada lima sambal kesemuanya. Resepi ada dekat gambar di bawah.
Sediakan bahan-bahan di bawah;
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1/4 bawang Holland
– *1 biji tomato saiz kecil
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
Betul-betul sedap!
2. Sambal kicap mabeless
Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap untuk menu yang boleh disesuaikan seperti tauhu begedil soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh skroll tengok dekat wall cikgu okay.
3. Sambal ayam penyet mengosek
Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– 2 genggam kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– 1/2 inci belacan
2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.
3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.
5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.
6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
4. Air asam ketagih
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu*
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi* Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 5 biji limau kasturi
– 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.
4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
Yang pasti memang ketagih sungguh.
5. Sambal jantan power
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.
Makan dengan nasi bungkus ni terbaik sangat
Perghh baca nama pun tak nak kalah ya. Aha Begitulah tentang rasanya. Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu.
Cikgu sempat baca komen lepas kawan yang musykil takut sambal rosak kalau buat stok banyak begini. Usah risau. Ikut tips cikgu. Banyak kali dah cikgu buat. Kena betul cara simpan dan gunanya.
Pastikan guna sudu kering setiap kali mengambilnya sahaja. Tapi cikgu yakin sambal tu tetap takkan bertahan lama juga. Mesti cepat habis punyalah. Kalau dah belum makan pun dah menitik air liur, ini pula stok dah ada depan mata. Sedar-sedar dah licin tinggal botol je. Kan?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aiskrim memang menjadi salah satu makanan favourite anak-anak. Rasanya yang lembut, sejuk dan manis membuatkan anak-anak sentiasa rasa nak makan aiskrim. Namun kandunganya yang tinggi gula dan bahan pewarna tiruan menjadikan aiskrim yang dijual di kedai sangat tidak sihat untuk anak-anak kita.
Tapi tak sampai hati pula bila anak sentiasa meminta. Mama papa boleh je buat sendiri aiskrim di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang sihat. Ikuti perkongsian ini.
Kalau anak minta aiskrim nak buat macam mana? Ataupun kita tiba tiba teringin nak jamah aiskrim. Macam mana nak buat?
Kita tahu aiskrim banyak sangat gula. Banyak perisa sintetik. Banyak pewarna. Apakata kalau ada alternatif ais krim yang lebih sihat. Nak cuba cuba?
Pernah makan aiskrim santan gula kelapa tak? Rare sangat aiskrim macam ni. Nak buat pun senang. Saya dok fikir kan bagus kalau kita jamu keluarga dengan bahan natural.
Jadi hari ni saya belanja satu resepi aiskrim. Lain la sikit bila jamu keluarga nanti. Anak-anak gerenti suka.
Resepi ni saya buat masa birthday anak-anak masa di Australia dulu. Cuma tak ada santan segar jadi guna santan kotak. Apapun anak-anak suka. Lebih lemak,lebih natural, lebih berkhasiat.
Bahan-bahan untuk Aiskrim Santan Gula Kelapa:
a. 2 cawan santan segar (pastikan yang diperah hari yang sama dan belum di masukan dalam peti sejuk)
b. 4 sudu serbuk dark chocolate. Bagus yang 70% dark chocolate. Baru ada kick.
c. 10-15 sudu gula kelapa (manis bergantung pada selera masing-masing). Cari yang real.
d. 1 sudu ekstrak vanilla. Bukan vanilla sintetik ye
e. Secubit garam secukup rasa
Cara Cara:
Langkah 1: Letakkan baking paper loyang kek yang dalam. Tuangkan santan ke dalam Loyang ini. Masukkan dalam freezer 3-4 jam dan biarkan hingga beku.
Langkah 2: Setelah beku keluarkan santan yang dari Loyang. Potong pada bahagian-bahagian kecil
Langkah 3: Masukkan santan beku dan bahan-bahan lain ke dalam blender.
Langkah 4: Blend sehingga smooth. Pastikan tiada ketul.
Langkah 5: Pastikan tekstur tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair. Just nice macam aiskrim.
Langkah 6: Hidangkan terus atau simpan di dalam freeze untuk hidangan masa lain.
Amacam? Mudahkan.
Garam, gula kelapa, ekstrak vanilla hanya sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas. 2 tahun kebawah boleh gantikan dengan kurma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!