Ibu bekerja sememangnya tidak mempunyai masa untuk menyiapkan menu buat anak kecil setiap hari. Namun jika disiapkan lebih awal atau dijadikan sejuk beku pasti anak akan dapat menikmati air tangan ibu setiap hari. Pun begitu menu janganlah asyik menu yang sama sahaja setiap hari. Nanti anak cepat jemu.

Menu kreatif paling comel yang disediakan oleh Puan Dahlia Kamaruza buat anaknya Muhammad Hilman Faqih, 8 bulan ini memang cute. Saiznya kecil sahaja tetapi intinya penuh. Puas hati anak makan. Paling penting boleh letakkan bermacam jenis sayuran dan anak pun tak perasan.

Jom ikut caranya.

Chicken Pie Terlajak Comel, Kecil Je Tapi Punyalah Sedap, Anak Senang Nak Makan!

Menu minum petang Hilman mummy buatkan dia chicken pie. Amboi laju dia makan. Mummy potong-potong chicken pie tu bagi dia pegang separuh. Separuh lagi mummy suap. Habis seketul juga dia makan.

Resepi Chicken Pie

IKLAN

Bahan Kulit Pai:
Tepung gandum unbleach 2 cawan
Tepung jagung 1 sudu kecil
Unsalted butter 60g (suhu bilik)
Air sejuk dari peti ais agak-agak
Telur kuning (optional)

Chicken Pie Terlajak Comel, Kecil Je Tapi Punyalah Sedap, Anak Senang Nak Makan!

Caranya:
1. Ayak tepung dalam bekas.
2. Satukan dengan butter dan gaul sehingga menjadi crumb.
3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
4. Masukkan ke dalam plastik dan rehatkan dalam peti sejuk 30 minit atau 1 jam.

IKLAN

Inti Chicken Pie:
Isi ayam (dadu)
Kentang 2 biji (dadu)
Carrot 1/2 batang dadu
Celery 2 inci dadu
Bawang putih 3 ulas (tunbuk lumat)
Bawang holand 1/2 labu (dadu)
Susu fullcream 3 tbs (optional)
Bayleaf 1 helai
Mixed herbs secubit
Blackpaper secubit
Tepung jagung 1 tbs (bancuh air)
Unsalted butter 1 tbs
Sedikit air

Chicken Pie Terlajak Comel, Kecil Je Tapi Punyalah Sedap, Anak Senang Nak Makan!

Chicken Pie Terlajak Comel, Kecil Je Tapi Punyalah Sedap, Anak Senang Nak Makan!

IKLAN

Caranya:
1. Panaskan kuali masukkan unsalted butter dan tumis bawang putih, bayleaf dan bawang holand hingga layu.
2. Masukkan ayam, tumis sekejap dan masukkan kentang bersama carrot dan celery.
3. Masukkan air dan biar masak hingga kentang lembut dan air kering.
4. Masukkan susu fullcream, mixed herbs dan blackpaper.

Chicken Pie Terlajak Comel, Kecil Je Tapi Punyalah Sedap, Anak Senang Nak Makan! Chicken Pie Terlajak Comel, Kecil Je Tapi Punyalah Sedap, Anak Senang Nak Makan!
5. Kemudian masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kacau rata dan siap.
6. Bakar suhu 200 selama 25-30 minit. Sapu telur kuning untuk effect kilat kat atas tu. Kelar-kelar sikit supaya dia tak meletup bila bakar.

Chicken Pie Terlajak Comel, Kecil Je Tapi Punyalah Sedap, Anak Senang Nak Makan!

P/s: If tak pas telur dan susu fullcream tak payah letak pun takpe. Susu boleh tukar dengan santan. Inti nak add on cendawan shitake pun boleh. Lagi sedapp. Nak masuk dalam mold untuk chicken pie tu yang bulat tu pun boleh. Mummy malas sebab tu buat macam tu je. Senang dan cepat.

https://www.youtube.com/watch?v=59TCBXrElAg

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI