Ads

Cikgu Janji Nak Kahwin Bila Murid Umur 18 Tahun, Kes Budak Darjah 6 Buat Ramai Ibu Ayah Tak Senang Duduk!

“Bimbang keselamatan anak perempuan” Itu antara reaksi netizen selepas membaca perkongsian mengejutkan oleh pendidik terkenal, Mohd Fadli Salleh, mengenai satu dakwaan kes melibatkan guru sekolah rendah dan murid Tahun 6 di sebuah negeri terletak di selatan tanah air.

Menurut perkongsian beliau, laporan polis sudah dibuat sejak November 2025. Namun apa yang membuatkan ibu ayah semakin takut ialah apabila guru terbabit dikatakan kembali mengajar seperti biasa di sekolah rendah.

Perkara itu mencetuskan gelombang kebimbangan besar dalam kalangan ibu bapa, khususnya yang mempunyai anak perempuan di sekolah rendah.

“Kes Setel Luar Sebab Janji Nak Kahwin…”

Cikgu Janji Nak Kahwin Bila Murid Umur 18 Tahun, Kes Budak Darjah 6 Buat Ramai Ibu Ayah Tak Senang Duduk!
Foto AI- Gambar sekadar hiasan

Dalam hantaran yang tular itu, Mohd Fadli Salleh mendakwa kes tersebut melibatkan hubungan seksual antara seorang guru sekolah rendah dan murid Tahun 6.

Apa yang lebih mengejutkan, beliau mendakwa kes itu “diselesaikan luar” selepas guru berkenaan dikatakan berjanji akan mengahwini murid tersebut apabila mencapai usia 18 tahun.

Bayangkan perasaan ibu ayah bila membaca perkara sebegini.

Di usia anak baru belajar mengenal dunia, masih perlukan perhatian dan perlindungan ibu bapa, tiba-tiba muncul dakwaan sebegitu serius melibatkan individu yang diberi amanah mendidik di sekolah.

Ramai netizen mengakui mereka sukar percaya apabila membaca dakwaan tersebut. Namun pada masa sama, ramai juga ibu ayah meluahkan rasa takut kerana isu melibatkan keselamatan kanak-kanak bukan perkara yang boleh dipandang ringan.

Bagi kebanyakan ibu bapa, sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak mendapatkan ilmu dan membina masa depan. Sebab itu apabila timbul isu seperti ini, ramai mula rasa tidak tenang.

Sudah Dilapor, Tapi Masih Mengajar?

Cikgu Janji Nak Kahwin Bila Murid Umur 18 Tahun, Kes Budak Darjah 6 Buat Ramai Ibu Ayah Tak Senang Duduk!
Foto AI – Sekadar hiasan

Menurut Mohd Fadli Salleh lagi, guru berkenaan didakwa masih mengajar seperti biasa.

Jika benar dakwaan itu berlaku, ibu ayah pastinya tertanya-tanya:

Ads
  • Adakah keselamatan anak-anak benar-benar diutamakan?
  • Bagaimana seorang individu yang pernah dikaitkan dengan kes serius boleh kembali berada dekat dengan murid sekolah rendah?
  • Adakah siasatan sudah selesai dijalankan?
  • Apakah langkah keselamatan tambahan yang diambil pihak sekolah?

Persoalan-persoalan ini terus bermain dalam kepala ramai ibu bapa yang kini semakin risau tentang keselamatan anak masing-masing di sekolah.

Ketakutan Ibu Ayah Itu Real

Cikgu Janji Nak Kahwin Bila Murid Umur 18 Tahun, Kes Budak Darjah 6 Buat Ramai Ibu Ayah Tak Senang Duduk!
Foto AI

Ramai mungkin melihat isu ini sekadar “viral media sosial”. Tetapi bagi ibu ayah, ketakutan itu sangat nyata.

Hari ini, kebanyakan ibu bapa menghantar anak ke sekolah dengan satu harapan besar… anak berada di tempat yang selamat.

Guru dianggap seperti ibu bapa kedua. Sekolah pula tempat anak belajar mengenal ilmu, adab dan masa depan.

Tetapi apabila muncul dakwaan seperti ini, keyakinan ibu ayah mula goyah.

Ada ibu ayah mengaku jadi takut untuk lepaskan anak ke sekolah tanpa rasa curiga. Ada yang mula berpesan macam-macam pada anak sebelum masuk pagar sekolah.

Lebih menyedihkan, anak-anak kecil mungkin langsung tidak faham apa itu “gangguan”, apa itu “manipulasi”, dan bagaimana untuk mempertahankan diri apabila melibatkan orang dewasa yang mereka percaya.

Ads

Dalam keadaan seperti ini, komunikasi antara ibu ayah dan anak menjadi semakin penting. Anak-anak perlu rasa mereka boleh bercerita apa sahaja tanpa takut dimarah atau tidak dipercayai.

“Kalau Anak Perempuan Tuan Belajar Dengan Guru Itu, Tuan Rasa Selamat?”

Itu soalan paling pedas yang ditujukan Mohd Fadli Salleh kepada pihak berkaitan.

Soalan itu mungkin kasar, tetapi itulah persoalan yang sedang bermain dalam kepala ribuan ibu bapa sekarang.

Jika benar ada risiko, siapa yang sanggup mempertaruhkan keselamatan anak sendiri?

Netizen juga mula mempersoalkan ketelusan siasatan dan tindakan yang diambil. Ramai mendesak agar pihak berkuasa tampil memberi penjelasan supaya tidak timbul pelbagai spekulasi yang lebih menakutkan.

Ada juga yang berharap agar siasatan dijalankan secara terbuka dan profesional supaya masyarakat mendapat jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

Ads

Cikgu Janji Nak Kahwin Bila Murid Umur 18 Tahun, Kes Budak Darjah 6 Buat Ramai Ibu Ayah Tak Senang Duduk!

Ibu Ayah Jangan Anggap Anak Terlalu Kecil Untuk Diberi Pendidikan Keselamatan

Kes seperti ini membuka mata ramai bahawa pendidikan keselamatan diri perlu bermula dari kecil.

Anak perlu tahu:

  • Bahagian tubuh yang tidak boleh disentuh orang lain
  • Hak untuk berkata “tidak”
  • Bezakan sentuhan selamat dan tidak selamat
  • Berani bercerita kepada ibu ayah tanpa takut dimarah
  • Tidak menyimpan rahsia yang membuat mereka rasa takut atau tidak selesa

Paling penting, ibu ayah kena jadi tempat paling selamat untuk anak meluahkan apa sahaja.

Kadang-kadang, pemangsa bukan orang asing. Mereka boleh jadi individu yang anak kenal, hormat dan percaya.

Itulah yang paling menakutkan.

Selain itu, ibu ayah juga digalakkan untuk sentiasa peka terhadap perubahan tingkah laku anak. Jika anak tiba-tiba menjadi pendiam, takut ke sekolah, murung atau enggan berjumpa seseorang, perkara itu tidak boleh dipandang remeh.

Isu melibatkan keselamatan kanak-kanak bukan perkara kecil. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan institusi pendidikan yang menjadi tempat ibu ayah meletakkan kepercayaan penuh setiap hari.

Semoga perkongsian ini menjadikan kita lebih cakna tentang keselamatan anak di mana sahaja persekitaran mereka.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Imun Ibu Hamil

Imun Ibu Hamil Selalu Lemah, Apa Sebab Asyik Selalu Sakit!

Imun ibu hamil mengalami perubahan semula jadi sepanjang kehamilan. Ketahui punca sistem imun menjadi lemah, risiko jangkitan serta cara berkesan untuk menguatkan daya tahan badan ibu dan melindungi kandungan.