
“Gilaaaa!” Itu antara reaksi pertama netizen selepas membaca perkongsian mengejutkan oleh pendidik terkenal, Mohd Fadli Salleh, mengenai satu dakwaan kes melibatkan guru sekolah rendah dan murid Tahun 6 di Johor.
Lebih membimbangkan, dakwaan itu bukan sekadar tersebar di media sosial tanpa asas. Menurut perkongsian beliau, laporan polis sudah dibuat sejak November 2025. Namun apa yang membuatkan ibu ayah semakin takut ialah apabila guru terbabit dikatakan kembali mengajar seperti biasa di sekolah rendah.
Perkara itu mencetuskan gelombang kebimbangan besar dalam kalangan ibu bapa, khususnya yang mempunyai anak perempuan di sekolah rendah.
Dalam hantaran yang tular itu, Mohd Fadli Salleh mendakwa kes tersebut melibatkan hubungan seksual antara seorang guru sekolah rendah dan murid Tahun 6.
Apa yang lebih mengejutkan, beliau mendakwa kes itu “diselesaikan luar” selepas guru berkenaan dikatakan berjanji akan mengahwini murid tersebut apabila mencapai usia 18 tahun.
Bayangkan perasaan ibu ayah bila membaca perkara sebegini.
Di usia anak baru belajar mengenal dunia, masih perlukan perhatian dan perlindungan ibu bapa, tiba-tiba muncul dakwaan sebegitu serius melibatkan individu yang diberi amanah mendidik di sekolah.
Ramai netizen mengakui mereka sukar percaya apabila membaca dakwaan tersebut. Namun pada masa sama, ramai juga ibu ayah meluahkan rasa takut kerana isu melibatkan keselamatan kanak-kanak bukan perkara yang boleh dipandang ringan.
Bagi kebanyakan ibu bapa, sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak mendapatkan ilmu dan membina masa depan. Sebab itu apabila timbul isu seperti ini, ramai mula rasa tidak tenang.
Menurut Mohd Fadli Salleh lagi, laporan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) juga sudah dibuat.
Namun apa yang mengundang persoalan ramai ialah apabila guru itu dikatakan hanya “dipool” seketika di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum kembali mengajar tahun ini.
Jika benar dakwaan itu berlaku, ibu ayah pastinya tertanya-tanya:
Persoalan-persoalan ini terus bermain dalam kepala ramai ibu bapa yang kini semakin risau tentang keselamatan anak masing-masing di sekolah.
Ramai mungkin melihat isu ini sekadar “viral media sosial”. Tetapi bagi ibu ayah, ketakutan itu sangat nyata.
Hari ini, kebanyakan ibu bapa menghantar anak ke sekolah dengan satu harapan besar… anak berada di tempat yang selamat.
Guru dianggap seperti ibu bapa kedua. Sekolah pula tempat anak belajar mengenal ilmu, adab dan masa depan.
Tetapi apabila muncul dakwaan seperti ini, keyakinan ibu ayah mula goyah.
Ada ibu ayah mengaku jadi takut untuk lepaskan anak ke sekolah tanpa rasa curiga. Ada yang mula berpesan macam-macam pada anak sebelum masuk pagar sekolah.
Lebih menyedihkan, anak-anak kecil mungkin langsung tidak faham apa itu “gangguan”, apa itu “manipulasi”, dan bagaimana untuk mempertahankan diri apabila melibatkan orang dewasa yang mereka percaya.
Dalam keadaan seperti ini, komunikasi antara ibu ayah dan anak menjadi semakin penting. Anak-anak perlu rasa mereka boleh bercerita apa sahaja tanpa takut dimarah atau tidak dipercayai.
Itu soalan paling pedas yang ditujukan Mohd Fadli Salleh kepada pihak berkaitan.
Soalan itu mungkin kasar, tetapi itulah persoalan yang sedang bermain dalam kepala ribuan ibu bapa sekarang.
Jika benar ada risiko, siapa yang sanggup mempertaruhkan keselamatan anak sendiri?
Netizen juga mula mempersoalkan ketelusan siasatan dan tindakan yang diambil. Ramai mendesak agar pihak berkuasa tampil memberi penjelasan supaya tidak timbul pelbagai spekulasi yang lebih menakutkan.
Ada juga yang berharap agar siasatan dijalankan secara terbuka dan profesional supaya masyarakat mendapat jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku.
Kes seperti ini membuka mata ramai bahawa pendidikan keselamatan diri perlu bermula dari kecil.
Anak perlu tahu:
Paling penting, ibu ayah kena jadi tempat paling selamat untuk anak meluahkan apa sahaja.
Kadang-kadang, pemangsa bukan orang asing. Mereka boleh jadi individu yang anak kenal, hormat dan percaya.
Itulah yang paling menakutkan.
Selain itu, ibu ayah juga digalakkan untuk sentiasa peka terhadap perubahan tingkah laku anak. Jika anak tiba-tiba menjadi pendiam, takut ke sekolah, murung atau enggan berjumpa seseorang, perkara itu tidak boleh dipandang remeh.
Isu melibatkan keselamatan kanak-kanak bukan perkara kecil. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan institusi pendidikan yang menjadi tempat ibu ayah meletakkan kepercayaan penuh setiap hari.
Perkongsian Mohd Fadli Salleh ini benar-benar membuat ramai ibu ayah tak senang duduk.
Dan selagi tiada penjelasan jelas diberikan, selagi itu keresahan ibu bapa akan terus membesar.
Ramai berharap agar pihak berkaitan tampil memberikan penjelasan yang telus supaya masyarakat tidak terus hidup dalam tanda tanya dan kebimbangan.
Dalam isu melibatkan keselamatan kanak-kanak, ramai percaya tindakan tegas dan siasatan menyeluruh amat penting demi memastikan kepercayaan ibu bapa terhadap institusi pendidikan tidak terus terhakis.
Bagi ibu ayah, satu perkara paling utama mereka hanya mahu anak-anak pulang dari sekolah dalam keadaan selamat setiap hari.
Sumber: Mohd Fadli Salleh