Acara merentas desa merupakan aktiviti tahunan yang sering dinanti-nantikan oleh para pelajar. Namun, jika melihat kepada rekod terdahulu, terdapat kes pelajar yang mengalami komplikasi kesihatan sehingga membawa kepada kejadian yang tidak diingini, termasuk kematian.
Kes seperti ini biasanya berpunca daripada faktor kesihatan sedia ada atau sejarah perubatan pelajar yang mungkin tidak disedari. Selain itu, faktor cuaca panas juga boleh memberi kesan kepada daya tahan tubuh, terutamanya bagi mereka yang kurang persediaan fizikal.
Secara lazimnya, acara merentas desa diadakan pada awal tahun dan melibatkan semua pelajar. Namun, bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, pihak sekolah kebiasaannya akan menasihatkan agar tidak turut serta bagi mengelakkan sebarang risiko.
Memandangkan aktiviti ini hanya diadakan setahun sekali, ramai pelajar tidak mempunyai persediaan yang mencukupi. Apabila tiba hari acara, mereka perlu berlari sejauh beberapa kilometer tanpa latihan yang mencukupi, sekali gus meningkatkan risiko keletihan melampau atau masalah kesihatan lain.
Bagaimanapun, terdapat sekolah yang mengambil inisiatif dengan mengadakan latihan persediaan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sebelum acara sebenar berlangsung dalam minggu yang sama. Langkah ini diambil bagi memastikan pelajar lebih bersedia dan mampu mengelakkan sebarang risiko kecederaan atau komplikasi kesihatan.
Sehubungan dengan itu, seorang guru Syazwan Haziq, atau lebih dikenali sebagai @ehapahal_di TikTok, telah berkongsi beberapa tips berguna yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.
Dengan hanya beberapa langkah mudah, pelajar dapat memastikan stamina mereka kekal hingga ke garisan penamat dan dapat menyelesaikan larian dengan lebih baik.
TIP RENTAS DESA
Ads
Untuk tips yang pertama, adalah membiarkan bahu dalam keadaan yang tenang semasa berlari.
Sebenarnya semasa larian, para pelajar digalakkan untuk tidak berfikir secara berterusan malah perlu membiarkan otak berada dalam keadaan rehat.
Apabila berfikir terlalu banyak, maka badan secara automatik akan memberi respons negatif dan tanpa sedar telah menggunakan banyak tenaga.
“Masa lari bahu kena relaks, tangan jangan genggam. Hayun, relaks sahaja.
“Bila kita genggam tangan, power akan banyak hilang, kita punya tenaga pun banyak hilang,” jelasnya.
Para pelajar perlu elakkan guna tenaga yang banyak di bahagian atas badan seperti menggenggam tangan.
Ads
Oleh itu semasa larian, pelajar mestilah membiarkan tangan dan bahu dalam keadaan relaks dan kemudian lari ke hadapan.
Yang kedua, iaitu menjaga bentuk badan semasa larian.
Kadang-kadang secara tidak sedar, bentuk badan kita akan membongkok dan perkara itu akan memberi kesan kepada badan.
“Kena jaga bentuk badan, pastikan jangan membongkok,” katanya.
Dalam masa yang sama, tangan perlu diayunkan dalam keadaan tenang dan pastikan badan tidak membongkok.
Kemudian tips terakhir ialah menegakkan dada semasa berlari. Menurut pemuda itu, ketika berlari dengan dada yang terbuka, badan akan menerima lebih banyak oksigen.
Ads
Sekiranya membongkok, oksigen tidak akan diterima dengan banyak membuatkan badan akan cepat letih.
Bukan sahaja badan penat malah ia juga memberi kesan kepada pinggang hingga ia menjadi letih.
“Kalau buka dada tegak, akan dapat lebih banyak oksigen berbanding daripada membongkok. Kalau bongkok pinggang akan lenguh nanti.” jelasnya
Selepas hampir dua minggu tidak bertemu dengan buah hati tersayangnya Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad tetap setia menantikan kepulangan malah melapangkan masanya untuk menjemput Jebat yang baru sahaja kembali ke tanah air kelmarin.
Seorang pengguna TikTok, menerusi akaun @nazilihazirah memuat naik video yang kebetulan ternampak Sharnaaz yang dilihat menjemput anak tunggalnya di lapangan terbang yang baru sahaja tiba dari Tanah Suci.
Menerusi perkongsian video itu, Sharnaaz dilihat memangku kemas Jebat dan melepaskan rindu pada anaknya itu selepas hampir dua minggu tidak bertemu.
“Nak sambut mak sendiri balik umrah, rezeki terjumpa Bilal family’s, saya sambut dari jauh ajelee 🖐🏻haaaai,” tulisnya di kapsyen.
Dua minggu lalu, Sharnaaz menjadi orang paling setia bila mana turut menghantar anaknya ke lapangan terbang yang mahu berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama bekas isterinya, Noor Nabila.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut memuat naik sekeping gambarnya yang memangku kemas Jebat di Instagramnya.
Meskipun sudah berpisah, namun Sharnaaz tetap menghantar dan menunggu di lapangan terbang malah berkawan baik dengan bekas isteri. Semuanya demi anak tunggal mereka, Jebat Jayden.
Dalam pada itu, perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji hubungan baik antara Sharnaaz dan keluarga bekas isteri.
Malah sikap Sharnaaz sendiri yang begitu penyayang turut dipuji orang ramai.
Wabak influenza kini menyerang pelajar asrama! MRSM Kuantan dilaporkan mencatatkan 114 kes jangkitan influenza membabitkan pelajarnya baru-baru ini. Walaupun jumlahnya agak tinggi, pihak berkuasa negeri menegaskan keadaan masih terkawal dan tiada pelajar yang dimasukkan ke hospital.
PdPR Dibenarkan Sehingga 22 Oktober Sebagai Langkah Pencegahan
Menurut laporan BERNAMA, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Ir Razali Kassim, memaklumkan bahawa semua pelajar telah dibenarkan pulang bermalam dan menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga 22 Oktober 2025 bagi membendung penularan virus influenza dalam kalangan pelajar.
Langkah itu dilaksanakan bagi memberi ruang kepada pihak sekolah dan kesihatan menjalankan proses pembersihan serta pemantauan kesihatan secara menyeluruh di kawasan asrama dan bilik darjah.
“Dakwaan kononnya MRSM Kuantan ditutup kerana wabak influenza ini tidak benar. Sebanyak 114 pelajar tingkatan empat masih dibenarkan berada di sekolah untuk menduduki peperiksaan khas di bawah pemantauan pihak sekolah dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan,” jelasnya dalam satu kenyataan media.
Kes Bermula Awal Oktober, Berpunca Dari Pelajar Pulang Cuti Sekolah
Menurut Datuk Razali, kes pertama mula dikesan pada 5 Oktober, dan sehingga 7 Oktober, seramai 114 pelajar telah disahkan positif influenza.
Siasatan awal mendapati, jangkitan berpunca daripada pelajar yang pulang bercuti antara 13 hingga 21 September lalu sebelum kembali ke asrama.
“Penularan berlaku melalui aktiviti harian di sekolah dan asrama selepas cuti berakhir,” katanya lagi.
Langkah Kawalan & Pencegahan Dipertingkat
Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan bersama pengurusan MRSM telah mengambil langkah proaktif dengan memperketat protokol kebersihan dan keselamatan pelajar, termasuk:
Menjalankan sanitasi dan pembersihan menyeluruh di kawasan asrama dan bilik darjah,
Melaksanakan saringan suhu dan simptom setiap hari,
Mengasingkan pelajar yang bergejala,
Serta menyediakan bekalan hand sanitizer di kawasan umum.
Siasatan lanjut juga sedang diteruskan bagi memastikan wabak ini tidak merebak ke kawasan sekolah lain. Menurutnya, kluster influenza turut dikesan di beberapa MRSM dan sekolah berasrama di Pahang.
Ibu Bapa Diminta Pantau Anak Bergejala
Pihak berkuasa kesihatan menasihati ibu bapa untuk memantau anak-anak yang menunjukkan simptom seperti demam, batuk, selesema atau keletihan melampau.
Anak yang bergejala dinasihatkan untuk berehat di rumah dan elakkan daripada bergaul rapat dengan rakan-rakan bagi memutuskan rantaian jangkitan.
“Ibu bapa juga digalakkan membawa anak ke klinik sekiranya simptom berlarutan melebihi tiga hari,” tambah beliau.
Apa Itu Influenza Dan Tanda-Tanda Awal
Influenza atau lebih dikenali sebagai flu ialah jangkitan virus pada sistem pernafasan yang mudah berjangkit melalui titisan air liur, batuk dan bersin.
Simptom biasa termasuk:
Demam tinggi mendadak,
Sakit kepala, sendi dan otot,
Batuk dan sakit tekak,
Hilang selera makan,
Rasa lemah dan tidak bermaya.
Kebiasaannya pesakit akan pulih dalam tempoh 5 hingga 7 hari, namun bagi kanak-kanak atau remaja dengan sistem imun lemah, komplikasi serius seperti pneumonia boleh berlaku.
Pesanan Buat Ibu Bapa & Warga Sekolah
Untuk elak anak-anak dijangkiti influenza, ibu bapa disarankan:
Pastikan anak cuci tangan dengan sabun atau sanitizer,
Elakkan berkongsi tuala, botol air dan barangan peribadi,
Galakkan mereka rehat dan minum air secukupnya,
Dan segera berjumpa doktor jika menunjukkan tanda awal jangkitan.
Walaupun situasi di MRSM Kuantan masih terkawal, kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah amat penting bagi memastikan kesihatan pelajar terus terpelihara dan penularan wabak dapat dibendung sepenuhnya.
Dari seorang yang bekerjaya sebagai kakitangan kerajaan, sejak lebih setahun lalu, Jahidah Nordin, 43, hanya mampu terlantar kaku dalam keadaan koma angkara keganasan rumah tangga.
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, memuat naik gambar imbas kembali ketika majlis perkahwinan kakaknya itu menerusi media sosial dua hari lalu dan rata-rata netizen memuji Jahidah sebagai seorang wanita cantik.
Video yang dimuatnaik menerusi laman Tiktok itu menarik lebih sejuta tontonan dan lebih 2,000 komen yang kebanyakan mendoakannya kesihatan Jahidah, selain melahirkan rasa simpati.
Fauziah berkata, kakaknya itu kini di bawah jagaannya di Sendayan dekat sini, selain turut bertanggungjawab membesarkan Ehsan Nufail, anak lelaki kepada Jahidah.
“Memang keadaan fizikal sudah banyak berubah tidak seperti dulu. Kecederaan yang dialaminya akibat dipukul menyebabkan muka jadi seperti sekarang.
“Rahangnya patah, tempurung kepala juga terpaksa dibuang. Kejadian ini bukan sahaja menarik keceriaan kakak, malah kami sekeluarga, namun kami redha dengan ujian tuhan,” katanya.
Hanya terlantar, pergerakan kaku
Fauziah berkata, tiada banyak perubahan yang berlaku kepada kakaknya dan kini masih lagi terlantar di katil dan tidak mampu memberikan respons.
“Dari segi kesihatan kak Jahidah sekarang semakin baik, namun tiada banyak perubahan. Dia tidak boleh lagi bagi tindak balas apa yang kami cakap, bagaimanapun sebelum ini dengar dia menangis sebelum ini.
“Disebabkan sudah lama terlantar, badan dan pergerakannya macam kaku. Bulan November nanti kakak akan dimasukkan ke wad rehabilitasi sebab doktor mahu pantau keadannya,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan Ehsan Nufail yang kini sudah berusia 10 bulan, Fauziah berkata, bayi berkenaan masih tidak boleh duduk kerana tulangnya masih lembut dan perlu mendapatkan fisioterapi bermula pertengahan bulan ini.
“Saya selalu letakkan Nufail di sebelah kakak, ada kalanya kakak mengeluarkan air mata. Mungkin dia sedih, namun tidak dapat meluahkannya,” katanya.
Media pada Mei tahun lalu melaporkan penjawat awam berusia 43 tahun itu dikejarkan ke hospital di Johor Bharu selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei 2021.
Ketika kejadian, umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan tahun lalu dan mereka sekeluarga tidak dapat menikmati Aidilfitri seperti orang lain kerana keadaan Jahidah yang kritikal ketika itu.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.