Betapa sayangnya kita pada anak, dalam lagi kasih sayang seorang atuk kepada cucunya. Kasih yang tak berbelah bagi.
Perkongsian seorang ibu, Nurul Farrahin yang berkongsi kisah anaknya yang dijaga seketika oleh bapanya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, anak kecilnya yang baru berusia 11 bulan itu dilihat duduk dalam peti simpanan ikan sejuk beku di belakang kedai makan milik bapanya, Samri Bodot, 55 tahun.
Video yang dikongsikan akaun Tik Tok @aldariyahusna itu menarik perhatian ramai.
“Puas mama cari anak mana kat mana.
“Atok dia boleh letak dalam tong ikan,” tulisnya menerusi video yang dikongsikan.
Ads
Menurut kata ibunya, anaknya, Aldariya Husna menjadi cucu kesayangan ayahnya kerana dia merupakan cucu sulung bagi keluarga ini.
Malah katanya lagi, keduanya bukan sahaja cukup akrab bahkan anak kecilnya itu sudah terbiasa dengan ikan segar dan seperti tidak takut bila ikan diletakkan di sebelahnya.
“Ayah saya memang suka manjakan Husna.
Ads
“Saya terkejut nampak Husna dalam tu sebab risau ada bahagian yang tajam tapi rupanya ayah dah siang itu tu dan letakkan husna dalam pelapik.
“Husna pun dah terbiasa, cucu dia tu dah tak takut,” katanya berkongsi.
Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak membesar dengan sihat seperti bayi lain. Namun bagi pasangan suami isteri, Nurul Shaheera Mohd Razi dan Muhammad Syahidee Zulkiffli, perjalanan membesarkan anak bongsu mereka penuh dengan cabaran apabila bayi mereka didiagnosis dengan masalah breath holding spells.
Anak mereka, Muhammad Khabib Rayyan Muhammad Syahidee yang kini berusia sembilan bulan, mengalami keadaan luar biasa apabila boleh berhenti bernafas secara tiba-tiba ketika menangis, sakit, terkejut atau marah. Situasi itu membuatkan ibu bapanya sentiasa berjaga-jaga dan perlu memantau keadaan Khabib setiap masa.
Menurut Nurul Shaheera, 37, keadaan itu mula disedari ketika Khabib berusia sekitar tujuh bulan selepas anaknya terjatuh lalu menangis kuat tanpa mengeluarkan suara. Kejadian tersebut menimbulkan kebimbangan sehingga mereka membawa Khabib menjalani pemeriksaan lanjut di hospital.
“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan Khabib mengalami breath holding spells. Kami sangat risau kerana selain masalah itu, doktor juga memaklumkan dia mempunyai masalah jantung berlubang,” katanya.
Tambahnya lagi, doktor menjelaskan bahawa keadaan breath holding spells biasanya berlaku apabila kanak-kanak tidak dapat mengawal emosi mereka dengan baik. Dalam situasi tertentu seperti terlalu marah atau terkejut, mereka boleh menahan nafas sehingga kelihatan seperti berhenti bernafas seketika.
Doktor turut memaklumkan bahawa keadaan ini berkemungkinan berterusan sehingga Khabib berusia enam atau tujuh tahun, iaitu apabila dia sudah mampu mengawal emosinya dengan lebih baik.
Disebabkan keadaan itu, Nurul Shaheera dan suaminya perlu memastikan emosi anak mereka sentiasa dalam keadaan stabil. Mereka juga perlu memberi perhatian lebih terutama apabila Khabib berada dalam keadaan tidak selesa atau sakit.
Sebagai seorang yang bekerja dalam bidang pentadbiran, Nurul Shaheera mengakui dia terpaksa menghantar anaknya kepada pengasuh ketika bekerja. Namun setiap hari dia sentiasa berasa risau dan kerap mengingatkan pengasuh supaya memberi perhatian khusus kepada Khabib.
“Saya selalu pesan kepada pengasuh supaya sentiasa memerhatikan keadaan Khabib. Kalau dia nampak tidak sihat atau terlalu meragam, saya akan ambil cuti kecemasan untuk menjaganya sendiri,” katanya.
Menurutnya, Khabib memerlukan pemantauan rapi terutamanya apabila dia menangis kuat, merajuk atau tidak sihat kerana keadaan itu boleh mencetuskan episod breath holding spells.
Walaupun berdepan cabaran, Nurul Shaheera bersyukur kerana suaminya banyak membantu menguruskan anak-anak di rumah. Pasangan itu juga mempunyai dua orang lagi anak yang turut memerlukan perhatian.
“Kadang-kadang saya terfikir untuk berhenti kerja supaya dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada Khabib, tetapi komitmen bulanan yang tinggi membuatkan saya perlu terus bekerja,” ujarnya.
Setakat ini, Khabib tidak mempunyai masalah untuk makan dan minum seperti bayi lain. Namun perkembangan fizikalnya masih dipantau kerana dia masih belum boleh berjalan.
Nurul Shaheera berkata, pada awalnya dia menyangka hanya anaknya sahaja mengalami masalah tersebut. Namun selepas berkongsi video mengenai keadaan Khabib di TikTok, ramai ibu bapa lain tampil berkongsi pengalaman yang sama.
Perkongsian itu sedikit sebanyak memberi ketenangan kepadanya kerana dia sedar bahawa dia tidak keseorangan dalam menghadapi situasi tersebut.
“Bila saya kongsi kisah Khabib di media sosial, ramai ibu bapa lain yang mengalami breath holding spells berkongsi cerita mereka. Dari situ saya rasa lebih tenang dan kuat,” katanya.
Walaupun ujian ini bukan sesuatu yang mudah, Nurul Shaheera dan suami tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk anak mereka. Setiap hari mereka tidak putus berdoa agar Khabib membesar dengan sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.
Bagi mereka, kasih sayang dan kesabaran adalah kekuatan utama dalam menghadapi cabaran membesarkan anak yang mengalami breath holding spells.
UPKK 2024, 22,351 murid raih keputusan cemerlang 9A. Seramai 22,351 daripada 236,986 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024 berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan memperoleh gred A dalam kesemua sembilan mata pelajaran yang diuji.
Mata pelajaran yang dinilai dalam peperiksaan ini termasuk Akidah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Ibadah, Penghayatan Cara Hidup Islam serta Amali Solat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, memaklumkan bahawa nilai gred purata skor (GPS) bagi UPKK tahun ini ialah 1.85, menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 1.89 pada tahun sebelumnya.
Bagi mata pelajaran al-Quran, GPS yang dicatat adalah 1.46, manakala Akidah memperoleh 1.88, Sirah (2.20), Adab (2.03), Jawi dan Khat (2.18), Bahasa Arab (2.41), Ibadah (1.97), Penghayatan Cara Hidup Islam (1.24) dan Amali Solat (1.25).
Selain itu, seramai 19,007 murid berjaya memperoleh 8A, manakala 17,287 mendapat 7A dan 16,990 memperoleh 6A. Jumlah pelajar yang mendapat 5A pula adalah 17,516, diikuti 4A (20,372), 3A (37,056), 2A (35,495) dan 1A (23,970).
Menurut Mohd Na’im, seramai 27,830 murid tidak memperoleh sebarang gred A, manakala empat calon mendapat semua D.
Beliau menegaskan bahawa peperiksaan ini merupakan satu kaedah untuk menilai tahap pembelajaran murid sepanjang lima tahun mengikuti KAFA.
“Bagi mereka yang memperoleh keputusan sederhana dan rendah, masih ada ruang untuk meningkatkan prestasi bagi mencapai kecemerlangan pada masa hadapan,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan UPKK pada Khamis.
Tambahnya, pendidikan KAFA bukan sekadar berorientasikan peperiksaan, tetapi turut menekankan nilai-nilai Islam dalam membentuk murid yang seimbang dari aspek intelektual dan sahsiah.
Calon yang menduduki UPKK 2024 boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian menerusi laman sesawang http://semakan.islam.gov.my dengan menggunakan nombor MyKid dan angka giliran masing-masing.
Semakan boleh dibuat bermula jam 10 pagi, dan keputusan yang dipaparkan adalah dalam bentuk rumusan umum. Sementara itu, slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula jam 9.30 pagi pada hari Jumaat.
Ketika membeli barangan di pasaraya, sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk memeriksa tarikh luputnya. Bila diyakini yang barang tersebut masih dalam tempoh yang elok untuk digunakan, baharulah kita akan membelinya.
Adakah anda perasan, ada sesetengah barangan yang menggunakan perkataan Guna Sebelum (Use By) dan Baik Sebelum (Best Before)? Kedua-dua tanda ini bukan saja-saja, sebenarnya ada beza antara kedua-duanya.
Perasankah anda akan label tarikh luput pada produk makanan dan minuman yang mencatat “Baik Sebelum” (Best Before) “Guna Sebelum” (Use By)?
Label tarikh luput digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi. Namun di sini, kita akan focus kepada makanan dan minuman sahaja.
Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.
Baik Sebelum (Best Before)
Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.
Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair…) warna (berubah dari yang asal), bau (tengit disebabkan oksidasi) dan rasa (tengik, masam…) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindak balas kimia pada produk berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.
*Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindak balas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!