“Tolong… sakit.” Itu jeritan terakhir Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, selepas tersepit apabila ditimpa runtuhan tangga separa siap rumah teres dua tingkat dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang sarat lapan bulan bersama suaminya Shahril Apipie Mokhtar, 29, maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.
Turut maut ialah Mohd Radzi Abdul Aziz, 35, dan warga Indonesia Bambang Sulisto, 39.
Saksi kejadian, Mohd Haziq Haikal Jamri, 15, berkata sebelum kejadian dia membersihkan kawasan terbabit dengan mengalihkan kayu sebelum pulang ke kediamannya di belakang rumah mangsa.
Katanya, tidak lama kemudian dia terkejut selepas terdengar bunyi dentuman dan terus bergegas ke luar untuk melihat apa yang berlaku.
Jerit Minta Tolong, Beritahu Sakit
“Ketika itulah saya terdengar kakak (Wan Hasheliza) menjerit meminta tolong dan memberitahu sakit.
“Suaminya pula ketika itu sedang cuba menyelamatkannya sebelum jiran lain juga datang membantu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, keadaan kecoh itu tiba-tiba bertukar senyap dan mereka tidak bergerak serta kaku sebelum terlihat tangan jiran terkulai.
Sementara itu, ibu kepada Haziq, Norazila Saad, 34, berkata pasangan suami isteri terbabit menyewa di rumah berkenaan sejak Disember lalu.
Ads
“Saya memang rapat dengan pasangan ini dan wanita terbabit sedang mengandung anak sulung mereka.
“Dia juga kelihatan gembira mengemas barang untuk balik ke kampung di Kelantan bagi menyambut Hari Raya Haji dan bersalin di sana,” katanya.
Tak sempat makan pulut ikan masin
Katanya, jirannya berkenaan sempat meminta dia memasak pulut berinti kelapa dan ikan masin, kelmarin kerana berkemungkinan mengidam.
“Sepatutnya dia menjamah (pulut berinti kelapa dan ikan masin) petang ini (semalam), namun tidak kesampaian malah saya juga sudah siap memasak pulut itu.
Ads
“Sepanjang mengenali mereka, pasangan terbabit sangat baik dan tidak kedekut,” katanya ketika ditemui.
Pilu tak berdaya bantu abang ipar
Detik memilukan buat seorang lelaki apabila melihat abang ipar dan dua jirannya maut terkena renjatan elektrik ketika mahu menyelamatkan seorang wanita hamil, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, wanita berkenaan tersepit di bawah runtuhan tangga sebuah rumah teres dua tingkat dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar di sini, semalam.
Malah, Rahmat Selamat, 33, berkata, dia bersama dua jiran lain hanya mampu menunggu sebaik menyedari abang iparnya, Mohd Radzi Abdul Aziz, 35, dan tiga jirannya berada dalam keadaan kaku.
Katanya, ketika kejadian dia bersama abang iparnya dan dua lagi lelaki sedang memotong rumput sebelum terdengar bunyi dentuman kuat selain suara wanita menjerit.
Ads
“Ketika kami sedang memotong rumput, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman dan disusuli suara wanita menjerit.
“Kami berempat termasuk arwah abang ipar terus berlari ke arah bunyi berkenaan sebelum mendapati berlaku runtuhan di salah satu unit rumah yang terletak 20 meter dari lokasi kami,” katanya.
Katanya, sebaik mereka berempat sampai di rumah berkenaan, dia melihat jirannya, Shahril Apipie Mokhtar, 29, menyelinap masuk ke bawah runtuhan tangga konkrit bagi menyelamatkan isterinya Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29.
Katanya, mereka kemudian cuba mengangkat runtuhan berkenaan bersama jiran warga Indonesia Bambang Sulisto, 39, yang datang untuk membantu.
“Pada waktu itu, kami berlima cuba mengangkat runtuhan dari sebelah hadapan tangga, namun gagal sebelum Bambang dan abang ipar saya masuk ke dalam rumah untuk mengangkat runtuhan dari dalam.
“Namun, sebaik Bambang memegang batu, dia menjerit ‘karan’ (arus elektrik) sebanyak dua kali sebelum melihat lelaki itu serta abang ipar kaku terdiam, tidak bergerak,” katanya.
Rahmat berkata, pada waktu itu mereka menyedari terdapat arus elektrik di situ dan cuba memanggil nama Bambang dan Radzi beberapa kali, namun tidak berjawab.
“Kami hanya mampu melihat sahaja mereka, tanpa dapat membantu apa-apa kerana khuatir terkena arus elektrik berkenaan,” katanya.
Ramai yang bertanya tentang bagaimana upah asuhan anak jika tidak dihantar kerana tempoh PKP. Menurut laman rasmi facebook Jabatan Mufti Negeri Perak, pembayaran haruslah dibuat setakat perkhidmatan yang diberikan sahaja namun ibu bapa dan pengasuh haruslah berbincang dengan baik agar tidak berlaku sebarang salah faham.
Ibu bapa, pengusaha taska dan pusat pendidikan di Perak dinasihatkan merujuk perjanjian lisan atau bertulis antara mereka bagi menangani isu bayaran upah atau yuran yang perlu dilunaskan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jabatan Mufti Perak dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan perkara itu penting supaya dua pihak itu reda hasil rundingan awal yang dibuat.
Menurutnya, sebarang perkhidmatan disediakan pihak berkenaan juga tertakluk kepada undang-undang dan peraturan dikemukakan pihak berwajib yang perlu dipatuhi selagi mana tidak bercanggah dengan syarak.
“Isu memberi dan membekalkan perkhidmatan merupakan unsur utama serta penting dalam sesuatu kontrak yang dimeterai antara pihak berkenaan. Pelaksanaan PKP antara faktor yang tidak terduga dan memberi kesan kepada perkhidmatan.
“Bagi menjamin perkhidmatan boleh dilaksanakan kepada pelanggan, pengasuh dan pengusaha perkhidmatan boleh membekalkan perkhidmatan mereka dengan pelbagai mekanisme seperti kaedah dalam talian. Penyediaan perkhidmatan dan penjualan produk adalah asas kepada transaksi muamalat,” katanya dalam kenyataan rasmi tersebut.
Jabatan Mufti Perak melihat pihak pembayar dan pembekal perkhidmatan perlu memberi perhatian terhadap sebarang syarat, terma, perjanjian, persetujuan dan perbincangan terhadap sesuatu kontrak bagi mewujudkan keredaan kedua-dua pihak tanpa menimbulkan anasir negatif seperti ketidakadilan dan ketidakjelasan dalam urusan mualamat.
Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai melihat penjelasan hukum yang dikeluarkan dari sudut positif dan tidak emosional dalam membuat penilaian.
Selain itu, pengusaha perkhidmatan atau pengasuh perlu mengambil langkah menang-menang bersama ibu bapa melalui perbincangan dalam menentukan keadilan kepada pihak yang terlibat.
“Pihak ibu bapa dan penjaga juga perlu mengelakkan sifat terlalu berkira dan bersikap tolak ansur dengan mengambil kira jasa serta pengorbanan pengasuh dan pengusaha perkhidmatan terhadap anak-anak.
“Pengasuh dan pengusaha perkhidmatan berkaitan juga perlu membuat persediaan kewangan dengan mewujudkan dana rizab dan simpanan untuk menjamin kelangsungan perniagaan mereka ketika keadaan tidak diduga,” jelas kenyataan tersebut.
Jabatan Mufti Perak memaklumkan penjelasan yang dikeluarkan itu setelah meneliti komen netizen menerusi paparan jawapan menerusi Facebook sebelum ini berkaitan bayaran upah mengasuh anak sama ada perlu dibayar penuh sedangkan anak tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti yang disiarkan pada 30 Mac lalu.
“Menunggu kepulangan yang tak pernah pulang.” Itu situasi yang dilalui oleh seorang isteri setelah suami tercinta pergi buat selama-lamanya selepas tiga hari tamat berpantang. Berat ujian yang perlu dihadapi tapi siapa kita nak menolak takdir Allah ini.
Pemergian suami yang menjadi tempat bergantung harap dan kehadiran anak sebagai tanda cinta mereka benar-benar menguji perasaan. Apatah lagi bayi yang baru lahir masih perlukan kasih seorang bapa.
Kisah sedih ini telah dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Jueazur menerusi akaun TikTok.
Kehadiran anak pengganti arwah suami
@jueazur terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya.. semoga doa itu di angkat Allah swt.. semoga syurga buat suami saya.. esok jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi.. Allah syg sebab tu Allah uji.. terima kasih 🙏🏼 #fyp#fypシ♬ suara asli – musicstory._
Menerusi video pendek dikongsi oleh wanita ini, memaparkan kenangan-kenangan bersama Allahyarham suaminya dan dia pada masa yang sama turut berterima kasih atas doa yang dikirim oleh orang ramai.
Terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya. Semoga doa itu diangkat Allah SWT. Semoga syurga buat suami saya.
Jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi. Allah sayang sebab tu Allah uji. Terima kasih.
Punca pemergian suami Jue Azur ini tidak dapat dipastikan, cuma dia bersangka baik dengan setiap aturan Allah SWT.
Menunggu kepulangan yang tak akan pernah pulang. Arwah suami saya meninggal 3 hari lepas saya habis pantang.
Lebih menyedihkan arwah suami pergi di saat hadirnya anak yang dilahirkan Februari lalu. Seolah-olah kehadiran bayi ini pengganti suami.
Kisah sedih ini turut mendapat perhatian orang ramai dan masing-masing mendoakan agar wanita ini terus kuat demi anak tersayang. Setiap ujian yang diberikan itu, Allah tahu kita mampu hadapinya walaupun ia cukup berat sama sekali.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasih seorang bapa kepada anak, sanggup lakukan apa sahaja. Perkongsian ibu ini tentang seorang ayah membuatkan ramai tersentuh hati.
Tugas membawa anak mendapatkan pemeriksaan kesihatan lazimnya dilakukan oleh ibu, jarang sekali kaum bapa melakukannya. Memang ada bapa yang turut serta membawa anak ke klinik tetapi selalunya hanya menemani bersama isteri.
Namun, apa yang ibu ini ceritakan pula sebaliknya. Dia telah menyaksikannya sendiri bagaimana seorang bapa yang membawa anak ke untuk pemeriksaan kesihatan di klinik. Paling respek, bapa ini sangat cool dan sangat penyayang kepada bayinya.
Bapa itu membawa anaknya berusia 3 bulan. Belajar menggunakan penimbang untuk menimbang bayinya. Walau pun tidak tahu tidak menggunakannya tetap belajar.
Rupa-rupanya sudah sediakan lengkap semua kelengkapan bayi dalam beg. Bayi menangis tapi bapa berkenaan senyum je.
Allahu penyabar lelaki ini. Bukan semua lelaki boleh uruskan anak kecil seorang. Sungguh kasih sayang seorang ayah itu terserlah. Tabiklah sebab tak pegang handphone seperti kebanyakan parents nowadays.
Respect betul dengan bapa ini, boleh urus sendiri bayi kecil dengan tenang, bermanis muka & senyum.
Hargailah suami yang tidak lupa membantu dalam menguruskan anak dan rumah tangga. Setiap suami ada kelebihannya.
Kebanyakan ibu-ibu memberikan reaksi positif kepada perkongsian ibu ini dengan menghargai kaum bapa. Tidak kurang juga yang tersentuh hati.
Jika sebelum ini anak sentiasa bersama ibu dan ayah sejak kecil. Kali ini si kecil yang kita tatang bagai minyak yang penuh bakal melangkah ke alam persekolahan. Ibu mana yang tidak sayu hati berpisah seketika.