Dalam rumahtangga, ada banyak perkara kecil yang kadang-kadang suami tak perasan, tapi bagi seorang isteri, ia memberi makna yang besar. Kadang bukan soal besar atau kecil sesuatu perbuatan, tapi tentang rasa dihargai dan disayangi.
Kisah ini mungkin nampak remeh—hanya tentang sebiji rambutan. Tapi di sebalik itu, terselit satu pelajaran tentang memahami pasangan.
Ads
Bagaimana seorang suami belajar, bahawa melayan satu ‘kerenah’ kecil isteri bukanlah satu kelemahan, sebaliknya tanda kasih sayang yang mendalam.
Ads
Sebagaimana perkongsian Hizandie Shuaib ini begitu inspirasi
Ads
Awal-awal kahwin dulu,
“Nak makan rambutan?” tanya aku kepada suri hati.
“Tak nak lah. Tak pandai buka kulit.” Balas suri hati. Aku ingat dia bergurau. Rupanya memang betul.
Aku bukakan kulit rambutan tu. Seulas dua je dia makan. Bila ditanya, katanya susah nak makan.
Waktu tu aku mula hairan. Rupanya bila dah buka kulit, kena potong nipis pula isi buah tu. Baru senang dan nikmat untuk dia makan.
Berbeza sangat cara aku makan dengan suri hati masa tu.
Aku biarkan. Suri hati potong sendiri.
Itu dulu. Sekarang bila dah lama kahwin. Anak pun dah ramai, selepas 16 tahun hidup bersama, banyak benda yang dah makin faham tentang isteri ataupun lebih tepat lagi seorang perempuan.
Kalau orang tak cerdik, dia akan kata perempuan macam ni mengada-ngada.
Tapi dalam banyak-banyak perkara yang suri hati boleh berdikari, makan rambutan ni antara perkara ‘rare’ yang dia agak janggal untuk buat sendiri. Sampai minta untuk dipotong halus.
Daripada 10 perkara, takkan satu perkara ‘rare’ pun seorang suami tak boleh nak layan kan?. Sesekali apa salahnya layan walaupun perkara tu remeh di mata kita.
Sebelum kahwin dulu Ayah dia yang layan kerenah anak perempuannya. Sekarang ni, giliran kita la pula.
Baru ni aku bawa balik sedikit rambutan dari kampung. Aku ajak suri hati makan. Tapi dia menolak. Aku tahu sebabnya.
Aku ambil pisau, isi rambutan tu aku potong siap-siap. Kemudian aku hulur ke dia. Alhamdulillah. Suka dia makan.
Senyum macam budak kecil. Suka agaknya bila terasa dimanja-manja.
Buka rambutan, potong isi kecil-kecil tu semua perkara remeh dan kecil pada aku seorang lelaki.
Dulu aku anggap begitu. Sekarang tidak lagi.
Bila dah lama hidup dengan perempuan yang bergelar isteri ni, aku tahu, sekecil-kecil perkara bagi orang lelaki, besar di mata seorang perempuan. Seremeh-remeh benda pada tanggapan orang lelaki, selalu dianggap penting oleh seorang perempuan.
Yang kecil dan yang remeh itu, jika dilayan, disantuni dengan ikhlas, mereka akan balas semula dengan seluruh hidupnya untuk menjaga seorang lelaki tanpa batas.
Sayangnya tidak akan dibuat-buat. Hatinya telah berjaya kau kunci ketat. Setianya sampai syurga. Insya-Allah.
Titik.
Sumber: Hizandie Shuaib
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika sebelum ini anak sentiasa bersama ibu dan ayah sejak kecil. Kali ini si kecil yang kita tatang bagai minyak yang penuh bakal melangkah ke alam persekolahan. Ibu mana yang tidak sayu hati berpisah seketika.
Tambah lagi bila si kecil pula menangis ketika dihantar ke sekolah. Tambah menyentuh hati ibu bila mana anak kecil tidak mahu ke sekolah malah menangis meronta-ronta di hadapan sekolah.
Situasi sebegini pastinya meninggalkan momen yang begitu mendalam buat ibu dan anak itu sendiri. Adalah lebih baik kita memberi ruang untuk anak lebih bersedih ke sekolah.
Bagaimana hendak pastikan anak betul-betul bersedia? Ibu dan bapalah yang memainkan peranan penting agar anak betul-betul bersedia untuk melalui pengalaman yang baru.
Berikut adalah beberapa tip untuk membantu melatih anak agar lebih bersedia menghadapi pengalaman baru di pusat asuhan dan tadika:
Perkenalkan konsep ‘rakan baru’
Anak mana yang tidak gemar bergaul dan berkawan. Lebih-lebih lagi kawan baru. Ajarkan pada anak perihal konsep kawan baru ini dan beritahu pada mereka tentang keseronokkan bermain bersama rakan-rakan. Sebagai permulaan anda boleh mencubanya bersama rakan-rakan terdekat atau anak kawan-kawan yang sebaya usianya. Cara ini buat anak mampu bergaul dengan baik.
Kongsi cerita indah dengan rakan
Ceritakan akan keseronokkan bila bermain bersama rakan-rakan dan guru di sekolah. Malah aktiviti serta permainan yang begitu menghiburkan berbanding hanya bermain di rumah bersama ibu. Lama kelamaan anak akan mula tertarik malah begitu teruja untuk bersama rakan.
Hadiah kecil ke sekolah
Memberi ganjaran atau menghadiahkan barangan mengikut kesukaan anak-anak juga dapat menjentik hati anak kecil berusia 4 hingga 5 tahun untuk ke sekolah dengan riang. Misalnya membelikan beg sekolah atau botol air kegemaran mereka, semua ini cukup membuatkan mereka teruja hendak ke sekolah.
Rutin jadual awal pagi
Bagi mengelakkan anak susah untuk bangun pagi, apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah melakukan rutin awal pagi lebih dahulu bersama anak-anak. Minta anak-anak mandi di awal pagi dan bersiap kemudiannya bersarapan dan buat aktiviti sama-sama di rumah seperti bermain atau membaca buku. Semua ini dapat membiasakan anak-anak dengan jadual persekolahan kelak.
Latih tinggalkan anak seketika
Pun begitu jangan lupa selitkan dan kuatkan nasihat pada anak agar tidak menangis atau mencari ibu dan bapa ketika sudah mula bersekolah. Apa yang boleh ibu bapa lakukan adalah meninggalkan seketika anak kecil misalnya di rumah datuk dan nenek mereka atau juga di rumah sepupu. Semua ini bagi membiasakan diri untuk berpisah seketika.
Ajar anak untuk bergaul dengan baik
Salah satu kunci utama anak bersedia ke sekolah adalah sentiasa berpesan pada anak untuk bergaul dengan kawan-kawan dan guru-guru dengan baik. Elakkan anak merasa takut-takut dan tidak selesa.
Di pihak mak ayah pula, pilihlah tadika atau pusat pendidikan awal kanak-kanak ini sebuah pusat yang terbaik malah menyenaraikan guru-guru yang mesra kanak-kanak malah mempunyai kelayakan untuk membimbing anak-anak dengan baik.
Tahniah! Happy Hive merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma.
Jika tercari-cari, sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang begitu mesra malah diyakini, Happy Hive mampu melegakan hati ibu bapa.
Happy Hive, pusat pendidikan awal kanak-kanak, tadika dan taska ini menyenaraikan tenaga pengajar yang berpengalaman.
Pusat pendidikan awal kanak-kanak ini diterajui oleh Pn Arnie Nartika Naharudin, di bawah Syarikat Intellectual Hive Sdn Bhd ini telah enam tahun menguasai pusat pendidikan awal kanak-kanak.
Tidak hairanlah Happy Hive kini semakin stabil dengan lebih 16 cawangan di seluruh Malaysia!
Tidak hanya menguruskan taska dan tadika bahkan Happy Hive turut mempunyai pengalaman mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas.
Di Happy Hive, setiap aktiviti pembelajaran direka dengan teliti malah menyeluruh bagi memupuk daya kreativiti anak-anak serta membangunkan kemahiran dalam diri anak-anak itu sendiri.
Malah gabungan kurikulum yang berkualiti buat bakal Murabbi dan khalifah ini juga direka dengan lebih teliti serta melibatkan pembelajaran berasaskan permainan dengan aktiviti pendidikan berstruktur, memupuk kognitif, perkembangan sosial, emosi dan fizikal yang baik untuk mereka.
Tidak hairanlah tadika ini sentiasa menjadi pilihan ibu bapa untuk menempatkan anak-anak mereka malah turut dipilih sebagai penerima Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2023 sebagai Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma.
Kelahiran anak kedua yang begitu dinantikan pasangan selebriti popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilitar membuatkan ramai yang ternanti-nanti kemunculan wajah anak kedua mereka.
Selepas selamat melahirkan bayi keduanya pada tanggal 11 November lalu, pasangan sama cantik ini tampil berkongsi nama dan wajah buat hati terbaru mereka.
Aurel dan Atta sepakat memilih nama Azura Humaira Nur Atta buat anak kedua mereka yang sungguh comel, persis kakaknya, Ameena Hanna Nur Atta.
“Azura Humaira Nur Atta. Welcome @azuraatta.
AZURA = Langit Biru (semoga jadi penyejuk di keluarga kecil kami) dan juga nama anak nabi adam dan istri nabi syit yang melahirkan banyak keturunan Nabi.
HUMAIRA = Kemerah merahan seperti warna kulitnya dan panggilan istri idol saya Nabi Muhammad S.A.W.
NUR = Cahaya dan nama ibunya
ATTA = Yang artinya terpuji dan suci dan juga nama papanya.
“Semoga bisa selalu jadi penghibur papata ya nak,” tulis Atta menerusi Instagramnya.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya wajah comel Azura yang begitu redup namun sama seperti kakaknya Ameena yang memiliki kulit putih gebu dan kemerah-merahan.
Beberapa keping gambar Azura Humaira turut dikongsikan Atta menerusi sesi fotografi anak comel itu. Memang comel.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Genap sebulan selepas dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu, pelakon, Dayana Roza tampil berkongsi nama buah hati terbarunya.
Menerusi Instagramnya, Dayana yang mesra disapa dengan panggilan nama D berkongsi pilihan namanya dan suami buat putera sulung mereka.
Gabungan nama klasik dan moden. Begitu kata wargamaya mengenai pemilihan nama anak Dayana, Aryan Andika.
“Bismillahirahmanirahim, hari ni genap sebulan D lahirkan our precious baby boy, Aryan Andika Bin A’dale Adham @aaryanandika.
“Born on 30th december 2023 at 1.56am, weighing 3.02kg ( 37 weeks ), emergency c-section ( emlscs for acute fetal distress),” tulisnya berkongsi.
Melalui hantaran yang sama, Dayana turut berkongsi beberapa keping gambar terbaru bayinya dalam satu sesi fotografi tetapi tidak berkongsi wajah comel Aryan Andika.
Tambah Dayana lagi, detik kelahiran anak keduanya itu menjadi pengalaman paling berharga malah kesakitan yang dialaminya ketika melahirkan Aryan akan diingatinya sampai bila-bila.
“Mama akan ingat sampai bila-bila rasa sakit sebelum dan selepas lahirkan @aaryanandika. Satu pengalaman yang mama takkan lupa sampai mati. Jauh beza dengan masa lahirkan @astridraheeya dulu tapi mama bersyukur Aryan sihat & selamat.
“Semoga Aryan Andika menjadi anak yang soleh, anak yang baik, mendengar kata, bijak, disenangi ramai & menjadi pelindung mama & astrid.
“Mama, Baba & Astrid loves you so much Adik Aryan 💖💖 Dengan ini mama isytiharkan kilang ditutup. Sekian terima kasih,” katanya.
Terdahulu, Dayana dan A’dale berkahwin pada 25 Disember 2020. Pasangan ini memiliki seorang anak perempuan iaitu Astrid Raheeya, 2 tahun.