Bau badan bayi yang baru lahir sangat disukai. Bukan sahaja ibu bapa yang sukar untuk menahan godaan mencium bayi, tapi adik beradik lain pun sama. Mengapa aroma bayi begitu menyenangkan?
Menurut penganalisis kimia dari Monell Chemical Senses Centre di Philhadelphia, Amerika Syarikat, George Preti, aroma badan menyenangkan berasal dari bahan kimia yang berasal dari kelenjar bayi baru lahir. Satu lagi sebab mengapa aroma bayi sangat menyenangkan adalah metabolismenya.
Malah menurut pendapat lain, pada masa kelahiran, pengambilan makanan bayi hanya datang dari susu ibu sahaja. Bagaimanapun, selepas dia mula makan dan minum, aromanya mulai berbeza.
Ads
Selain itu, aroma tubuh unik bayi ini juga adalah disebabkan kerana lapisan putih pada kulit bayi baru lahir. Walaupun beberapa hari kemudian bayi itu dimandikan dan perlahan-lahan salutan itu longgar, aroma bau bayi masih ada lagi.
Ads
Apa pun alasan di sebaliknya, Preti meyakini aroma tubuh bayi yang menyenangkan ini merupakan cara ibu bapa makin jatuh cinta pada si kecil ini dan ia antara tarikan untuk orang sekeliling.
Ads
Preti juga menyatakan, aroma tubuh bayi membantu ibu menyedari kehadiran bayinya dan boleh mengukuhkan ikatan dengan kehadiran buah hati baru.
Hal ini terbukti melalui kajian yang menunjukkan ketika ibu mencium aroma tubuh bayi, ia secara tidak langsung membuatkan ibu rasa tenang. Ini menjadikan ibu mahu menghabiskan masa yang lama menjaga bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan ibu merasakan waktu malam adalah masa yang paling sesuai untuk berehat dan tidur dengan cukup. Tapi bila mempunyai anak kecil, waktu malam jugalah anak akan bangun atau berjaga semata-mata mahu menyusu.
Lagi- lagi bila anak kuat mengempeng tiada lagi istilah tidur lena sehingga ke pagi. Bagaimanapun jika anda tahu kelebihan menyusukan anak yang kerap waktu malam mesti anda rasa berbaloi dengan pengorbanan yang dilakukan ini.
Berdasarkan perkongsian dari Kaunselor Lakstasi, Puan Ziela Juzaila, menyusukan anak kerap waktu malam ada banyak kelebihannya. Mungkin ada sesetengah orang beranggapan sepatutnya baby tidur saja diwaktu malam dan tidak perlu bangun menyusu. Ibu boleh tidur lena tanpa gangguan. Jom kita lihat antara kelebihannya.
1) Hormon prolaktin yang menghasilkan susu, tinggi di waktu malam. Dengan hisapan baby yang efektif akan merangsang penghasilan susu yang cukup untuk anak dan berpanjangan. Di samping itu juga, hormon prolaktin yang sentiasa tinggi memberi peluang ibu tidak period dalam tempoh tertentu dan boleh merancang dengan syarat peka dengan perubahan badan. Ada yang didatangi haid yang terlalu sedikit atau spot dan boleh mengandung selepas itu.
2) Di waktu malam, suasana yang sejuk mempengaruhi ragam baby dan juga kandungan susu ibu. Susu ibu tinggi lemak pada waktu malam boleh meningkatkan berat badan anak. Anak pula berasa selesa dengan suasana yang sejuk dan seronok melekap dengan ibu. Bagi yang bekerja, dikala inilah anak melepaskan rindu setelah seharian ditinggalkan.
3) Sedutan baby dapat mengeluarkan lelemak kristal dari saluran yang terbentuk di waktu siang semasa bekerja yang mana jadual memerah kerap 2-3 jam sekali adakala tidak dapat dipatuhi. Lebih-lebih lagi memerah 3-4jam sekali menambah keadaan pembentukan kristal lelemak di saluran susu yang boleh menganggu kelancaran pengeluaran susu.
4) Sedutan baby mampu menyedut susu yang paling dalam dan ia tidak sama langsung dengan sedutan pam. Rhythm hisapan baby memang unik. Menolak areola ke atas dengan lidahnya dan bibir pula menyedut keluarkan susu yang mana hisapan baby mampu mengeluarkan susu dari semua arah. Berbanding dengan pam yang mengeluarkan susu hanya dengan teknik menekan areola.
5) Kita dapat susukan anak dengan tenang setelah seharian bergelumang dengan kerja pejabat yang tidak pernah habis, hormon oksitosin yang dirembes boleh membantu ibu berehat serta dapat mengurangkan tekanan emosi ibu. Posisi berbaring dan mengiring bantu ibu berehat . Aturkan kedudukan yang selesa dan alaslah bantal di mana-mana yang sesuai.
6) Kurangkan risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Apabila susukan anak kerap, kerap terjaga dan mesti akan melihat tentang keadaan keselamatan anak. Ibu boleh nap baby dan offer anak menyusu jika anak lena lebih 2 jam. Jika anak mudah memuntahkan susu yang berlebihan kita dapat perhatikan dengan kerap.
7) Melatonin. Yes. Melatonin yang kita sebut-sebut kepentingannya untuk kesihatan kita dewasa tidak dihasilkan oleh baby dan ia terkandung dalam susu ibu waktu malam. Tryptophan dan serotonin juga ada peranannya. Hormon ini membantu baby sihat dan baby diawal kelahiran tidak dapat bezakan siang atau malam sehingga beberapa bulan.
Anak bukan selamanya kecil kan. Bertabahlah. Penyusuan susu ibu berlangsung hanya 2-4 tahun usianya tetapi kelebihan yang diperolehi dari susu ibu akan dinikmati disepanjang usianya.
Kuasa mendengar suami apabila isteri meluah dan mengadu sesuatu memberi impak besar menyelamatkannya dari kemungkinan dilanda penyakit depresi.
Begitu juga dengan halnya apabila anak-anak mengadu sesuatu. Sebagai ibu bapa, kita wajib memberi perhatian dan mendengar terlebih dahulu. Mungkin aduan anak kita itu betul dan dapat menyelamatkannya daripada menjadi mangsa kejahatan manusia lain.
Perkongsian bermakna daripada Puan Intan Dzulkefli boleh dijadikan peringatan untuk semua yang bergelar ibu bapa.
Apabila anak-anak mengadu, bercerita, kita sebagai ibu bapa, belajarlah untuk mendengar.
Apabila isteri mengadu, bercerita, meluahkan. Sebagai suami, tolonglah dengar.
“Mak, harini cikgu pukul kakak,” kata anak sambil menunjukkan tangannya yang lebam.
“Ibu, abang usik pung**ng adik,” beritahu anak merujuk pada anak pengasuh yang mencabul.
Dengar. Cuba untuk percaya anak. Kemudian, jangan blur. Bincang dengan pasangan, siasat. Jangan nanti anak kita rasa rendah diri apabila dijerkah, “tengoklah, mak ayah kau pun tak buat apa-apa bila kau mengadu!”
Mungkin atas cepatnya tindakan kita akan menyelamatkan anak-anak dari terus didera guru/pengasuh, mahupun dicabul anak pengasuh/rakan/jiran.
“Abang, tolong bawa anak-anak keluar sekejap. Saya nak bersendirian,” ikutkanlah permintaannya.
“Harini boleh balik awal tak? Tolong saya tengokkan anak, saya rasa terlalu serabut sangat sampaikan hampir nak pukul budak-budak ni,” Just come back home early, while your wife still sane.
Kadang kita terlalu sibuk dengan kerjaya kita sampai kita bebankan kepala, emosi, fizikal isteri melayan anak-anak seharian suntuk, langsung tiada masa untuk diri sendiri. Mungkin apabila kita cakna perubahan emosi isteri akan menyelamatkannya dari dilanda penyakit depresi.
Ya, sekuat mana pun seseorang lelaki sebagai suami & ketua keluarga, kadangkala ada waktu ‘inner peace’nya terganggu juga.
Caknalah.
Dengarlah.
Lihatlah.
Jangan asyik sibukkan diri dengan hal yang lain-lain hingga terabai intan permata di depan mata.
Serta,
Buatlah sesuatu.
Don’t ever let our beloved person ‘drowning’, ALONE.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semasa tahun pertama kehidupan, kanak-kanak mengalami tumbesaran fizikal, sosial dan emosi yang pesat. Tabiat pemakanan mereka juga berkembang ketika tempoh ini. Ketika tempoh ini juga berlakunya peralihan daripada susu ibu ke pelbagai jenis makanan yang menyerupai pemakanan orang dewasa.
Kepentingan penyusuan
Kajian menunjukkan bahawa penyusuan dan tabiat pemakanan ibu bapa memainkan peranan yang hebat dalam membentuk tabiat pemakanan kanak-kanak untuk jangka panjang. Kanak-kanak yang tidak lagi menyusu masih mendapat manfaat daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka semasa tempoh tumbesaran dan perkembangan.
Penyusuan susu ibu juga dianggap sebagai kaedah pemberian makanan yang optimum semasa 6 bulan terawal kehidupan bayi. Ini disebabkan kesan positifnya terhadap perkembangan tingkah laku pemakanan kanak-kanak semasa mereka membesar.
Bagaimana penyusuan mempengaruhi tabiat pemakanan kanak-kanak?
Pelbagai rasa
Penyusuan adalah penting terhadap perkembangan reaksi kanak-kanak kepada petanda kelaparan dan kekenyangan dalaman mereka. Ia juga dipercayai dapat merangsang perkembangan keupayaan makan sendiri semasa pemberian makanan. Perubahan dalam komponen susu ibu semasa pemberian susu tunggal, dan perubahan komposisi susu ketika bulan pertama kehidupan, dapat menggalakkan peningkatan kepekaan untuk pengambilan tenaga.
Para saintis juga yakin bahawa sesi penyusuan meninggalkan kesan yang kuat dalam metabolisma seseorang kanak-kanak, yang mungkin menjelaskan kelakuan pemakanan yang berbeza.
Penyusuan susu ibu juga memberikan kesan positif kepada kelakuan pemakanan semasa peringkat kanak-kanak kerana ia membantu anak anda menerima rasa daripada diet yang diambil oleh ibu melalui susu badan. Jika ibu makan pelbagai jenis makanan, bayi yang minum susu ibu juga akan turut merasai pelbagai perisa makanan. Pendedahan ini memberikan impak yang besar kepada peralihan susu ke makanan pejal bayi.
Pendedahan awal
Secara semula jadinya, kanak-kanak menggemari rasa manis dan masin. Oleh itu, makanan yang manis dan masin berkemungkinan tinggi mudah diterima oleh kanak-kanak, berbanding dengan makanan yang mempunyai rasa pahit seperti sayuran tertentu.
Bayi dan anak kecil boleh belajar bagaimana untuk menerima makanan dan rasa makanan yang tidak biasa dimakan melalui pendedahan yang berulang. Oleh itu, dari satu segi, penyusuan memberikan bayi pendedahan awal dan berulang terhadap rasa daripada diet yang diambil oleh ibunya.
Hal ini sekali gus menawarkan hubungan rasa kepada bayi, menjadikan rasa makanan tersebut lebih ‘mesra’ pada lidah mereka semasa diberikan makanan pejal. Maka, bayi yang dahulunya menyusu badan akan lebih mudah terbuka untuk menerima pelbagai jenis makanan baru dan seterusnya mengambil pelbagai pemakanan semasa besar nanti.
Makan adalah tugas utama dalam kehidupan bayi dan anak kecil. Justeru, ibu bapa dan penjaga perlu memberi tumpuan kepada proses ini bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Pengalaman makan memberikan kanak-kanak bukan sahaja nutrisi, bahkan juga peluang untuk belajar. Pemakanan mempengaruhi fizikal, psikososial dan perkembangan emosi kanak-kanak.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!