Semasa tahun pertama kehidupan, kanak-kanak mengalami tumbesaran fizikal, sosial dan emosi yang pesat. Tabiat pemakanan mereka juga berkembang ketika tempoh ini. Ketika tempoh ini juga berlakunya peralihan daripada susu ibu ke pelbagai jenis makanan yang menyerupai pemakanan orang dewasa.

Masa Menyusu Makanlah Yang Berkhasiat, Nanti Boleh Pengaruhi Tabiat Pemakanan Anak

Kepentingan penyusuan

Kajian menunjukkan bahawa penyusuan dan tabiat pemakanan ibu bapa memainkan peranan yang hebat dalam membentuk tabiat pemakanan kanak-kanak untuk jangka panjang. Kanak-kanak yang tidak lagi menyusu masih mendapat manfaat daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka semasa tempoh tumbesaran dan perkembangan.

Penyusuan susu ibu juga dianggap sebagai kaedah pemberian makanan yang optimum semasa 6 bulan terawal kehidupan bayi. Ini disebabkan kesan positifnya terhadap perkembangan tingkah laku pemakanan kanak-kanak semasa mereka membesar.

Bagaimana penyusuan mempengaruhi tabiat pemakanan kanak-kanak?

Pelbagai rasa

IKLAN

Penyusuan adalah penting terhadap perkembangan reaksi kanak-kanak kepada petanda kelaparan dan kekenyangan dalaman mereka. Ia juga dipercayai dapat merangsang perkembangan keupayaan makan sendiri semasa pemberian makanan. Perubahan dalam komponen susu ibu semasa pemberian susu tunggal, dan perubahan komposisi susu ketika bulan pertama kehidupan, dapat menggalakkan peningkatan kepekaan untuk pengambilan tenaga.

Para saintis juga yakin bahawa sesi penyusuan meninggalkan kesan yang kuat dalam metabolisma seseorang kanak-kanak, yang mungkin menjelaskan kelakuan pemakanan yang berbeza.

Penyusuan susu ibu juga memberikan kesan positif kepada kelakuan pemakanan semasa peringkat kanak-kanak kerana ia membantu anak anda menerima rasa daripada diet yang diambil oleh ibu melalui susu badan. Jika ibu makan pelbagai jenis makanan, bayi yang minum susu ibu juga akan turut merasai pelbagai perisa makanan. Pendedahan ini memberikan impak yang besar kepada peralihan susu ke makanan pejal bayi.

Pendedahan awal

IKLAN

Secara semula jadinya, kanak-kanak menggemari rasa manis dan masin. Oleh itu, makanan yang manis dan masin berkemungkinan tinggi mudah diterima oleh kanak-kanak, berbanding dengan makanan yang mempunyai rasa pahit seperti sayuran tertentu.

Masa Menyusu Makanlah Yang Berkhasiat, Nanti Boleh Pengaruhi Tabiat Pemakanan Anak

Bayi dan anak kecil boleh belajar bagaimana untuk menerima makanan dan rasa makanan yang tidak biasa dimakan melalui pendedahan yang berulang. Oleh itu, dari satu segi, penyusuan memberikan bayi pendedahan awal dan berulang terhadap rasa daripada diet yang diambil oleh ibunya.

Hal ini sekali gus menawarkan hubungan rasa kepada bayi, menjadikan rasa makanan tersebut lebih ‘mesra’ pada lidah mereka semasa diberikan makanan pejal. Maka, bayi yang dahulunya menyusu badan akan lebih mudah terbuka untuk menerima pelbagai jenis makanan baru dan seterusnya mengambil pelbagai pemakanan semasa besar nanti.

IKLAN

Makan adalah tugas utama dalam kehidupan bayi dan anak kecil. Justeru, ibu bapa dan penjaga perlu memberi tumpuan kepada proses ini bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Pengalaman makan memberikan kanak-kanak bukan sahaja nutrisi, bahkan juga peluang untuk belajar. Pemakanan mempengaruhi fizikal, psikososial dan perkembangan emosi kanak-kanak.

Masa Menyusu Makanlah Yang Berkhasiat, Nanti Boleh Pengaruhi Tabiat Pemakanan Anak

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI