Mencium anak-anak adalah sangat penting untuk menumbuhkan EQ anak dengan lebih segar. Anak-anak yang sering dicium dengan penuh kasih sayang merasai dirinya dikasihi.
Berdasarkan pengalaman Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose dia menegaskan jangan segan untuk mencium anak walaupun mereka sudah besar. Sekiranya mereka sering dicium semasa kecil, anda akan mendapati bila mereka sudah remaja, perkara itu jadi kebiasaan bagi mereka.
Ads
Namun, dengan anak remaja dan anak-anak yang telah berusia 8 tahun ke atas, jika hendak menciumnya dikhalayak ramai, bertanyalah dulu.
Bukan apa, hanya sekadar menghormati dirinya. Kerana ada sesetengah kawan-kawan yang jarang dicium oleh ibu bapa mereka akan mengolok-olokan dan mengejek-ejek anak anda dan mengelarnya manja atau yang sepertinya. Kekadang ini akan membuat anak anda stres.
Ads
Namun, berdasarkan pengalaman Ibu, jika kita sudah sangat rapat dengan anak-anak dan kita asuh sikap yakin diri tinggi ke dalam dirinya, semua ejekan kawan tidak mencederakannya. Malah, selamba sahaja dia akan mencium anda dan dengan bangga mengatakan; ” Ini mak/bapa saya. Saya sayang dia!” . Dan kawan-kawan yang hendak mengejek pun terkedu.
Kuasa ciuman sangat kuat, dia menjadikan anak mudah mendengar kata. Bukan kerana mereka takut anda, tapi kerana mereka sangat sayang dan hormat kepada anda. Mereka berasa terhutang budi.
Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia, belajarlah ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.
Pemakanan yang seimbang merupakan asas kepada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Dalam konteks pembelajaran di sekolah, diet yang betul bukan sekadar membekalkan tenaga fizikal, tetapi juga menyumbang kepada keupayaan mental dan emosi yang stabil. Malangnya, dalam kesibukan harian, pemakanan anak-anak sering diabaikan atau digantikan dengan makanan segera yang tidak berkhasiat. Justeru itu, memahami dan mengamalkan diet sihat untuk kanak-kanak yang bersekolah bukanlah suatu pilihan, tetapi satu keperluan penting.
Diet sihat membantu meningkatkan fokus dan daya ingatan anak ketika sesi pembelajaran. Sarapan pagi yang seimbang, contohnya, terbukti secara saintifik dapat meningkatkan prestasi akademik. Kanak-kanak yang mengambil makanan berkhasiat juga cenderung mempunyai tahap tenaga yang stabil sepanjang hari, mengurangkan rasa letih atau mengantuk ketika di dalam kelas. Lebih penting, ia membantu sistem imun mereka kekal kuat, mengurangkan risiko dijangkiti penyakit yang boleh menyebabkan ketidakhadiran ke sekolah.
Berikut beberapa tips berguna untuk ibu bapa menyediakan bekalan makanan yang sihat dan menarik:
Diet seimbang sejak kecil memainkan peranan penting dalam membina asas kesihatan jangka panjang. Ia mengurangkan risiko obesiti, diabetes, dan masalah jantung yang kini semakin menular dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, tabiat makan yang sihat pada usia muda akan membentuk keperibadian pemakanan yang berterusan hingga dewasa. Anak yang biasa dengan makanan berkhasiat akan lebih bijak membuat pilihan makanan kelak.
Kesan pemakanan tidak sihat mungkin tidak kelihatan serta-merta, namun ia boleh memberi impak besar. Antaranya:
Peranan utama bermula di rumah. Ibu bapa perlu menjadi contoh dengan mengamalkan diet sihat dalam kehidupan harian. Penglibatan anak dalam penyediaan bekalan makanan juga boleh meningkatkan minat mereka terhadap pemakanan sihat. Di sekolah pula, kantin harus mengutamakan menu sihat dan mengurangkan penjualan makanan tidak berkhasiat. Pendidikan kesihatan dan pemakanan perlu diterapkan secara konsisten agar murid sedar tentang pilihan mereka.
Diet yang sihat untuk kanak-kanak bukan sahaja menjamin kesihatan mereka hari ini, tetapi juga mencorak masa depan yang lebih cemerlang. Melalui pemakanan yang betul, kita membantu mereka berkembang sebagai pelajar yang sihat, fokus dan ceria. Mungkin ia bermula dengan sekadar sekotak bekal ke sekolah, namun impaknya mampu membentuk generasi yang lebih sihat dan berdaya saing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rumah yang selalu bersepah dari tingkah laku anak-anak, itu petanda anda adalah ibu ayah yang BAIK dan ISTIMEWA buat anak-anak.
Tidak perlu hairan , memang inilah hakikat dan realitinya menurut pakar kanak-kanak.
Jika anda mempunyai anak, tapi rumah anda selalu kemas, tersusun, bersih, dan semuanya tidak terusik, itu petanda bahawa anda adalah ibu bapa yang tidak baik. Mengapa?
Ini kerana rumah yang selalu kemas sedangkan ada anak-anak, itu bermaksud ada tindakan melarang, memaksa, dan tangan besi yang diterapkan kepada anak-anak.
Perlu ingat, rumah yang sentiasa kemas tersusun itu menunjukkan masa kanak-kanak telah dirampas, daya imaginasi yang terpenjara, dan jiwa anak dikongkong.
Adakah ibu ayah merasakan kerusi, meja, bunga, hiasan dinding, dan karpet yang ada di rumah kita lebih penting dari masa anak-anak yang zamannya kecilnya sekali dalam seumur hidup.
Boleh Ajar Anak Peraturan
Mungkin bagi ibu ayah, anak yang suka menyepahkan rumah ini membuatkan anda rasa lebih berserabut. Ada cara yang boleh dilakukan sebenarnya tanpa melarang itu tak boleh ini tak boleh.
Apa kata jika anak bermain dan mengeluarkan mainan ataupun jika anak buat aktiviti mewarna, pensil warna bersepah dan bila anak suka menconteng, kertas merata-rata boleh buat janji dengan anak.
Maksudnya anak kena kemas bila selesai bermain dan di sinilah ibu ayah kena bertegas.
Berikan peluang anak belajar dan mengembangkan daya imaginasi sebelum anda bertindak menyekat kemahuan anak.
Walaupun kita tengok kertas bertaburan dan terkoyak di sana sini serta bersepah sehingga di bawah meja atau kerusi itu tandanya masa kanak-kanak adalah pengalaman bermakna buat si kecil.
Biarkan anak meneroka selagi tak menjejaskan keselamatannya agar mereka dapat membesar seperti kanak-kanak normal yang tidak selalu dikongkong.
Paling penting ajarlah anak tentang peraturan kerana mendidik anak dengan cara yang baik dan tertib kunci pembentukan jati diri sempurna. Jangan anda putuskan sayap mereka, tapi biarkan mereka berterbangan dengan baik dan indah.
“Kalau ajar BM dengan BI sekali, anak-anak tak confuse ke?” Ini persoalan yang selalu ditanya oleh ibu-ibu yang nak mula ajar English pada anak-anak.
Soalan ini juga yang pernah diajukan oleh ibu yang homeschool. Bagi menjawab persoalan ini Puan Hamidah Khairiyyah berkongsi info berdasarkan pengalamannya. Tak semestinya beli buku atau modul mahal menjamin anak cepat belajar. Jika salah teknik, ia tak akan berhasil.
Iya lah, kalau di sekolah, ada cikgu BM & teacher English yang berbeza. Pelajar tengok cikgu lain pun boleh faham ni subjek apa.
Kat rumah, mak lah cikgu BM, mak lah teacher English, silap-silap mak jugak ustazah, guru PJ, dan sebagainya.
Macammana anak-anak nak beza kan? Terutamanya bagi yang baru mula nak belajar membaca, huruf BM & BI sama, tetapi bunyi huruf ada yang sama dan ada yang berbeza.
Ada beberapa cara yang boleh bantu mudahkan anak-anak faham:
(1) Mulakan dengan salah satu dahulu.
Sekiranya kita baru nak mula ajar anak membaca, mula kan dengan bahasa yang digunakan di rumah.
Jika di rumah, ibu ayah bercakap bahasa melayu, ajar BM dahulu. Jika di rumah, mommy daddy speak English, ajar English dahulu.
Bila anak dah fasih semua bunyi huruf bahasa tersebut, sambil ajar perkataan atau ayat dalam bahasa tersebut, boleh tambah silibus bahasa seterusnya.
(2) Gunakan bahasa yang di ajar sebagai bahasa pengantar dalam kelas.
Ketika mengajar BM, guru (atau ibu) perlu bercakap Bahasa Melayu. Ketika mengajar BI, teacher (atau ibu) must speak in English. Ini akan banyak membantu anak-anak untuk faham bahasa yang sedang dipelajarinya pada masa tersebut.
(3) Slotkan subjek lain di antara dua subjek bahasa tersebut.
Contohnya mula waktu pagi nak ajar BM, selesai subjek BM, sebelum masuk subjek BI, slotkan subjek lain atau aktiviti lain yang membantu anak untuk shift-focus dan seolah-olah “lupa sebentar” pelajaran BM tadi.
Contohnya BM – Matematik – BI. atau BI – Sains – BM. Atau slotkan sahaja aktiviti mudah lain seperti masa bermain basikal, masa rehat (makan), melukis / mewarna dan sebagainya.
(4) Rancang aktiviti yang berbeza bagi kedua-dua bahasa.
Contohnya aktiviti membaca cerita sang kancil ketika subjek BM, dan kemudian aktiviti flashcard transportation ketika subjek BI.
Saya sendiri berpendapat aktiviti berbeza adalah lebih berkesan kerana jika aktiviti sama yang dilakukan, ibu (sebagai pengajar) akan lebih mudah untuk menterjemah (translate) dan bukannya mengajar bahasa tersebut.
Ini antara 4 tips yang saya guna pakai dalam mengajar anak di rumah. Ada ibu-ibu yang juga sedang ajar BM & BI sekaligus juga?
Macammana, ok tak? Boleh share pengalaman masing-masing untuk kita sama-sama belajar.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.