Rumah yang selalu bersepah dari tingkah laku anak-anak, itu petanda anda adalah ibu ayah yang BAIK dan ISTIMEWA buat anak-anak.
Tidak perlu hairan , memang inilah hakikat dan realitinya menurut pakar kanak-kanak.
Jika anda mempunyai anak, tapi rumah anda selalu kemas, tersusun, bersih, dan semuanya tidak terusik, itu petanda bahawa anda adalah ibu bapa yang tidak baik. Mengapa?
Ini kerana rumah yang selalu kemas sedangkan ada anak-anak, itu bermaksud ada tindakan melarang, memaksa, dan tangan besi yang diterapkan kepada anak-anak.
Perlu ingat, rumah yang sentiasa kemas tersusun itu menunjukkan masa kanak-kanak telah dirampas, daya imaginasi yang terpenjara, dan jiwa anak dikongkong.
Ads
Adakah ibu ayah merasakan kerusi, meja, bunga, hiasan dinding, dan karpet yang ada di rumah kita lebih penting dari masa anak-anak yang zamannya kecilnya sekali dalam seumur hidup.
Boleh Ajar Anak Peraturan
Mungkin bagi ibu ayah, anak yang suka menyepahkan rumah ini membuatkan anda rasa lebih berserabut. Ada cara yang boleh dilakukan sebenarnya tanpa melarang itu tak boleh ini tak boleh.
Apa kata jika anak bermain dan mengeluarkan mainan ataupun jika anak buat aktiviti mewarna, pensil warna bersepah dan bila anak suka menconteng, kertas merata-rata boleh buat janji dengan anak.
Ads
Maksudnya anak kena kemas bila selesai bermain dan di sinilah ibu ayah kena bertegas.
Berikan peluang anak belajar dan mengembangkan daya imaginasi sebelum anda bertindak menyekat kemahuan anak.
Ads
Walaupun kita tengok kertas bertaburan dan terkoyak di sana sini serta bersepah sehingga di bawah meja atau kerusi itu tandanya masa kanak-kanak adalah pengalaman bermakna buat si kecil.
Biarkan anak meneroka selagi tak menjejaskan keselamatannya agar mereka dapat membesar seperti kanak-kanak normal yang tidak selalu dikongkong.
Paling penting ajarlah anak tentang peraturan kerana mendidik anak dengan cara yang baik dan tertib kunci pembentukan jati diri sempurna. Jangan anda putuskan sayap mereka, tapi biarkan mereka berterbangan dengan baik dan indah.
Bermain adalah perbuatan sukarela dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bermain adalah sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dan pertuturan.
Kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan fikiran mereka sewaktu bermain. Kemahiran bermain merupakan sebahagian daripada kemahiran pra-pertuturan kanak-kanak.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah bermain:
-Kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental
-Kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal
-Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
-Kanak-kanak yang mempunyai masalah persepsi
-Kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku
-Kanak-kanak yang kurang mendapat peluang untuk bermain
-Kanak-kanak yang mempunyai kelambatan pertuturan dan bahasa
Terdapat 3 jenis permainan:
-Permainan berfungsi
-Permainan membina
-Permainan olok-olok
Permainan Berfungsi
Kanak-kanak bermain permainan berfungsi dengan eksplorasi sesuatu objek. Antara contoh permainan berfungsi adalah seperti menarik, menggoyang atau mengetuk objek, memanjat dan berlari.
Permainan Membina
Kanak-kanak membina sesuatu dengan merancang menggunakan minda. Contoh permainan membina seperti membina istana pasir atau menyusun blok secara bertingkat. Kanak-kanak akan menggunakan minda mereka untuk bermain permainan ini.
Permainan Olok-olok
Bermain menggunakan imaginasi seperti memberikan anak patung makan dan minum atau bermain secara olok-olok seperti menjadi seorang doktor. Keupayaan untuk meniru, penggunaan motor sensori dan kemahiran kognitif adalah penting dalam permainan olok-olok.
Tips bermain bagi meransang pertuturan anak
Sewaktu bermain dengan anak anda, bercakaplah dengan mereka. Komunikasi sewaktu bermain dapat merangsang pertuturan dan bahasa anak anda. Gunakan bahasa yang mudah, intonasi suara yang menarik serta pilih permainan yang bersesuaian dengan umur mereka. Gunakan ruang yang sesuai untuk anda dan anak anda bermain. Anda juga boleh menarik minat mereka dengan mengajak mereka berbual semasa bermain.
Aktiviti bermain mestilah sesuai dengan perkembangan anak anda. Pilih permainan yang bersesuai dengan perkembangan anak. Permainan perlu diubahsuai jika perlu bagi kanak-kanak yang mengalami kelainan upaya.
Mainan atau barang-barang yang digunakan mestilah bersesuaian dengan umur mereka.
Kenal pasti minat anak anda dan gunakan minat tersebut untuk menarik perhatian mereka bermain.
Arahan secara lisan mestilah sesuai dengan tahap pemahaman anak anda. Gunakan bahasa yang mudah difahami.
Proses mengajar dimulakan dengan perkara asas dan kemahiran yang baru perlu diperkenalkan secara berperingkat.
Model perbuatan yang hendak anda ajar. Jika anak anda mempunyai masalah untuk meniru perbuatan tersebut, beri bantuan secara fizikal. Sebagai contoh; pegang tangan mereka dan melambai ‘bye-bye’
Anak anda mungkin berasa kecewa jika waktu bermain terlalu singkat atau tempoh bermain yang terlalu lama juga boleh menyebabkan mereka berasa bosan. Rancang tempoh bermain yang sesuai dengan anak anda.
Kanak-kanak yang tidak mahu bermain akan ikut bermain jika mereka lihat anda seronok dengan aktiviti yang sedang anda lakukan.
Beri ganjaran seperti pujian jika anak anda bermain sehingga habis sesuatu permainan.
Tunjukkan yang anda juga suka apabila anak anda bermain.
Sewaktu bermain, galakkan anak anda bercakap tentang apa yang sedang anda berdua lakukan
Apabila kanak-kanak bosan dengan mainan mereka, anda boleh bermain mainan tersebut dengan cara yang lain seperti menyembunyikan mainan tersebut di dalam kotak untuk mendapatkan semula perhatian mereka.
Ingat, anak anda juga perlukan masa untuk bermain sendiri
Keselamatan sewaktu bermain adalah sangat penting. Pastikan kanak-kanak mendapat pengawasan semasa bermain, ruang bermain yang mencukupi dan peralatan yang selamat
Permainan yang sesuai mengikut umur
Sewaktu bermain dengan anak anda, pastikan mainan tersebut sesuai dengan umur mereka Berikut adalah cadangan permainan yang sesuai mengikut peringkat umur mereka.
UMUR JENIS-JENIS MAINAN
0-3 bulan – Mainan yang lembut, buku yang lembut, rattles lembut 3-6 bulan – Rattles yang ringan, buku kulit keras, mainan untuk menggigit, play mat 6-9 bulan – Buku, anak patung yang lembut, bola, blok berkayu atau blok lembut, mainan perkakas rumah 2-4 tahun – Permainan yang boleh ditarik atau ditolak, permaian yang boleh ditunggang, permainan aksi seperti buaian, terowong and gelongsor (taman permainan mini) 5-8 tahun – Permainan yang boleh dimanipulasi seperti permainan potong (cut game), mainan seni dan kraf tangan
Langkah Kementerian Pendidikan menukar warna kasut sekolah daripada putih kepada hitam disambut dengan pelbagai reaksi. Tapi bagi ramai ibu bapa, ini umpama satu kelegaan yang tak disangka. Nak tahu kenapa ramai ibu senyum lega dengan perubahan ini? Jom kita kupas.
Info Menarik: Tahukah anda, menurut kajian kecil dalam kalangan ibu bapa di media sosial, lebih 85% bersetuju bahawa kasut hitam membantu mengurangkan tekanan pagi Isnin. Malah, ada yang mengatakan perubahan kecil ini membuatkan anak lebih bersemangat ke sekolah kerana kurang dimarahi akibat kasut kotor.
Sebelum ini, hujung minggu ibu bapa akan sibuk dengan rutin “mencuci dan mengkapur” kasut sekolah. Kadang anak pun lari sebab tahu ‘projek kapur kasut’ tengah berjalan! Kini, dengan kasut hitam, tugas tu terus hilang dari jadual mingguan.
Kasut hitam lebih forgiving dengan debu dan kotoran. Kalau anak main pasir atau terlanggar lopak air, masih nampak elok dan kemas. Tak perlu gosok sampai putih berseri macam dulu.
Tak perlu lagi berus kasut sampai lenguh tangan. Masa yang dulu habis untuk menyental kasut, boleh diguna untuk rehat atau luang masa berkualiti dengan anak.
Ramai setuju kasut hitam nampak lebih moden dan sesuai dengan pakaian sekolah. Anak pun rasa lebih yakin sebab nampak smart. Kadang siap bergaya depan cermin sebelum ke sekolah!
Bila kasut sentiasa nampak bersih, tak adalah anak risau kena marah cikgu atau malu dengan kawan. Ibu pun kurang tekanan nak pastikan semuanya perfect setiap hari Isnin.
Kadang perubahan kecil boleh beri impak besar dalam rutin seharian ibu bapa. Kasut hitam mungkin nampak macam hal remeh, tapi hakikatnya ia memberi kelegaan dari segi emosi, masa dan tenaga. Terima kasih kepada siapa yang cadangkan idea ni dulu. Ibu bapa seluruh Malaysia angkat topi!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak anda pelat bercakap? Lidah anak saya pendek ke? Ok untuk pengetahuan ibu bapa, lidah pendek atau ‘tongue tie’ sering dikaitkan dengan kanak-kanak bercakap pelat atau lambat bercakap. Masalah ini berlaku apabila keadaan otot nipis di bawah lidah terlalu pendek.
Ia akan menghadkan pergerakan lidah dan akan mengganggu fungsi lidah.
Empat fungsi utama lidah ialah untuk percakapan, penyusuan, percernaan serta melakukan aktiviti sosial. “Jika lidah anak anda didapati tidak berfungsi secara normal, perlu di bawa berjumpa doktor untuk rawatan awal.
Menurut Dr Ezzairy M.Sallih, beberapa tanda anda boleh perhatikan pada anak adalah seperti berikut:
Bawa jumpa doktor, kalau ada tanda-tanda di atas. Ada siapa-siapa pernah hadapi situasi seperti ini?
Jika ibu bapa ada anak yang mengalami situasi ini, jangan berlengah lagi. Lagi anak besar mungkin akan menjejaskan keyakinan dirinya untuk bersosial.
Selain berjumpa doktor, mungkin terapis pertuturan dan bahasa juga boleh membantu. Buat yang terbaik demi masa depan anak.
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...