Di zaman moden yang dipenuhi cabaran dan pengaruh digital, mencari jalan terbaik untuk membina potensi anak bukanlah mudah. Namun, kisah sekumpulan anak kecil dari MMBC Youth Club dalam video terbitan saluran Bintang Kecil membuktikan bahawa dengan sokongan yang betul, impian anak boleh digilap sejak awal. Bowling mungkin kelihatan sekadar sukan biasa, tetapi bagi adik Dafy, Maaliki, Maaisy, Arif dan Fakhri — ia adalah pentas membina masa depan.
Setiap anak hebat lahir dari ibu bapa yang sanggup memberi peluang. Menurut Mohd Firdaus, ayah kepada Fakhri, minat anaknya bermula dari minat beliau sendiri:
“Awalnya saya yang mula bermain bowling dulu, masuk tournament, tapi saya terdetik — bukan saya je nak rasa pengalaman tu. Jadi saya bagi peluang anak saya main juga.”
Bagi Khairi, bapa kepada Maaisy dan Maaliki, pendedahan kepada bowling datang secara semula jadi:
“Kakak mereka dah mula bermain bowling, jadi mereka terdedah dengan suasana pusat bowling. Dari situ minat mereka mula tumbuh.”
Manakala Zally, ayah kepada Dafy, melihat permintaan anaknya sendiri sebagai pemula perjalanan ini:
Ads
“Saya pun main bowling juga. Tapi bila Dafy minta saya daftarkan dia masuk tournament, dari situ saya terus bawa ke MMBC Youth Academy.”
Kisah-kisah ini menggambarkan betapa pentingnya ibu bapa bukan sahaja menyokong, tetapi juga menjadi contoh awal dalam memupuk minat anak-anak.
Sukan sebagai Jalan Membentuk Karakter
Sukan bukan hanya melahirkan juara di gelanggang, tetapi juga membentuk disiplin, semangat berpasukan dan ketahanan emosi. Namun, melatih anak-anak bukanlah tugas mudah, seperti yang dikongsi oleh jurulatih mereka, Coach Dragon:
Ads
“Kalau nak kata senang, itu tipu. Mereka masih budak-budak, datang nak main. Tapi kita gunakan semangat bermain itu untuk improve mereka. Bila masa serius, kita kena serius.”
Antara cabaran terbesar, katanya, adalah mengurus emosi anak-anak:
“Kadang-kadang kalau kita tegas sikit, ada yang nak menangis. Tapi kalau terlalu lembut, susah nak bimbing. Jadi kita kena seimbangkan pendekatan kita.”
Nasihat Emas dari Jurulatih untuk Ibu Bapa
Bagi ibu bapa yang mahu anak mereka aktif dalam sukan sejak kecil, Coach Dragon ada pesanan penting:
Ads
“Saya sarankan mula seawal mungkin. Macam adik-adik ni, ada yang mula umur 5 tahun. Kalau anak dah larat angkat bola bowling, dah boleh mula. Lagi muda mereka mula, lagi cepat mereka bagus.”
Nasihat ini bukan hanya untuk mencipta atlet, tetapi juga membina asas kehidupan — fokus, kerja keras dan semangat ingin belajar.
Video ini adalah bukti bahawa kejayaan anak-anak bukan hadir dari tekanan, tetapi dari ruang dan dorongan yang diberi oleh insan paling dekat — ibu bapa. Bila anak diberi peluang mencuba, mereka bukan sahaja dapat kenal potensi diri, tapi juga membina keyakinan dan daya tahan. Kisah adik-adik ini membuktikan bahawa dengan sedikit kepercayaan, satu hobi kecil boleh menjadi pintu besar ke masa depan yang gemilang.
Dan seperti kata pepatah, “Di tangan ibu bapa terbentang masa depan anak-anak.” Maka jadilah cahaya dalam langit mereka, dan lihat bagaimana mereka bersinar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ajar anak berkongsi barang secara psikologi ini dapat bantu mereka menjadi anak yang seorang tidak pentingkan diri, menghormati orang tua dan tidak kedekut untuk membantu orang dalam kesusahan.
Setiap anak-anak mempunyai ciri-ciri personaliti yang berbeza dalam dirinya. Oleh sebab itu, ibu bapa tidak boleh membuat perbandingan antara mereka. Ia termasuk sikap anak yang sukar dijangka. Sikap tidak mahu berkongsi barang adalah antara sikap yang diluar jangkaan kita. Namun dengan didikan yang betul masih belum terlambat untuk membentuk nilai-nilai murni dalam diri mereka. ikuti perkongsian berguna ini daripada www.excelqhalif.com
1.Pilih Mainan yang Betul Pilih permainan yang mempunyai ciri-ciri berkongsi atau memerlukan 2 orang pemain ataupun memerlukan bantuan orang dewasa. Contohnya seperti congkak dan lego . Pasti untuk siapkan satu lego anak perlukan bantuan ibubapa. Disinilah peluang berkongsi dan bermain bersama digunakan sebaik mungkin.
2.Jadikan Diri Anda Sebagai Contoh Mainkan peranan anda sebagai contoh terbaik. Ibubapa mesti menunjukkan tauladan berkongsi. Kerana anak-anak adalah peniru terbaik. Sekiranya bermain dengan mereka, pastikan mengikut giliran bermain. Contohnya permainan, baling bola masuk ke dalam bakul. Boleh dilakukan mengikut giliran, mula papa baling, kemudian mama dan kemudian si anak. Cakap dengan dia “Papa baling pula” dengan ini anak faham kosep berkongsi dan main bersama.
3.Puji dan Galakkan Mereka Puji mereka apabila mereka sudi berkongsi dengan rakan. Dengan cara ini mereka suka lakukannya dengan kerap. Jika boleh, pujilah mereka di hadapan orang yang beliau sayangi. Si ibu boleh kata begini, “Tengahari tadikan papa, Imran kongsi permainan dia dengan Aiman. Bagus dia main sama-sama” Papa pula sampuklah dengan penuh minat “Ohh ye ke, baguslah Imran pandai kongsi dan main sama-sama”
4.Bincang & Pujuk Kadang-kala anak tidak mahu berkongsi sebab permainan tersebut permainan kesayangan mereka. Atau mungkin juga ada sejarah silam yang membuat mereka tidak mahu berkongsi. Permainan mereka dirosakkan atau dihilangkan. Tanya mereka; “Kenapa Imran tak nak kongsi kereta tu?” Mungkin Imran akan menjawab; “Dulu Aiman main kereta Imran sampai rosak” Pujuk dan bincang dengan mereka; “ Mama faham, tapi dulu tu Imran tak sengaja , kesian dia nak main dengan Imran. Kalau rosak papa betulkan nanti” Guna kebijaksaan anda untuk pujuk mereka. Ibubapa pastinya lebih mengenali anak mereka dengan lebih dekat.
5.Kuatkuasakan Undang-Undang Setiap barang mainan yang baru dibeli, letakkan satu undang-undang. “Ini papa punya mainan, Imran nak main, boleh. Tapi kena main dengan papa.” Jangan berikan kuasa milik mutlak pada mereka. Tegur sikap mereka yang terus merampas barang yang mereka mahukan. Simpan barangan tersebut setelah bermain bersama. Undang-undang ini tidak semestinya dikuatkuasa pada semua mainan, cuma sesetengah permainan sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi dan anak-anak kecil ni kalau batuk memang kita sebagai ibu bapa akan susah hati. Tambah lagi kalau batuk berkahak. Memang kesian sangat, sedangkan kita yang dewasa ni pun kalau batuk boleh jadi sakit abdomen kalau tak betul-betul, inikan pula bayi dan anak-anak kecil kan? Boleh lihat beberapa cara untuk bantu keluarkan kahak bayi dan anak kecil.
Cara mengeluarkan kahak bayi & anak kecil
– Mandikan anak anda dengan air suam untuk memberikan keselesaan kepada mereka.
– Keluarkan kahak selepas mandi air suam kerana kahak agak cair pada waktu itu.
– Sedut secara manual iaitu menggunakan mulut / sedut menggunakan tiub penyedut hingus yang boleh didapati di farmasi.
– Wapkan anak anda. Caranya masukkan air panas yang masih panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam bekas yang agak lebar. Titiskan minyak telon ke dalam air panas. Selubungkan kain di atas kepala dan bawa muka bayi dekat dengan wap air. Hasilnya, ia akan memberi kelegaan pada rongga-rongga pernafasan.
– Cuba tepuk bahagian belakang dan hadapan badan anak anda dengan tapak tangan. Gerakkan tangan perlahan-lahan sambil menepuk seluruh kawasan badan anak anda.
Batuk dengan selesema ni pasti berlaku pada setiap bayi dan anak kecil. Tidak kira musim sejuk ataupun panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi dan anak kecil. Biasanya bayi akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus yang boleh menjadi punca penyakit seperti ‘bronkitis’ atau ‘brochospasm’.
Tentu-tentulah kita sebagai ibu bapa risau kan? Sebab mereka bukannya pandai untuk keluarkan kahak sendiri. Sampai satu peringkat memang sangguplah kita ni sebagai ibu bapa sedut hingus pada hidung anak-anak sebab risau keadaan tersebut akan membuatkan anak kita tu tidak selesa untuk bernafas dan lemas.
Namun begitu, ada beberapa pencegahan yang boleh diambilkira oleh kita sebagai ibu bapa… Di antaranya:
1) Hidung bayi dan anak kecil sangat sensitif terhadap habuk dan bau-bauan. Pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan elakkan semburan pewangi di dalam rumah. Jika di rumah memakai karpet, pastikan karpet divakum bersih. Elakkan binatang peliharaan berkeliaran di dalam rumah kerana bulunya boleh menyebabkan alergi pada hidung bayi dan anak kecil.
2) Pastikan bayi dan anak kecil sentiasa dalam keadaan suhu bilik yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Kurangkan penggunaan penghawa dingin di dalam rumah. Jika terlalu sejuk, suhu itu akan menekan dada bayi dan anak kecil dan menyebabkannya sukar bernafas. Jika cuaca sejuk, pakaikan bayi dan anak kecil anda dengan baju yang lebih tebal.
3) Bayi dan anak kecil memerlukan udara yang bersih dan segar. Maka pastikan untuk mewujudkan suasana tersebut di dalam rumah anda. Elakkan bayi dan anak kecil daripada bau asap rokok dan asap lain.
4) Elakkan bayi daripada makan makanan sejuk. Cuba berikan makanan panas yang dimasak sendiri. Elakkan juga makanan yang diproses.
Sumber: www.bubblynotes.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah bersyukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan ayat suci al-Quran.
Ibu kepada tiga cahaya maya itu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi instagramnya sebagai tanda kegembiraan buatnya sebagai seorang ibu.
Dalam ucapannya itu, dia turut mendoakan agar anak-anaknya membesar menjadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat.
Rasa bangga itu semestinya ada, tetapi perasaan saya lebih kepada rasa sejuk perut ibu mengandung. Jujurnya ketika sedang mengandungkan anak-anak, adalah menjadi salah satu impian saya andai ada di antara anak-anak menjadi al-Hafiz.
“Jujurnya saya tidak memaksa anak-anak untuk lakukan apa yang saya impikan, sebaliknya apa yang diraih Uwais adalah atas minat serta kehendaknya sendiri.
“Sebagai ibu, sudah pasti saya beri sepenuh sokongan atas apa sahaja minat serta kecenderungan anak-anak.
“Alhamdulillah apa yang dilakukannya itu membuatkan saya dan Shuib bersyukur. Malah tidak pernah putus doa saya moga-moga apa yang dilakukannya ini akan diteruskan sampai bila-bila,” kata Sarah yang mengharapkan yang terbaik buat anak-anak tersayang.
Pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Al-Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Sumber: ig Siti Sarah & Media Hiburan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Astro, peneraju kandungan dan hiburan negara, tampil dengan satu pelancaran istimewa yang cukup bermakna — “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam”, sebagai tanda penghargaan kepada...