Cepat masa berlalu, dah sebulan usia anak Elisya Sandha, Bunga Elhaq. Geram sungguh tengok baby Bunga yang dah pandai senyum tiap kali diagah. Cute sangat!
Sejak Bunga lahir, instagramnya dah mempunyai 59.8k pengikut dan sering menjadi perhatian ramai. Kata-kata datuknya yang mesra dipanggil Dadda dalam setiap posting sentiasa menyentuh hati sesiapa saja yang membacanya.
Melalui IG Bunga Elhaq, kelihatan senyuman comelnya di samping kad tertulis ‘1 month’. Dengan mata sepet dan kulit cerah, memang nampak Bunga seiras daddynya dan sekali tengok macam Nanny Sheila.
Sementara itu, menerusi perkongsian Tok Sidang Jinggo, dia meninggalkan pesan pada cucunya, dalam kehidupan ini, ada 2 perkara yang tidak boleh ditahan dan tidak boleh ditangguhkan… MASA dan USIA sepanjang kita hidup di dunia.
Pilih Senyum Bunga… Kita yang menentukan samada kita tersenyum melihat masa dan usia itu berlalu itu… Elok Bunga senyum melihat apa yang datang apa yang pergi…
Ads
Sebermulanya dari 1 detik ke 1 hari hingga ke 1 minggu dan telah genap 1 bulan Bunga Elhaq hadir dalam keluarga kecil Dadda Nanna… Sebelum 1 tahun MASA akan berlalu Sebelum 1 tahun USIA Bunga di tunggu
Dadda pilih senyum…. Menanti 1 tahun MASA berlalu… Menanti 1 tahun USIA Bunga ilham Ku… Kalau tahu nikmat tersenyum kenapa pilih rasa terharu…
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberitahu Bunga sebiji ikut muka daddy. Kuat genetik Nannaa Sheila Rusly.
Hamil-hamil pun nak glowing, betul tak? Tapi bila tengok bahan-bahan skincare kat rumah
tiba-tiba panik. “Eh boleh ke pakai ni? Selamat ke untuk bayi?” Jangan risau mama! Kita
selesaikan semua kekeliruan ni dalam satu artikel.
Ni senarai bahan yang popular dalam produk biasa, tapi tak disarankan masa mengandung:
1. Retinoid / Retinol (Vitamin A)
Biasa jumpa dalam produk anti penuwaan. Tapi retinoid ni boleh ganggu perkembangan janin, jadi boleh berhenti dulu.
Contoh nama dalam produk: Retinol, Tretinoin, Adapalene, Retin-A
2. Salicylic Acid (dalam dos tinggi)
Bahan aktif untuk jerawat. Kalau dalam bentuk oral atau tinggi peratusan, bahaya untuk bayi.
Tapi: Salicylic acid dalam dos rendah (<2%) atau dalam pencuci wajah yang bilas cepat, masih dianggap relatif selamat.
3. Hydroquinone
Biasa digunakan untuk cerahkan kulit, hilangkan parut. Tapi ia boleh diserap ke dalam darah dengan kadar tinggi, jadi elakkan terus!
Nak cantik masa megandung atau lepas pantang boleh tengok video ni
Sekarang masuk part best bahan yang selamat dan boleh bantu mama kekal glowing
sepanjang 9 bulan ni:
1. Vitamin C (Ascorbic Acid)
Powerful antioxidant yang bantu cerahkan kulit, hilangkan jeragat dan sekatakan tona. Selamat & berkesan!
2. Hyaluronic Acid
Pelembap semula jadi sangat bagus untuk ibu yang rasa kulit makin kering masa hamil. Tak menyumbat pori dan sangat ringan!
3. Niacinamide
Bantu kurangkan kemerahan, jerawat hormon & kuatkan skin barrier. Selamat digunakan
sepanjang kehamilan!
4. Aloe Vera & Rose Water
Natural remedy untuk kulit sensitif dan iritasi. Sejuk, soothing & 100% baby-safe.
Nak kulit cantik masa hamil? Boleh sangat tapi kena tahu bahan apa yang kawan, bahan apayang lawan. Bila kita jaga kandungan skincare, kita bukan je jaga kulit sendiri tapi juga
keselamatan bayi kita. Ingat, jadi bijak ya mama! Baca label, buat research dan konsisten je dengan rutin yang selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi suka menggigit masa menyusu? Ada sesetengah ibu yang tidak tahan terus menolak anak, menjerit hingga membuatkan anak jadi takut & enggan menyusu.
Menurut kaunselor laktasi, Noor Fazila Abdul Rahman, situasi bayi menggigit bukanlah suatu situasi yang kritikal sehingga penyusuan perlu dihentikan. Tidak dinafikan banyak kes seperti ini berlaku tetapi bukan semua bayi gemar menggigit ibu ketika menyusu.
MENGGIGIT SIFAT SEMULA JADI
Perkara ni boleh berlaku seawal usia bayi 3 hingga 6 bulan. Ini kerana pada peringkat ini ada bayi yang sudah mula tumbuh gigi. Bukan hanya puting ibu, bayi juga mula mengigit apa saja yang dipegang.
Selain faktor tumbuh gigi, pelekapan yang salah juga menjadi punca situasi ini terjadi. Ini kerana bayi menggigit menggunakan gusi bawah. Jika bayi melekap dengan betul, kedudukan lidahnya berada di bawah payudara dan menutupi gusi bawah menyebabkan bayi tiada ruang untuk menggigit.
Mekanisma hisapan terus dengan ibu melibatkan pergerakan rahang bawah sahaja jadi adalah penting untuk semua ibu yang sering kali digigit oleh bayi semasa menyusu memastikan pelekapan anak dalam keadaan baik setiap kali menyusu untuk mengelakkan situasi ini berulang.
APAKAH PUNCA BAYI MENGGIGIT SEMASA MENYUSU
Selain tumbuh gigi dan pelekapan yang salah, banyak lagi punca kenapa bayi gemar menggigit. Antaranya ialah;
1.Keadaan bayi yang kurang sihat terutama jika mengalami selesema atau jangkitan telinga menyebabkan bayi sukar menelan ini membuatkan bayi menggigit kerana kurang selesa apabila menyusu. Sebagai penyelesaian, pastikan kedudukan bayi sewaktu menyusu lebih tegak supaya bayi lebih mudah menelan.
2.Selain itu, ada juga bayi yang menggigit apabila tertidur atau di akhir penyusuan. Jadi sebelum bayi tertidur anda boleh mengeluarkan puting dari mulutnya dengan jari kelingking anda apabila anda rasa hisapannya mula perlahan dan lemah.
3.Ada juga bayi yang perhatiannya mudah terganggu dengan persekitannya terutama bayi yang sudah besar, ini menyebabkan mereka dengan tidak sengaja menggigit puting ibu terutama apabila menoleh secara tiba-tiba kerana terlupa yang mereka sedang menyusu dengan ibu.
4.Terdapat bayi yang gemar ibu memberi perhatian kepadanya setiap kali menyusu dengan ibu, jadi jika ibu sibuk dengan perkara lain contohnya melihat telefon bimbit anak akan menggunakan teknik menggigit untuk menarik kembali perhatian ibu.
5.Selain itu, bayi yang bijak penuh dengan sifat ingin tahu. Sesetengah dari mereka sengaja mengigit untuk melihat reaksi ibu atau apa yang akan berlaku!
CARA ELAK GIGITAN
Terdapat banyak cara boleh dilakukan untuk ibu mengelak dari digigit tanpa perlu menghentikan penyusuan. Antara yang boleh dicuba oleh ialah;
1.POSISI & PELEKAPAN
Untuk mengelakkan anda digigit berulang kali, pastikan posisi dan cara pelekapan anak betul setiap kali anda ingin memulakan penyusuan.
2.GUNA KELINGKING
Gunakan jari kelilingking anda dengan memasukkannya di tepi mulut bayi apabila dia mula hendak mengigit. Apabila bayi menggigit jari kelingking anda, bayi akan melepaskan puting anda dengan sendirinya.
3.JANGAN MENJERIT
Jika anda terus-terusan menjerit ia akan membuatkan anak akan terus menggigit berulang kali kerana bayi mengganggap anda sedang bermain dengannya. Jeritan yang kuat juga boleh menyebabkan anak fobia dan terkejut hingga menolak untuk menyusu terus dengan ibu.
4.PICIT HIDUNG ATAU PELUK
Jika anak menggigit lagi semasa menyusu, ibu boleh picit hidung anak atau peluk supaya bayi sukar bernafas jadi anak akan mengaitkan faham jika dia menggigit ia akan sukar bernafas.
Jika masih berlaku, anda boleh menghentikan penyusuan seketika. Pandang tepat ke matanya dan bercakap dengan tegas. Lakukan berulang kali lama kelamaan anak akan faham bahawa jika dia terus menggigit dia pasti tidak akan dapat menyusu lagi.
KENAPA PERLU ELAK MENJERIT?
Tidak salah untuk ibu menunjukkan reaksi apabila bayi menggigit. Tetapi cukup dengan “ouch” sahaja. Ini kerana jika anda menjerit terlalu kuat di khuatiri anak akan terkejut dan menjadi fobia seterusnya enggan menyusu lagi (Nursing strikes).
Ini kerana, tindakan ini boleh menjadi cara yang terbaik untuk mengelakkan perkara tersebut berulang atau memburukkan lagi keadaan.
5 SARANAN KEPADA IBU YANG SELALU ‘DIGIGIT’ SEMASA MENYUSU
Menurut Noor Fazila , terdapat kes yang pernah dikendalikannya di mana ada ibu yang hampir putus asa. Ia terutama apabila gigitan bayi itu menyebabkan puting luka hingga mengundang masalah lain seperti bengkak susu dan duktus susu tersumbat.
Bukan semua bayi gemar menggigit ibu, jadi untuk ibu yang berdepan dengan masalah ini dan jika ianya berulang kali berlaku beliau memberikan lima saranan ini.
1.Pastikan anak sentiasa menyusu dengan pelekapan yang betul.
2.Beri perhatian kepada anak pastikan sentiasa bersembang, pandanglah mata anak dan elakkan melakukan aktiviti lain sewaktu menyusukan anak.
3.Jika anak sering kali menggigit, sentiasa bersedia dengan meletakkan jari kelilingking anda di tepi mulutnya supaya apabila dia mula hendak mengigit anda boleh menghentikannya dengan jari kelingking tersebut. Ini kerana, bila bayi menggigit jari kelingking dia tidak dapat menggigit puting anda.
4.Elakkan menarik keluar puting terus dari mulutnya ketika anak menggigit kerana tindakan ini akan membuatkan puting mudah terluka sebaliknya keluarkan dengan cara meletakkan jari kelilingking anda di tepi mulut anak.
5.Jadikan penyusuan suatu sesi yang menggembirakan. Jadi anak akan menikmatinya dengan gembira tanpa menyakitkan ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anak mereka bercakap secepat dan selancar yang mungkin. Namun begitu, sesetengah ibu bapa kurang sedar tentang pentingnya cara yang berkesan dan berterusan dalam membantu anak-anak supaya cepat dan pandai bercakap.
Menerusi perkongsian ibu ini, Puan Wan Nur Syakira, aktiviti rangsangan untuk bayi bercakap dah boleh dimulakan seawal usia 7 bulan.
AKTIVITI RANSANGAN BERCAKAP YANG SAYA BUAT UNTUK BAYI 7 BULAN.
Anak saya ketiga, umur 7 bulan. Saya tengah fokus betul-betul untuk ransang kemahiran bercakap dia. Semua tips dan ilmu saya cuba praktikkan semampunya.
✅ Saya selalu read aloud dengan dia. Buku yang jenis satu muka surat, satu gambar. Sesuai untuk umurnya.
✅Selalu buat bunyian haiwan untuk dia . Contohnya, bunyi kucing apa adik ? ” Miaw ,miaw “. Bunyi burung, ayam, itik.
✅ Selalu letak dia depan cermin dan main bersama untuk improve eye contact.
✅Ajar gesture seperti tepuk tangan, bye, hye, nak, angguk, geleng, takde.
✅ Bercakap je dengan dia , apa yang saya buat, keadaan sekeliling, tapi bukan bahasa bayi.
✅Selalu saya jatuhkan mainan ( binaan blok ), dan saya buat mimik muka excited , ” wow jatuh”!
Kenapa perlu buat semua ini hari-hari? At least anak kena faham dalam 50 words untuk membolehkan anak keluarkan first word secara verbal.
Sebelum anak dapat guna perkataan di tempat yang betul, anak perlulah mempunyai pengalaman pendedahan bahasa yang cukup.
Ini yang dipanggil, Receptive language . Anak dengar, terima dan simpan perkataan yang dia dengar serta faham penggunaan tersebut.
Barulah Expressive language akan terjadi. Kalau tiada ransangan dan pendedahan, maka anak takkan mampu tiru dan sebut.
Selain itu, saya cuba buat aktiviti ransangan sensori yang cukup kepada bayi saya.
– Berikan anak saya ruang untuk messy play ( selalunya ketika makan, sebab selamat kalau masuk mulut ) untuk ransangan sentuhan
-Buat aktiviti dan exercise yang sesuai atas gymball untuk ransangan proprioceptive.
– Banyakkan floor time untuk ransangan motor kasar
– Berikan anak sentuh pasir, letakkan kaki anak di pelbagai permukaan dan tekstur.
– Berikan water play.
– Berikan mainan yang berwarna warni untuk ransangan visual.
Sebab ransangan sensori sangat penting untuk anak kuasai kemahiran kompleks macam bercakap . Perkembangan sensori pula berkembang pesat 2 tahun pertama anak.
Jadi, 2 tahun pertama bukan masa untuk disia-siakan berlalu begitu sahaja. Ada kanak-kanak yang ada masalah speech delay sebab masalah pemprosesan sensori.
Kita ikhtiar awal-awal , supaya bayi kita terhindar dari semua itu dengan ransangan dari kecil.
Alhamdulillah, saya syukur jumpa team terapis berpengalaman dalam perkembangan kanak-kanak.
Saya cuba praktikkan tips yang dikongsikan dalam buku tulisan mereka.
Sarapan Percuma Pelajar Selangor bakal memanfaatkan 120,000 pelajar mulai Ogos ini, membantu keluarga yang berdepan kos sara hidup tinggi serta memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan tanpa berlapar.