Penyampai radio Sinar, Angah Raja Lawak selamat menimang kelahiran cahaya mata perempuan keduanya semalam bersama isteri tersayang, Amira Asyura Abd Razak.
Menerusi satu hantaran ringkas di instagram miliknya, Angah menyampaikan khabar gembira itu dengan turut berkongsi sekeping gambarnya sambil memegang puteri kesayangannya itu.
Dalam pada itu, Angah atau nama sebenarnya, Iskandar Shah Hashim turut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan dan mendoakan urusan kelahiran tersebut.
“Alhamdulillah syukur bidadari saya selamat melahirkan puteri kami yang sangat comel macam bapaknya.
“Terima kasih semua atas doa dan ucapan kalian ya,” tulisnya berkongsi.
Ads
Rata-rata, para pengikut Angah dan rakan selebriti turut memberikan ucapan tahniah buat Angah dan isteri atas kelahiran bayi keduanya ini bersama isteri.
Semoga kelahiran bayi comel ini akan terus memberi kebahagiaan dan melengkapkan lagi kasih sayang mereka sekeluarga.
Ads
Terdahulu, Angah mengumumkan kehamilan kedua isterinya pada Ogos lalu.
Angah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisyah pada 16 Februari 2019. Melalui perkahwinan terdahulu, Angah juga turut memiliki seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Nurrina.
Tahukah anda, terdapat 7 jenis pokok bunga keladi beracun yang berbahaya tetapi kerap dijadikan pilihan sebagai pokok hiasan di rumah?
Bunga keladi beracun
Bermula daripada musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lepas, semakin ramai yang berjinak-jinak dengan dunia tanaman pokok hiasan. Tidak dinafikan, tumbuhan hiasan yang ditanam di sekitar kawasan rumah adalah terapi terbaik untuk mental dan emosi.
Umumnya, terdapat pelbagai jenis pokok hiasan dan bunga yang menjadi pilihan ramai, antaranya monstera adansonii dan tidak ketinggalan juga pokok keladi seperti philodendron green marxii.
Bahkan sehingga ada pokok keladi yang dijual pada harga ‘kayangan’ disebabkan keunikan bentuk dan warnanya, seperti pokok yang diberi nama keladi Mickey Mouse.
Pun begitu, bagi peminat pokok keladi, anda harus menyedari walaupun ia cantik dipandang, namun sebenarnya ia beracun dan amat berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak serta haiwan peliharaan.
Tumbuhan caladium beracun
Public Health Malaysia (PHM) juga pernah membuat perkongsian menerusi Facebook mengenai racun yang terdapat pada keladi atau caladium yang dikenali sebagai kalsium oksalat.
Racun kalsium oksalat ini berada pada keseluruhan bahagian tumbuhan keladi ini dan paling kuat pada daunnya. Dalam hantaran tersebut, PHM turut menjelaskan bahawa bunga keladi beracun akan menjadi toksik apabila tertelan. Mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif juga boleh terjejas dengan hanya bersentuhan fizikal dengan pokok ini.
Jangan terkejut, bukan tumbuhan ini sahaja yang berbahaya dan beracun ya. Ayuh kita bongkar pokok keladi lain yang harus anda elakkan.
Jenis bunga keladi beracun
Dieffenbachia dan Philodendron
Dieffenbachia dan philodendron adalah pilihan buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam tumbuhan hiasan kerana mudah ditanam. Walaupun kedua-dua tumbuhan ini adalah berbeza dari segi jenis, namun dieffenbachia dan philodendron menyebabkan ketoksikan dengan cara yang sama. Ini kerana ia mengandungi oksalat yang boleh menyebabkan bengkak, air liur banyak terkeluar dan kesukaran bertutur jika tertelan.
Masalah bengkak, kemerahan dan kerengsaan juga boleh berlaku jika kulit atau mata terdedah kepada tumbuhan-tumbuhan ini.
English Ivy
Faedah potensi English ivy atau Hedera helix termasuklah dapat membersihkan udara, mengatasi masalah pernafasan dan mempunyai sifat antiradang dan antioksidan.
Walau bagaimanapun, english ivy dianggap sebagai tumbuhan bunga keladi beracun. Ia dianggap toksik kepada manusia dan haiwan. Tumbuhan ini boleh menyebabkan bengkak, kegatalan, kerengsaan perut dan mungkin loya, muntah dan cirit-birit pada manusia jika tertelan.
Bagi haiwan pula, ia boleh menyebabkan sakit perut, muntah, cirit-birit dan hiper-air liur pada kucing dan anjing jika tertelan.
Alocasia Xanthosoma Variegata, antara jenis bunga keladi beracun
Anda mungkin mengenali tumbuhan ini dengan nama glamornya, pokok Mickey Mouse. Sama seperti caladium, setiap bahagian pokok ini juga mengandungi hablur kalsium oksalat yang kecil.
Jika mana-mana bahagian tumbuhan dikunyah ia boleh menyebabkan kerengsaan pada bibir, mulut, lidah dan tekak. Walaupun jarang berlaku, loya, muntah, cirit-birit, dan kesukaran menelan turut merupakan antara kesan sampingan selepas menelan tumbuhan dengan kristal oksalat.
Gejala yang dialami biasanya berkembang dengan cepat dan boleh bertahan sehingga setengah hari.
Peace lily
Peace lily atau nama botaninya Spathiphyllum cochlearispathum, dicirikan oleh daun lebar yang panjang dan bunga putih yang cantik. Pokok bunga ini amat mudah dijaga, dapat bertahan dalam cahaya yang kurang serta hebat dalam menyingkirkan toksin dalaman seperti formaldehid, benzena dan juga trichloroethylene, daripada udara.
Namun malangnya, tumbuhan ini beracun kepada manusia dan juga haiwan peliharaan. Ia boleh menyebabkan bengkak pada bibir, mulut dan lidah, rasa mual, muntah dan cirit-birit serta kesukaran menelan pada manusia.
Manakala pada haiwan peliharaan pula boleh mengakibatkan kesan terbakar dan kerengsaan teruk pada mulut, bibir dan lidah bersama kesukaran menelan.
Snake Plant, salah satu bunga keladi beracun
Pokok hiasan rumah ini biasanya dikenali sebagai pokok Lidah Mentua atau nama saintifiknya Sansevieria trifasciata. Ia boleh dikenali dengan daun berbentuk pedang malar hijau yang tumbuh tegak dan seakan daun tiruan.
Tumbuhan ini menjadi pilihan kerana mudah dijaga dan hanya memerlukan sedikit air untuk terus hidup.
Pun begitu, tumbuhan ini bersifat toksik jika termakan. Daunnya mengandungi racun yang boleh menyebabkan bengkak dan kebas pada lidah jika dimakan dalam dos yang besar.
Justeru, adalah pilihan sangat bijak untuk menjauhkan tumbuhan ini daripada kanak-kanak dan haiwan yang cenderung gemar menggigit.
Devil’s ivy
Tumbuhan devil’s ivy atau pokok pothos ini amat mudah dibiak dan dijaga. Tetapi ia dianggap sebagai tumbuhan toksik, berbahaya dan beracun untuk manusia dan haiwan.
Daun dan batang tumbuhan ini boleh menyebabkan kerengsaan terbakar yang teruk pada mulut, tekak dan perut jika tertelan. Bagi haiwan juga boleh mengalami keadaan yang sama bersama air liur berlebihan, muntah dan kesukaran menelan.
Tiada salahnya untuk menanam pokok hiasan di dalam rumah mahupun di luar rumah. Tetapi harus pastikan ia selamat dan tidak beracun terutamanya jika di dalam rumah terdapat anak kecil atau memiliki haiwan peliharaan. Berhati-hatilah.
Jika anda mengalami waktu bersalin yang berpanjangan, perkembangan bersalin anda adalah terlalu perlahan.
Ini juga dipanggil sebagai “kegagalan untuk berkembang.” Waktu bersalin panjang boleh didiagnosis melalui penipisan dan pengembangan serviks. Waktu bersalin yang berpanjangan disifatkan sebagai sebarang proses bersalin yang berlangsung lebih daripada 20 jam.
Dalam kes kelahiran kembar, waktu bersalin panjang berlangsung lebih daripada 16 jam. Jika serviks anda mengembang kurang daripada beberapa sentimeter setiap jam, anda mungkin akan mengalami waktu bersalin yang berpanjangan.
Bersalin yang berpanjangan adalah lebih biasa terjadi dalam kalangan wanita yang mempunyai:
−Bayi lebih besar daripada salur lahir
−Bayi dalam posisi tidak normal
−Kontraksi lemah
Selalunya, wanita yang mengambil masa panjang untuk bersalin perlu melalui pembedahan C-section. Bersalin yang berpanjangan boleh menyebabkan:
−Bekalan oksigen rendah untuk bayi
−Degupan jantung bayi tidak teratur
−Bahan luar biasa dalam cecair amnion
−Jangkitan pada rahim
Jika anda mengalami bersalin berpanjangan, kontraksi anda akan dipantau dengan rapi. Anda mungkin perlu menjalani ujian yang dipanggil Kateter Tekanan Dalam Rahim (Intrauterine Pressure Catheter). Semasa ujian ini, kateter kecil diletakkan ke dalam rahim, di sebelah bayi untuk mendapatkan ukuran tepat kontraksi anda. Pemantauan janin elektronik (EFM) yang berterusan adalah perlu untuk memantau kadar jantung bayi.
Selain campur tangan perubatan, terdapat langkah tertentu yang boleh anda lakukan bagi mengendalikan hal bersalin anda. Adalah lebih baik jika anda relaks dan menunggu serviks melakukan kerjanya dahulu. Sementara itu, anda boleh cuba untuk tidur atau berjalan sekeliling dan juga mandi air suam. Perubahan posisi juga mungkin boleh membantu anda.
Jika bayi anda telah sampai di salur kelahiran, doktor mungkin akan membantu untuk mendapatkan bayi keluar, dengan menggunakan forsep atau peranti vakum. Jika doktor fikir anda perlukan lebih atau lebih kuat kontraksi, anda akan diberikan Pitocin (oksitosin) untuk membantu kontraksi uterus. Jika kontraksi anda normal, tetapi bayi masih tidak mahu keluar lagi, anda mungkin perlukan pembedahan C-section. Ini adalah dikira sebagai pembedahan besar dengan risiko dan komplikasi.
Walau bagaimanapun, dengan penjagaan perubatan yang betul, ia secara amnya adalah selamat. Ramai ibu yang percaya bahawa C-section tidak perlu dilakukan jika bayi bukan dalam kecemasan. Jika petanda penting ibu dan bayi dalam keadaan yang sihat, jadi tiada sebab untuk mempercepatkan C-section.
Breastmilk jaundice atau kuning kerana susu ibu, terus susukan dengan susu ibu. Jangan panik & terikut cadangan orang lain untuk tukar ke susu formula!
Perkongsian Dr Salehuddin Sulaiman, Pakar Pediatrik ini memberikan panduan kepada ibu bapa yang baru menyambut cahaya mata. Terdapat sejenis jaundis yang dinamakan breastmilk jaundice atau kuning kerana susu ibu.
Prolonged jaundice bahaya kalau disebabkan oleh biliary atresia, masalah tiroid & jangkitan kuman.
Breastmilk jaundice tak bahaya. Ada yang nasihatkan supaya guna susu formula. “Perlukah saya stop sementara susu ibu?”
Pertimbangkan dengan betul susu formula & susu ibu.
Tak perlu susukan setiap jam, tapi susukan bila bayi menunjukkan tanda-tanda nak susu.