Comel Sangat Awak Ni Sayf Issa! Mia Ahmad Kongsi Nama Baby Boy

Share

 

Akhirnya pelakon Mia Ahmad dan suaminya, Mohd Izham Tarmizi mengumumkan nama anak sulungnya, Sayf Issa yang lahir pada 28 September.

Perkara itu dikongsikan oleh Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.

“Bismillahirahmanirahim, introducing to you our bundle of joy, Sayf Issa Bin Mohd Izham Tarmizi. 

“Was born at 3.27 kilogram on 28th of September 2018. Someone new to love is here.
 
“Thank you ya Allah for sending us a little baby to cuddle and love,” tulisnya.

Pengumuman nama anak Mia Ahmad itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya memuji kecomelan Sayf Issa.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

IKLAN