Hampir 2 bulan usia Petra Pekin, secara rasminya Mona Allen dan suami berkongsi wajah kesayangan mereka buat peminat yang ternanti-nanti sejak awal kelahirannya.
Menerusi instagram Mona Allen, dia memuat naik sekeping gambarnya bersama Petra dengan kapsyen ringkas tapi sangat bermakna.
“You complete me,” tulisnya dengan diakhiri simbol love.
Ini menunjukkan kehadiran Petra telah melengkapi hidup Mona Allen dan Pekin. Seolah-olah Petra memberi sinar yang sangat bermakna buat rumah tangga mereka.
Manakala menerusi instagram stories Mona pula, dia turut berkongsi momen di sebalik tabir photoshoot Petra ketika beberapa minggu selepas lahir.
Comel sangat Petra dan begitu senang bagi kerjasama ketika proses photoshoot tersebut.
Sementara itu, Mona Allen juga menunjukkan ragam Petra sekarang yang dah mula tidur nak bertepuk.
Ads
Sekarang Petra dah mula nak minta mommy berjaga malam sampai kebas tangan dodoikannya. Tapi tetaplagi tak lena tidur. Makin besar, dah makin lain perangainya.
Tapi pengalaman ini sangat enjoy buat Mona dan baru tahu pengorbanan ibu yang sebenarnya.
Mona sebelum ini berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan enam bulan selepas empat tahun melalui proses mendapatkan anak atau Trying To Conceive (TTC).
Ads
Jika diikutkan due date untuk bersalin pada September dan tak sangka Petra nak keluar pada hari bersejarah Malaysia.
Dalam pada itu, Mona dan Pekin juga turut melakukan ikhtiar rawatan perubatan Islam dan dengan izin Allah berjaya hamil. Pasangan suami isteri ini mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Memiliki anak cerdik dan berakhlak bukan satu angan kosong asalkan ayah sebagai ketua keluarga memainkan peranan hebat membesarkan mereka. Peranan ibu dan ayah sama penting dalam membesar dan mendidik anak-anak supaya mereka membesar sebagai individu yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Susuk tubuh ayah yang sado dan tegap bukan sekadar tampil sebagai hero di mata si kecil. Tetapi pengaruhnya terhadap perkembangan si anak sangatlah besar. Ayah adalah pemimpin dalam keluarga yang bertanggungjawab memimpin keluarga dan memastikan anak-anak tetap berada di landasan yang betul.
Peranan ayah dalam mendidik anak membantu mereka mengharungi cabaran dalam kehidupan untuk menjadi insan yang berjaya.
Jangan sampai terlupa tanggungjawab masing-masing bila sudah bergelar ayah. Ini antara peranan ayah dalam mendidik anak di zaman mencabar sekarang.
1. Meningkatkan keyakinan diri anak
Ayah mempunyai peranan penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak menerusi bimbingan dan kasih sayang yang diberikan. Bila anak dapat cukup kasih sayang daripada seorang ayah maka dia akan membesar sebagai individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
2. Menjadikan anak seorang yang berani
Fizikal ayah bak seorang hero sepatutnya mendidik anak menjadi seorang yang berani menghadapi cabaran. Anak akan melihat sisi berani daripada seorang ayah berbanding ibu. Jadi, pastikan ayah memainkan peranan betul membentuk sifat berani tersebut.
3. Melatih anak berdisiplin
Ayah juga mempunyai kelebihan untuk membesarkan anak-anaknya dengan disiplin. Biasanya anak-anak akan lebih berdisiplin dan menurut arahan jika dilakukan oleh ayah. Maka ayah wajib memberikan contoh yang baik dalam bab disiplin. Baru anak-anak mengikut.
4. Sentiasa beri perhatian pada anak
Seorang anak sangat memerlukan perhatian daripada kedua ibu dan ayahnya kecuali jika salah seorang sudah meninggal dunia. Walaupun anak mendapat sepenuh perhatian daripada ibu tetapi dia tetap memerlukan perhatian dan sentuhan dari seorang ayah. Walau sibuk bekerja sekalipun, ayah jangan abaikan perhatian pada anak ya.
5. Sebagai motivator
Ayah perlu menjadi pendorong dan motivator ulung kepada anak. Dengan pendekatan yang betul, ayah boleh mengubah tingkah laku anak yang sebelum ini kurang baik menjadi lebih baik.
6. Melayan anak bermain
Anak memang cukup suka kalau dapat bermain dengan ayah. Jadi, ayah kena rajin melayan anak bermain ya. Jangan asyik melayan handphone sahaja, sebaliknya luangkan masa untuk layan anak bermain dan berseronok. Waktu itu anda boleh ambil peluang untuk memberi nasihat dan panduan berguna.
7. Jadi role model
Anak adalah peniru yang hebat. Mereka juga menjadikan ayah dan ibu sebagai role model utama. Makanya wajiblah anda berdua memberikan teladan yang baik kepada anak supaya mereka membesar sebagai anak yang berakhlak mulia.
8. Mengawasi pergaulan anak
Ayah wajib ambil tahu siapa kawan-kawan anak supaya mudah untuk mengawal dan mengawasi pergaulan anak supaya boleh mencegah perkara buruk daripada berlaku akibat salah pilih kawan.
9. Meningkatkan kecerdasan emosional anak
Anak kecil masih belum stabil emosinya maka sebagai ayah, anda perlu memainkan peranan penting untuk meningkatkan kecerdasan emosional anak. Selalu berkomunikasi dengan anak supaya ada dapat membina proses saling percaya dengan anak. Kecerdasan emosional yang baik membantu anak membesar sebagai individu yang hebat satu hari nanti.
10. Berperanan menguatkan bonding hubungan keluarga
Ayah memainkan peranan penting untuk menguatkan bonding antara ahli keluarga. Selain meluangkan masa bersama, sesekali bawalah anak pergi bercuti untuk eratkan hubungan keluarga. Tak perlu tempat yang jauh dan mahal kadang-kala lokasi berhampiran rumah juga sudah mampu menggembirakan hati anak-anak asalkan dapat bersama ibu dan ayah.
Ayah, watak ‘superhero’ yang anda galas sepatutnya mampu menjadikan penyelamat dan pelindung sebenar kepada anak tersayang sekaligus membimbing mereka berada di landasan yang betul.
Rancangan realiti keibubapaan edutainment, Rockstar Junior Arrian dan Andra di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Rabu, jam 9 malam menampilkan kehidupan Tomok, isteri dan anak-anaknya termasuk interview eksklusif, tip keibubapaan dan cabarannya. Ia juga memuatkan perjalanan bagaimana Tomok mencipta single pertama yang diinspirasikan daripada anak-anaknya.
#RockstarJr #ArrianAndra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakitnya hati bila tengok kotoran dan tahi lalat pada pakaian bayi susah nak hilang walaupun sudah dicuci menggunakan sabun khas
Mesti ramai ibu-ibu yang mengalami perasaan ini. Betul tak?
Sebelum mula basuh pakaian bayi, anda perlu baca dahulu labelnya yang ada menunjukkan cara membasuhnya. Setiap jenis fabrik bayi adalah berbeza cara basuhannya.
Sebaiknya basuh pakaian kotor bayi dengan segera dan elakkan terbiar beberapa hari. Ini kerana kesan kotoran boleh terus melekat pada pakaian dan lebih susah hendak dibersihkan serta berisiko tidak hilang bila dicuci.
Ada bermacam jenis kotoran pada pakaian bayi anda seperti air liur, kesan susu ibu atau susu formula, makanan dan kotoran lain.
Berikut adalah beberapa jenis kotoran pada pakaian bayi dan cara mudah membersihkannya. Oh ya, jangan lupa asingkan dulu pakaian bayi daripada pakaian orang dewasa kerana kulit bayi lebih sensitif.
1. Kotoran susu ibu, susu formula, makanan dan air liur
Rendam pakaian bayi dalam air bersih terlebih dahulu kemudian barulah letak pencuci pakaian bayi.
2. Kotoran daripada minyak bayi, krim dan minyak telon
Sebelum mencuci pakaian, taburkan tepung jagung atau bedak pada kotoran untuk menyerap minyak, biarkan lebih kurang 10-15 minit. Kemudian barulah cuci pakaian dengan sabun pencuci pakaian bayi.
Rendam pakaian dalam air yang dicampur 1 sudu kecil baking soda. Jangan tunggu sampai kotoran kering dan sudah melekat pada pakaian bayi kerana ia lebih susah hendak ditanggalkan. Selain itu anda boleh juga menggunakan cuka masak untuk menghilangkan kotoran ini. Caranya larutkan cuka dalam air paip dengan nisbah 1:3, kemudian baru cuci. Bila menggunakan cuka, ibu mesti lebih teliti semasa membilas pakaian anak supaya bau cuka hilang pada pakaian.
4. Kotoran air kencing
Campurkan 1 sudu besar campuran amonia dalam secawan air. Kemudian rendam pakaian kotor itu sebelum dicuci seperti biasa.
5. Kesan tahi lalat
Campur sedikit cuka ke dalam setengah liter air. Rendam semalaman pakaian bayi yang ada tahi lalat. Kemudian cuci pakaian seperti biasa menggunakan detergen. Sediakan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
Bilas pakaian yang sudah dibasuh dengan air panas campuran limau nipis. Biarkan beberapa saat kemudian cuci balik pakaian menggunakan pencuci pakaian yang sama. Bilas dengan air bersih.
Kalau tahi lalat masih ada buat sekali lag langkah merendam dalam perahan limau nipis hingga membilas dengan air bersih sampai kesemua tahi lalat hilang. Kemudian jemurlah pakaian tersebut sehingga kering.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas bersalin pada Oktober lalu, pakar bedah kelahiran Malaysia yang terkenal, Dr Amalina Che Bakri tak lokek berkongsi tip bersalin, penjagaan dalam pantang dan ilmu keibubapaan kepada pengikutnya.
Malah rata-rata pengikut Dr Amalina juga sentiasa mahu mengetahui perkembangan anak sulungnya, Arabella Mia atau nama manjanya Bella. Apa yang boleh dipuji, Amalina bersikap terbuka dan sentiasa berkongsi apa yang dilakukan olehnya untuk Bella.
Menerusi instastory Amalina baru-baru ini, dia ada memuat naik beberapa soalan yang ditanya oleh pengikutnya mengenai Bella.
Antara soalan yang ditanya adalah apa bahasa yang digunakan ketika bercakap dengan Bella?
Jawapan Amalina adalah sebagai ibu yang berasal dari Malaysia, dia akan menggunakan bahasa Melayu untuk bercakap dengan Bella manakala suaminya, Alex akan bercakap dalam bahasa Inggeris.
Sekurang-kurangnya Bella boleh menguasai kedua-dua bahasa dengan baik. Bagaimanapun, Amalina dan suami juga bercadang untuk mengajar bahasa Itali dan Perancis buat puterinya itu sebagai persediaan untuk masa depan.
Nampak gayanya apabila Bella dah besar nanti, empat bahasa dia boleh menguasai.
Sementara itu, ada juga yang bertanya apa perasaan Amalina apabila dah jadi ibu? Malam-malam urus anak sendiri atau suami juga tolong?
Menurut Amalina, dia sangat gembira diberi peluang menjadi ibu. Dalam bab menguruskan anak, suami banyak membantu seperti ambil tugas menukar lampin, memandikan Bella dan sebagainya.
Ibaratnya kami bekerja dalam satu kumpulan dan saling membantu satu sama lain. Kebetulan juga mama ada datang, dia pun turut sama membantu dalam pantang.
Selain itu, Amalina juga turut menjawab soalan mengenai journey penyusuannya apabila ada bertanya adakah dia menyusukan Bella?
Jawapannya adalah ye dan dalam masa yang sama turut mengepam. Stok susu yang dipam itu suaminya akan beri pada Bella pula. Jadi Bella akan dapat bonding bersama mommy dan daddy.
Sebelum ini, Dr Amalina berkongsi gambar berjalan-jalan sekitar London, selepas empat hari melahirkan anaknya hingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan warganet. Tidak kurang ada yang menyindir kerana tidak berpantang dengan betul.
Disebabkan hal itu, Dr Amalina telah memberi panduan dan caranya menjaga kesihatan. Bukan setakat 44 hari berpantang sahaja kena jaga tetapi gaya hidup sihat perlu diamalkan sepanjang masa.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.