Tak pernah tak lawa Zizie Izzete! Berbadan dua dan dalam masa sama menguruskan anak-anak yang masih kecil penampilannya tetap cantik dan sedap mata memandang.
Melalui gambar yang dikongsikan di instagramnya, Zizie maintain bergaya dan ramai peminat kagum dengan caranya. Dari sebelum ada anak hingga dah ada empat anak serta tengah sarat mengandung, sikit pun tak berubah penampilannya.
Malah menerusi gambar terbaru juga dah jelas kelihatan baby bump Zizie dan ramai yang cuba meneka bayi yang dikandungnya macam bayi perempuan.
Hingga kini Zizie belum berkongsi lagi jantina bayi walaupun dah hampir 6 bulan kandungannya.
Ada yang menyatakan muka Zizie sentiasa berseri kerana aura dari anak yang dikandungnya.
Ads
Awal kehamilan sentiasa aktif
Bukan sahaja berseri, Zizie juga cukup aktif untuk kehamilan kali ini. Tak nampak pun dia letih kerana sentiasa ada foto percutiannya bersama anak-anak. Keutamaannya sekarang adalah keluarga.
Ads
Sebelum ini Zizie mengumumkan yang dia hamil kali kedua selepas melahirkan anak kembarnya Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada 30 Disember 2017.
Setelah hampir 5 bulan Muhammad Sher Harraz Hazmeer anak kepada selebriti, Chot Maharaja lawak mega dan isteri Siti Zafirul Azzah (Jaja) menghadap Illahi, akhirnya pasangan ini dikurniakan zuriat yang kedua. Arwah Anak beliau telah bertarung melawan sakit jantung sejurus selepas dilahirkan sehingga ke saat akhir.
Menerusi akaun intagram Jaja semalam, beliau telah mengumumkan bahawa kini dia sedang hamil anak kedua dan bersyukur atas anugerah yang diberikan setelah diuji dengan pemergian anak sulungnya.
Assalamualaikum.. hii aunty uncle dan makcik semua. Alhamdulillah syukur padamu ya allah , satu anugerah yang paling berharga buat saya & husband, kau beri pengganti pada ku untuk melepaskan kerinduan pada anak syurga kami #muhammadsherharraz alfatihah
allahuakbar
Saje saya nak share berita paling gembira ni.. Only families n closest friend je tau di awal2 pregnancy ni sebab saya risau sangat benda baru lagi… bukan sbb apa rahsiakan, sebab risau macam2 boleh berlaku kan.. sampai lah mmy dah ready untuk share now.. Dan die dah terajang2 perut mmy … nak besau kan.
Stretch ur muscle selalu pun takpe okay.. Mmy & dd happy bila tgk awak healthy and active inside there as what doctor said. Alhamdulillah.. sihat die, siap tunjuk good lagi kat mmy dd ye. Takpe sayang janji awak sihat sempurna dalam perot mmy tau
opsss kalau nak tahu boy or girl kene la tunggu…suprise..Aunty uncle dan makcik semua doakan adik sherharraz ni n mmy & dd kuat, sihat dan dipermudahkan urusan sepanjang pregnancy ni ye…
doa yang baik-baik.. dan saya doakan juge pada yang belum ade rezeki lagi .. semoga awak semua juga diberikan kurniaan zuriat2 yang soleh solehah tahun ni dan di permudahkan segala urusan .. amin, alfatihah untuk anak syurga saya MUHAMMAD SHER HARRAZ BIN HAZMEER 13/6/2018-8/10/2018.
Kehamilan bukan sekadar perjalanan seorang ibu, tetapi turut melibatkan peranan besar seorang suami. Setiap perubahan fizikal dan emosi yang dialami isteri sepanjang tempoh ini memerlukan sokongan berterusan, termasuk dari segi pemakanan dan kesihatan. Itulah yang dikongsikan oleh seorang lelaki apabila dia berusaha membantu meningkatkan paras hemoglobin (Hb) isterinya yang menurun sepanjang kehamilan.
Menurut suami berkenaan, mereka mula benar-benar mengambil serius soal pemakanan apabila melihat reaksi jururawat di klinik kesihatan yang jelas terkejut dengan bacaan Hb isterinya. Saat itu menjadi titik tolak untuk mereka mencari solusi yang mudah, selamat dan sesuai untuk ibu mengandung.
“Bila jururawat tengok bacaan Hb, muka dia berubah. Dari situ kami terus tanya apa yang boleh bantu naikkan Hb secara semula jadi,” kongsinya.
Paras Hb yang rendah semasa kehamilan bukan perkara kecil. Hemoglobin berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan ibu dan bayi. Jika bacaan Hb terlalu rendah, ibu hamil berisiko mengalami keletihan melampau, pening kepala, sesak nafas serta komplikasi ketika bersalin.
Disebabkan itu, pasangan ini mengambil pendekatan proaktif dengan mendapatkan nasihat terus daripada jururawat serta melakukan sedikit kajian sendiri mengenai pemakanan yang sesuai untuk ibu hamil.
Hasil perbincangan bersama jururawat, mereka diperkenalkan dengan satu tip pemakanan yang ringkas tetapi konsisten, iaitu pengambilan kurma dan pati delima sebagai rutin harian.
Kedua-dua bahan ini dikenali sebagai sumber semula jadi yang kaya dengan nutrien penting, terutamanya zat besi dan antioksidan, yang membantu menyokong pembentukan sel darah merah.
Apa yang menarik, rutin yang diamalkan sangat mudah dan tidak membebankan ibu hamil, terutama bagi mereka yang mudah loya atau kurang selera makan.
Rutin harian yang diamalkan:
Pagi: Satu sudu pati delima bersama tiga biji kurma Malam: Satu sudu pati delima
Kurma dijadikan snek harian, manakala pati delima diambil secara konsisten mengikut saranan jururawat. Menurut suami tersebut, perubahan positif mula dapat dilihat selepas beberapa minggu mengamalkan rutin ini.
“Pati delima memang nampak membantu. Isteri pun tak cepat letih dan lebih bertenaga,” katanya.
Kombinasi kurma dan pati delima ini dikatakan sangat sesuai untuk ibu hamil yang kurang mengambil sayur dalam diet harian. Bagi sesetengah wanita mengandung, sayur boleh menyebabkan loya atau hilang selera makan.
Dalam situasi ini, pengambilan makanan alternatif yang berkhasiat dapat membantu melengkapkan keperluan nutrien, khususnya zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah.
Antara manfaat utama pengambilan kurma dan pati delima semasa hamil termasuklah membantu meningkatkan paras Hb secara semula jadi kerana kandungan zat besi dan vitamin C, mengurangkan risiko anemia serta menyokong tahap tenaga harian ibu.
Selain itu, nutrien yang mencukupi turut menyokong perkembangan bayi dalam kandungan, termasuk perkembangan otak dan jantung, menguatkan sistem imun ibu serta melancarkan penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit.
Kurma juga sering dikaitkan dengan manfaat ketika bersalin. Beberapa kajian mendapati pengambilan kurma secara konsisten di akhir kehamilan boleh membantu kontraksi yang lebih efisien, tempoh bersalin yang lebih singkat serta risiko koyakan yang lebih rendah.
Perkongsian ini menjadi peringatan bahawa peranan suami bukan sekadar menemani isteri ke klinik, tetapi turut memainkan peranan penting dalam memastikan pemakanan dan kesihatan isteri terjaga sepanjang kehamilan.
Kadangkala, usaha kecil seperti menyediakan snek berkhasiat, mengingatkan rutin harian dan memberi sokongan emosi sudah cukup memberi kesan besar kepada kesejahteraan ibu dan bayi dalam kandungan.
Kerana kehamilan adalah perjalanan berdua, sokongan suami adalah kekuatan utama buat seorang ibu.
Tahniah buat Dr Amalina Che Bakri dan suami tercinta, Alexander Charles yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka! Pasangan ini selamat menyambut kehadiran seorang bayi perempuan comel yang diberi nama Aurora.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Dr Amalina menerusi akaun Instagram beliau dengan kapsyen yang cukup manis dan menyentuh hati. Dalam coretannya, beliau menzahirkan rasa syukur atas kelahiran si comel yang kini melengkapkan lagi keluarga kecil mereka.
“Dari tiga sekeluarga kini menjadi empat. Kenali cinta baru dalam hidup kami, Aurora.
“Arabella sangat teruja menjadi kakak. Alhamdulillah,” kata Dr Amalina.
Berdasarkan perkongsian itu, Dr Amalina menandakan Hospital St. Thomas di London sebagai lokasi dipercayai tempat kelahiran Aurora.
Dr Amalina turut memuat naik empat keping gambar bersama bayinya termasuk gambar suaminya, Alexander Charles dan puteri sulung, Arabella Mia.
Ruangan komen media sosial beliau dihujani ucapan tahniah dan doa daripada para pengikut, rakan selebriti dan netizen yang turut tumpang gembira dengan kelahiran Aurora. Ramai yang teruja melihat wajah si kecil dan tak sabar nak lihat Arabella bermain bersama adik tersayang.
Selamat berpantang buat Dr Amalina dan tahniah atas kelahiran Aurora!
Semoga keluarga ini sentiasa diberkati, dan kedua-dua puteri membesar sihat, bijak serta dikelilingi kasih sayang yang melimpah ruah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jahitan bersalin terbuka boleh berlaku selepas melahirkan anak dan meningkatkan risiko jangkitan jika tidak dirawat. Ketahui punca, tanda bahaya, rawatan serta tip penjagaan luka untuk mempercepatkan proses penyembuhan.