Ads

Comelnya Biskut Bayi Warna Merah Jambu, Bukan Guna Pewarna Tiruan Tau. Ibu Ini Kongsi Resipinya

Comel sangat biskut ini! Warna semula jadi daripada puri buah tentu akan menarik minat si manja untuk menikmatinya.

Puan Noraniza Osman berkongsi resipi ini setelah menyediakan biskut ini untuk anaknya, Iyad yang berusia 10 bulan. Katanya ia adalah stok makanan jejari untuk anaknya dan bekalan balik kampung pada hari raya haji. Rupa cantik dan warna menarik pada biskut ini amat menarik kerana dia telah menggunakan buah naga.

Comelnya Biskut Bayi Warna Merah Jambu, Bukan Guna Pewarna Tiruan Tau. Ibu Ini Kongsi Resipinya

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • 1 buku unsalted butter (mentega tanpa garam)
  • 2-3 cawan tepung gandum unbleached
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • Puri buah (untuk biskut dalam gambar, puri buah naga telah digunakan)

CARA PENYEDIAAN

  1. Mentega dipukul sehingga kembang.
  2. Masukkan puri buah dan kaup balik untuk sebatikan.
  3. Masukkan pula tepung jagung dan tepung gandum. Adun sampai adunan tidak melekat pada tangan.
  4. Bakar pada suhu 170-180°c selama 10-15mnit mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Comelnya Biskut Bayi Warna Merah Jambu, Bukan Guna Pewarna Tiruan Tau. Ibu Ini Kongsi Resipinya

Ads

Menerusi ruang komen dalam Puan Noraniza memberitahu jumlah buah naga yang digunakan ialah kira-kira setengah biji manakala buah kurma pula 10 biji. Tepung unbleach yang digunakan pula dicadangkan dari jenama Faiza atau Rose.

Selain itu, banyak tip dikongsikan pada ruangan komen berkaitan resepi ini.

BISKUT INI CAIR DI MULUT

Ads

Comelnya Biskut Bayi Warna Merah Jambu, Bukan Guna Pewarna Tiruan Tau. Ibu Ini Kongsi Resipinya

TEPUNG YANG DIGUNAKAN

Comelnya Biskut Bayi Warna Merah Jambu, Bukan Guna Pewarna Tiruan Tau. Ibu Ini Kongsi Resipinya Comelnya Biskut Bayi Warna Merah Jambu, Bukan Guna Pewarna Tiruan Tau. Ibu Ini Kongsi Resipinya Comelnya Biskut Bayi Warna Merah Jambu, Bukan Guna Pewarna Tiruan Tau. Ibu Ini Kongsi Resipinya

Ads

Sumber: Puan Noraniza Osman

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ruang Terapi Sensori Percuma Bantu Perkembangan Anak Istimewa, Legakan Beban Ibu...

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald membantu ribuan anak istimewa di Malaysia melalui terapi percuma yang selamat, komprehensif dan mesra keluarga.