Sebut je cheese ramai yang membayangkan kesedapannya. Dengan rasanya yang lemak-lemak pasti buatkan sesiapa je menggemarinya. Sebelum ini trend Burnt Cheese Cake berjaya tawan hati peminat cheese.

Ok kali ni, resipi roti burnt cheese cake pula untuk anda yang nak jimat masa tetapi kesedapannya lebih kurang sama. Cumanya hanya guna roti dan disapu krim cheese untuk dijadikan topping.

Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Ida Osman.

Serius, sedap sangat pada tekak saya. Alhamdulillah tak sedar berkeping-keping masuk perut.

Roti Burnt Cheese Terlajak Sedap. Cara Buatnya Simple, Rasa Memang Padu!

BREAD WITH BASQUE BURNT CHEESE TOPPING… (sapuan untuk 8-10 keping roti)

IKLAN

100gm cream cheese
2keping keju cheddar disiat2
40gm susu cair
40gm gula caster
20gm butter tawar
2bj kuning telur
1/4st esen vanilla

Roti Burnt Cheese Terlajak Sedap. Cara Buatnya Simple, Rasa Memang Padu!

Dengan menggunakan api perlahan, panaskan cream cheese, keju slice dan susu hingga keju-keju cair. Sentiasa kacau bagi mengelakkan keju hangus. Masukkan gula.

IKLAN

Setelah gula larut masukkan butter, kacau hingga butter sebati baru masukkan kuning telur. Kacau tanpa henti hingga adunan pekat seperti kastad. Matikan api dan masukkan esen. Kacau

Roti Burnt Cheese Terlajak Sedap. Cara Buatnya Simple, Rasa Memang Padu!

Sapu kastad ni di atas roti. Susun dalam dulang pembakar dan bakar suhu 200 kira-kira 10 minit atau sehingga bahagian topping kelihatan hangus.

IKLAN

Roti Burnt Cheese Terlajak Sedap. Cara Buatnya Simple, Rasa Memang Padu!

**jangan bakar terlalu lama.. kastad keju akan mengering.
**cara menyapu kastad keju bergntung pada selera masing-masing. Pada saya lagi tebal kastad lagi sedap rasanya.

Kredit: Ida Osman

Roti Burnt Cheese Terlajak Sedap. Cara Buatnya Simple, Rasa Memang Padu!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI