Comelnya Biskut Bayi Warna Merah Jambu, Bukan Guna Pewarna Tiruan Tau. Ibu Ini Kongsi Resipinya

Share

Comel sangat biskut ini! Warna semula jadi daripada puri buah tentu akan menarik minat si manja untuk menikmatinya.

Puan Noraniza Osman berkongsi resipi ini setelah menyediakan biskut ini untuk anaknya, Iyad yang berusia 10 bulan. Katanya ia adalah stok makanan jejari untuk anaknya dan bekalan balik kampung pada hari raya haji. Rupa cantik dan warna menarik pada biskut ini amat menarik kerana dia telah menggunakan buah naga.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • 1 buku unsalted butter (mentega tanpa garam)
  • 2-3 cawan tepung gandum unbleached
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • Puri buah (untuk biskut dalam gambar, puri buah naga telah digunakan)

CARA PENYEDIAAN

  1. Mentega dipukul sehingga kembang.
  2. Masukkan puri buah dan kaup balik untuk sebatikan.
  3. Masukkan pula tepung jagung dan tepung gandum. Adun sampai adunan tidak melekat pada tangan.
  4. Bakar pada suhu 170-180°c selama 10-15mnit mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Menerusi ruang komen dalam Puan Noraniza memberitahu jumlah buah naga yang digunakan ialah kira-kira setengah biji manakala buah kurma pula 10 biji. Tepung unbleach yang digunakan pula dicadangkan dari jenama Faiza atau Rose.

Selain itu, banyak tip dikongsikan pada ruangan komen berkaitan resepi ini.

BISKUT INI CAIR DI MULUT

TEPUNG YANG DIGUNAKAN

Sumber: Puan Noraniza Osman

 

 

 

IKLAN