“Terima kasih Allah”. Begitu yang dikongsikan oleh pereka fesyen terkemuka tanah air, Rizman Nordin dalam sebuah video bersempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang pertama. Terima kasihnya tanda syukur kerana dianugerahkan seribu kebahagiaan dan kehidupannya kini.
Menerusi laman sosial Instagram, Rizman memuat naik sebuah video romantis khusus dibingkaskan buat isteri tercintanya, Nurida Suraya yang baru sahaja melahirkan bayi sulung perempuan mereka pada 2 September lalu.
Video berdurasi 3.57 minit itu cukup romantis malah menyentuh hati. Satu bingkisan istimewa daripadanya.
“Happy anniversary sayang @nuridasuraya. Ours,” tulis Rizman ringkas tetapi penuh bermakna.
Dengan alunan muzik yang romantis, satu demi satu momen indah dikongsikan olehnya. Bermula daripada persiapan menjelang majlis pernikahan, majlis perkahwinan dan tidak kurang juga aksi-aksi romantis mereka ketika pasangan ini bulan madu.
Bukan itu sahaja, malah momen di mana Nurida disahkan hamil serta saat kelahiran puteri sulung mereka, Rizqaa turut dikongsikan Rizman. Semuanya momen-momen paling bermakna dan cukup membahagiakan pasangan ini
“Terima kasih menjadi suami yang baik”
Sementara itu, Nurida juga tidak ketinggalan memuat naik sekeping foto ketika hari pernikahannya di laman Instagram miliknya.
“One year ago today. Happy anniversary my sayang. Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik. Saya cinta awak sangat-sangat dan untuk seribu tahun lagi untuk kita insya-Allah,” tulis Nurida untuk suaminya.
Dalam pada itu, perkongsian Rizman itu turut dihujani dengan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan ini. Semoga kasih sayang terus utuh dan berpanjangan hingga ke Jannah.
Sekadar informasi, pasangan romantis ini dinikahkan pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur. Kini selepas setahun berkahwin, kebahagiaan bertambah sempurna semenjak kehadiran anak perempuan mereka, Rizqaa Rizman yang dilahirkan pada 2 September lalu. Happy anniversary!
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Merakam setiap detik indah wajah bayi kesayangan seakan menjadi lumrah bagi ibu yang baru melahirkan. Sebolehnya setiap momen anak dirakam sehingga memenuhi ruang telefon peribadi. Itu lumrah.
Tidak terkecuali kepada pelakon popular, Fasha Sandha yang berkongsi foto anak bongsunya, Aisha Amaira yang baru memasuki usia dua minggu. Lebih teruja, Fasha sendiri turun padang merakam detik indah si comelnya.
Aisha yang dilahirkan pada 7 Ogos lalu membesar dengan sihat berkat susu ibu yang mencukupi buatnya. Wajah Aisha yang dikongsikan Fasha amat comel sekali, persis kecantikan ibunya.
Fasha juga sempat meluahkan rasa gembiranya dengan perkembangan si comel ketiganya itu.
“Assalamualaikum kesayangan ibu, hari ini Aisha dah dua minggu, Aisha membesar dengan jayanya kan, terima kasih susu ibu.
“Hari ini ibu rajin, jadi photographer untuk Aisha, pandai kan ibu Aisha jadi photographer,” tulis Fasha sebagai kapsyen.
Entri tersebut semestinya menarik perhatian wargamaya yang ‘jatuh hati’ dengan kecomelan Aisha. Rata-rata mereka turut mendoakan agar Aisha membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Pernah dua kali keguguran, Aisha berkat usaha dan doa berterusan
Terdahulu sebelumnya, Fasha turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas kelahiran si comelnya itu sambil berkongsi makna nama Aisha Amaira yang membawa maksud “Bahagia dan Cantik Selamanya”.
Bukan itu sahaja, malah Fasha turut meluahkan rasa syukurnya sebelum dua kali keguguran sebelum dapat Aisha. Berkat usaha dan tak pernah putus asa serta tak putus doa pada Allah, akhirnya Aisha hadir menyerikan keluarga kecil ini.
Malah Fasha juga turut mendoakan ibu-ibu yang senasib dengannya agar terus berusaha untuk mendapatkan zuriat. Yakinlah bahawa perancangan Allah itu adalah paling terbaik dalam hidup kita.
Kalau sebut je nama Famili Durian Kimchi, memang ramai yang terus terbayang keluarga mix Korea-Malaysia yang penuh dengan aura positif, humble dan cukup unik.
Perkongsian video yang sering menghiburkan, membuatkan ramai teruja untuk terus menonton satu demi video keluarga ini.
Keluarga ini diulit bahagia dengan kecomelan dan gelagat anak sulungnya. Ryzal Ibrahim dan isterinya Maryam You Narae memang dikenali kerana gaya keibubapaan yang santai tapi sangat berkesan terutamanya bab pemakanan anak.
Terbaru, menerusi instagram duriankimchijunior, mereka sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila si comel Rina, anak sulung mereka, dengan selamba makan sup kaki ayam tanpa sebarang rasa geli atau ragu!
Dengan hastage #kakiayam#mukbang.. nyata gelagat anakya telah meraih perhatian ramai.
Biasanya bila sebut sup kaki ayam, terus ramai yang angkat kening. Ada yang geli, ada yang sanggup tolak tepi walaupun sedap.
Tapi si kecil Rina, siap makan dengan penuh berselera dan gaya tersendiri pakai spek mata hitam lagi! Memang vibes dia lain macam.
Ramai netizen yang teruja dan kagum di ruangan komen. Ada yang kata:
Sebenarnya, tak hairan pun bila tengok Rina tak memilih makanan. Dari dulu lagi Maryam memang tekankan konsep pemakanan real food dalam kehidupan anaknya.
Tiada makanan proses berlebihan, tiada manja-manja bab makan. Hasilnya, Rina makan apa saja yang dihidangkan, termasuklah sup kaki ayam yang terkenal dengan khasiat kolagen dan bagus untuk kesihatan sendi serta pertumbuhan kanak-kanak.
Sup kaki ayam juga dikatakan baik untuk sistem imun, tinggi protein dan bagus untuk perkembangan tulang si kecil. Jadi bukan sekadar sedap, tapi memang banyak manfaat untuk tubuh badan anak yang sedang membesar.
Bila tengok cara Maryam dan Ryzal didik anak, memang rasa kagum. Sederhana tapi penuh nilai. Anak kecil diajar menghargai makanan, tidak memilih, dan membesar dengan sihat secara semula jadi. Parenting goals betul!
Kes tragis melibatkan bayi berusia dua bulan yang meninggal dunia ketika sesi penyusuan menjadi peringatan penting tentang keselamatan penyusuan bayi dan langkah pencegahan yang perlu diketahui ibu bapa.