Rabu lalu pereka fesyen terkenal Rizman Nordin mengumumkan berita mengenai kelahiran puteri sulungnya, sehari selepas berita gembira itu, Rizman dilihat membuka akaun Instagram buat si kecil yang comel ini.
Akaun peribadi bayinya itu menggunakan nama @rizqaarizman itu mula memuat naik foto pertamanya yang comel.
Sejak itu, ramai wargamaya yang meninggalkan komen di Instagram Rizman dengan menyatakan betapa bertuahnya RIzqaa kerana bakal disarungkan dengan busana indah rekaan bapanya sendiri.
Kata-kata tersebut menjadi kenyataan apabila Rizman memuat naik foto Rizqaa memakai baju bayi dengan label RR di akaun IG anak sulungnya itu.
“Yes what i said is true! Dia lahir-lahir mesti akan pakai baju brand bapak dia @rizman.n so cutee @rizqaarizman!, “ tulis seorang pengikut di IG Rizqaa, teruja.
Ads
Selain itu, ada juga pengikut yang mahu Rizman mengeluarkan rekaan khusus untuk pakaian bayi pula selepas ini.
“Mungkin Rizman boleh keluarkan baju baby pulak lepas ni. Cantik la baju baby tu,” cadang seorang pengikut lagi.
Rabu lalu, pemilik jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka.
Berita gembira tersebut diumumkan Rizman menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira pukul 11 pagi.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Tahukah anda, masalah lidah pendek dalam kalangan bayi sebenarnya boleh memberikan kesan terhadap tumbesarannya kelak? Jika anda ingin tahu apakah kesan lidah bayi pendek, teruskan bacaan anda menerusi penulisan ini.
Apa itu masalah lidah pendek?
Dalam istilah perubatan, ia disebut sebagai ankiloglossia (ankyloglossia). Keadaan ini juga dikenali sebagai tongue tie dalam bahasa Inggeris.
Ia merupakan satu keadaan yang menyekat atau membataskan pergerakan lidah bayi sejak dilahirkan.
Ia berlaku apabila lidah bayi kekal melekat dengan dasar mulutnya dan menjadikan otot nipis di bawah lidah atau frenulum terlalu pendek.
Dengan itu, pergerakan lidah akan menjadi terhad dan sekali gus mengganggu fungsi lidah bayi.
Apakah tanda-tanda lidah pendek dalam kalangan bayi dan kanak-kanak?
Tanda atau simptom lidah pendek dalam kalangan bayi boleh dikategorikan sebagai sederhana atau teruk.
Lidah bayi mungkin kelihatan seperti berbentuk jantung atau mungkin mempunyai takuk di dalamnya.
Antara tanda-tanda atau simptom bayi anda mengalami masalah lidah pendek ialah:
Bagi kanak-kanak pula, antara tanda mereka mengalami masalah ini ialah:
Klasifikasi ini telah digunakan secara meluas dalam dunia perubatan.
Dalam Klasifikasi Hazelbaker, terdapat empat jenis kategori lidah pendek:
Jenis 1
Otot nipis di bawah lidah atau frenulum mempunyai ciri yang nipis dan elastik.
Ia melekat pada hujung lidah sehingga ke bahagian dalam rongga mulut. Jika dilihat dari hadapan, ia kelihatan seperti bentuk jantung (love).
Jenis 2
Otot nipis di bawah lidah mempunyai ciri yang nipis dan elastik. Ia berada hanya 2 hingga 4 milimeter daripada hujung lidah dan melekat ke bahagian dalam rongga mulut.
Jenis 3
Frenulum atau otot nipis di bawah lidah bersifat lebih tebal, berserabut dan tidak elastik. Ia melekatkan bawah tengah lidah dengan dasar mulut bayi.
Jenis 4
Frenulum atau otot nipis di bawah lidah tidak kelihatan, namun masih boleh dirasai. Ia bersifat tebal, berserabut dan melekat daripada dasar bawah lidah ke bahagian dasar mulut bayi.
Selain daripada Klasifikasi Hazelbaker, anda juga boleh menggunakan alat penilaian TABBY untuk menilai masalah lidah pendek bayi anda.
Ini kesan tongue tie terhadap anak anda
Apabila berlakunya masalah lidah bayi pendek, ia sememangnya boleh memberikan kesan atau impak terhadap bayi tersebut.
Kesan ini akan semakin jelas apabila bayi semakin membesar.
Antara kesan utama lidah anak pendek ialah:
#1. Kesan terhadap penyusuan
Bayi dengan keadaan lidah yang normal tidak mempunyai masalah untuk menyusu dengan selesa.
Namun, bagi bayi yang mempunyai masalah frenulum yang pendek, mereka akan sukar untuk menghisap puting sewaktu disusukan.
Bukan itu sahaja, puting payudara ibu juga akan mudah mengalami luka dan melecet setiap kali menyusukan bayi.
Apabila bayi tidak dapat menyusu dengan baik, maka mereka tidak akan mendapat nutrisi daripada susu secukupnya.
#2. Kesan terhadap proses kunyahan dan menelan makanan
Bayi dengan lidah yang normal tidak mempunyai masalah yang besar untuk mengunyah dan menelan makanan.
Ini kerana lidah dapat membantu menggerakkan makanan dalam mulut dengan baik dan berkebolehan menolak makanan ke dalam tekak sewaktu menelannya.
Namun, bagi masalah tongue tie, makanan akan menjadi sukar untuk digerakkan dalam mulut.
Selain itu, karies gigi juga lebih mudah terbentuk memandangkan lidah tidak dapat membersihkan sisa makanan pada celah gigi atau bawah lidah dengan berkesan.
#3. Kesan terhadap pertuturan
Otot lidah yang normal boleh membuat pelbagai gerakan untuk menghasilkan bunyi perkataan atau percakapan.
Namun, bagi masalah frenulum atau otot nipis di bawah lidah yang pendek, ia akan mengganggu kualiti pertuturan bayi atau kanak-kanak.
Sebutan bayi atau kanak-kanak akan menjadi tidak betul, kelajuan percakapan yang tidak sama, ritma sebutan yang terganggu selain sebutan yang kurang jelas.
#4. Kesan terhadap kehidupan sosial
Apabila bayi anda membesar dan memasuki alam kanak-kanak, mereka akan berdepan dengan beberapa masalah yang berkaitan aktiviti sosial.
Disebabkan mereka tidak mampu untuk bercakap, meniup, dan menjilat dengan baik, maka mereka mungkin akan menolak atau tidak dapat menyertai sebarang aktiviti bersama rakan-rakan.
Masalah ini juga akan membuatkan mereka berasa malu dan rendah diri di hadapan rakan-rakan yang lain.
Jadi, ibu bapa perlu kenal pasti perkembangan setiap anak-anak agar lebih awal bertindak.
Pelakon Eyra Hazali telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam pada jam 2.18 petang.
Berita itu dikongsi oleh Eyra dan suami, Haziq Nadzli penjaga gawang gol untuk pasukan JDT menerusi akaun Instagram masing-masing.
Sebelum ini Pa&Ma ada memaparkan perkongsian pasangan ini yang mana Eyra sudahpun dimasukkan ke wad bersalin dan menunggu masa untuk melahirkan.
Tak sampai dua hari, semalam pelakon Mr Grey ini berkongsi di Insta Story dan juga melalui posting di akaun media sosialnya memuat naik gambar bersama cahaya mata sulung mereka.
Dalam posting Eyra turut mendedahkan nama anak pertama mereka itu. Memilih nama Muhammad Hayder Qhalish sebagai pilihan untuk putera sulung mereka.
“Alhamdulillah, Muhammad Hayder Qhalish bin Muhammad Haziq.Friday, 14/08/2020 at 14:18,” tulisnya.
Manakala di akaun Instagram suaminya juga turut memuat naik gambar yang sama dengan kapsyen yang memanjatkan rasa syukur dengan kurniaan Allah.
Haziq juga dalam kapsyennya menulis semoga keluarga kecil mereka dilindungi dan diberkati Allah. Dia juga turut menzahirkan ucapan terima kasih buat isteri tercinta.
“Alhamdulillah 14.08.2020 14:18pm !! Muhammad Hayder Qhalish hadir dalam keluarga kecil kami @eyra.hazali
“semoga keluarga kecil kami dilindungi dan diberkati Allah. Thank you so much sayang @eyra.hazali,” kongsinya.
Dalam pada itu, di ruangan komen kedua akaun media sosial milik mereka berdua, ramai rakan artis, rakan-rakan pemain bolasepak dan juga peminat turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.
Setelah enam hari dalam wad, anak Rebecca Nur Al Islam, Ahmet Reaggan dibenarkan pulang. Air dalam paru-paru jadi puncanya.
Memang tiada ibu yang boleh berpisah dengan anaknya, tambahan lagi jika bayi yang baru dilahirkan. Anak Datin Rebecca Nur Al Islam telah ditahan di wad selama 6 hari dan akhirnya dibenarkan pulang semalam.
AIR DALAM PARU-PARU PUNCA BAYI DITAHAN DI WAD
Ahmet Reaggan ialah nama anak kelima beliau. Bayi yang dilahirkan menerusi pembedahan caeseraean ini difahamkan y telah ditahan di wad kerana mempunyai air di dalam paru-paru.
Kata beliau menerusi Instagram, ramai yang telah menghantar mesej menerusi DM di Instagram bertanya khabar mengenai bayinya dan mendoakan yang baik-baik untuk bayinya.
Di dalam posting terbaru, wajah bayinya telah didedahkan. Datin Rebecca juga turut berkongsi yang bayi kecilnya itu sudah mempunyai akaun Instagram yang dikendalikan oleh beliau.