Kita selalu disogokkan agar jangan membuat perbandingan dengan anak orang lain namun sebenarnya perbandingan yang sihat sebenarnya baik untuk anak kita.
Disitulah kita dapat melihat dan menilai perbezaan kedua-duanya. Bukan membuat perbandingan negatif tetapi pandanglah dari sudut yang positif.
Inilah yang dikongsikan oleh seorang bapa, Mohd Yazid Ismail, yang sering berkongsi mengenai kehidupan berkeluarga. Benar kata beliau, kita ambillah dari sudut yang positif untuk terus membentuk anak kita.
Ada orang kata tak elok kita comparekan anak kita dengan anak orang lain sebab semua anak berbeza dan unik. Maka dikeluarkan segala formula yang menyokong betapa tak eloknya kalau comparekan anak-anak.
IKLAN
Sebenarnya bagi saya, kita boleh compare tapi secara positif dan berhikmah. Contoh kita tengok anak jiran sebelah walaupun sama umur 7 tahun tapi anak dia dah pandai membaca dengan lancar. Anak kita belum pandai. Kita compare dan usahakanlah dengan berhikmah supaya anak kita jadi pandai juga.
Jangan bagi alasan “biarlah anak kita tak pandai sebab setiap anak kan berbeza” nanti pandai la tu bila dah sampai masa.
Dengan menggunakan alasan begini maka semua keburukan dan kekurangan anak dibiarkan. Ia boleh menjadi barah yang merbahaya.
IKLAN
Kalau tengok anak orang lain sopan santun bila bercakap dengan orang tua, sila comparekan dengan anak kita dan baiki untuk ke arah yang lebih baik supaya jadi macam anak orang lain yang sopan itu.
Comparelah dari sudut yang baik dan dengan cara positif. Jangan tak compare langsung nanti rugi terlepas banyak kebaikan.
IKLAN
Malah kita orang dewasa pun bagus comparekan diri dengan orang lain untuk ke arah kebaikan dunia dan akhirat.
Tidak dinafikan bila melahirkan anak, masa dan peluang untuk kita ke masjid semakin terbatas. Bimbang anak kecil menangis di masjid, begitu juga mengganggu ahli masjid lain. Namun hati melonjak-lonjak dan terlalu rindukan suasana di masjid.
Idea dan perkongsian saudara Mohammad Yaakub Yusra ini antara yang boleh dilakukan kerana ia amat membantu untuk mak ayah melakukan solat dengan lebih tenang ketika membawa anak ke masjid. Mewujudkan satu ruang mainan untuk anak-anak antara cadangan bernas. Jom ikuti perkongsian beliau.
SUDUT MAINAN ANAK-ANAK DI MASJID
Seronok kan kalau setiap masjid disediakan ruangan khas buat anak-anak kecil, dalam masa yang sama buat kempen anak-anak buat kerja sekolah di Masjid.
Mak ayah boleh attend pengajian dan Me Time di masjid antara maghrib ke Isyak, anak-anak bagi ada “nursery” di masjid. Its A Good therapy.
Masjid upahlah seorang “pengasuh” untuk bantu tengok anak-anak ni, yang kecik-kecik bagilah depa main yang bersekolah bantu guide untuk buat kerja sekolah.
Tak miskin pun masjid kalau bayar 1 malam (2-3 jam) elaun 20 ringgit untuk pengasuh.
Kita nampak mungkin macam tak dak apa, tapi pada emosi dan nilai agama pada anak-anak kecil sangatlah besar. Mana mungkin mereka cintakan masjid surau jika tidak diikat dari umur kecil.
Ni antara aktiviti yang akan diusahakan jika tidak ada program malam, ajak anak-anak buat tour cari masjid yang ranciak-riancak 😂😂.
Doakan ya. Siap masjid MADAD ramadhan nanti antara benda yang akan saya wajib wujudkan adalah ruangan khas Nursery kanak-kanak siap pengasuh. Makpak sembahyang dengan tenang, anak-anak biaq main kat belakang.
p/s : Tak payah la marah bila anak-anak kecik ni bermain dalam masjid sebab fitrah depa suka main, yang perlu di marah dah tua-tua pun tak reti mai masjid.
Macam-macam gelagat anak kecil kita. Ada yang suka mandi kolam tapi tak nak naik. Ada yang suka masuk kedai mainan tapi nak bawa balik mainan dan pelbagai lagi ragam. Namun inilah yang dikatakan anak kecil.
Namun jangan dibiarkan anak dengan fasa individual ini lama-lama. Cepat-cepat ajar anak untuk ‘move on’ dan beritahu anak sebabnya. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Pn Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist dari BEYOND Home Therapy mengenai masalah ini. Cepat-cepat betulkan dengan tip ini.
Mandi, nak mandi lama-lama. Pergi playground, tak nak balik. Pergi “supermarket”, nak lari ke sana ke mari. Main mainan orang lain, tak nak pulang. Pergi kedai mainan, nak bawa mainan keluar dari kedai.
Anak saya pun ada ciri-ciri diatas sebelum ini, memang susah sangat nak “move on” bila pergi ke sesuatu tempat atau pinjam mainan di mana-mana. Semua dia nak buat harta sendiri dan rumah sendiri.
Puncanya adalah kerana semasa ini anak tak tahu lagi semua barang dia jumpa atau main bukan hak milik dia. Anak ingat bila main mainan itu, automatik dah jadi hak milik dia.
Saya pasti ramai juga mak ayah yang mengalami masalah ini, selalunya akan bermula dalam lingkungan 1 tahun 3 bulan ke atas. Yang mana belum tunjukkan ciri-ciri ini, ayuhlah bersedia mental dan fizikal.
Pertama, mak ayah perlu fikir positif sebab memang fitrah budak-budak suka bermain. Selagi tak penat dan tenaga mereka ada bateri selagi itu anak tak nak balik. Selagi belum bosan main mainan baru selagi itu mereka tak nak lepaskan.
Tapi masalah akan timbul bila setiap kali anak merengek tak nak balik, kita turutkan. Bila anak menangis nak bawa mainan keluar, kita ambil dan belikan. Belajar untuk “move on”pun penting dalam perkembangan anak.
Untuk mengelakkan masalah besar dikemudian hari apabila setiap kali anak pergi supermarket akan ada episod amukan anak. Baik kalian mulakan awal.
Memang kalau boleh kita nak bagi semua benda pada anak, tapi ada masanya anak juga perlu hormat keputusan mak ayah dan belajar bertolak ansur kerana tak semua dikehendaki dia akan dapat. Realiti kehidupan sebenar pun tidak sebegitu.
Jadi ini tips saya untuk bantu anak “move on” dari sesuatu yang anak suka. Mulakan seawal mungkin kalau anak dah mula faham.
1. Konsep kepunyaan. Konsep ini sebenarnya dah boleh diajar seawal umur 1 tahun kerana waktu ini perkembangan emosi anak dah berkembang dan normal waktu ini anak dah mula tahu diri sendiri berbeza dengan mak ayah. Bila pergi ke mana-mana tempat yang ada mainan, beritahu anak yang mainan itu bukan anak punya. Cara untuk ajar senang sahaja, mulakan dengan benda harian. Contohnya dalam kes saya dan anak saya;
“Ini baju Mummy, ini baju Eva” atau “Mummy punya, Eva punya”.
Kalau anak pegang atau bermain dengan barang bukan kepunyaannya, beritahu awal-awal yang barang itu orang lain punya sebelum mereka mula ada “attachment” dengan barang tersebut.
2. Kaedah bercerita (“story telling”) Beritahu anak tempat mana yang kita akan tuju supaya dia mula “lepaskan” perasaan seronok lebih awal. Kalau mak ayah dah tahu atau dah biasa ke tempat itu, ceritakan pada anak tujuan ke tempat itu, pergi berapa lama, apa yang ada disana dan sebagainya. Involve anak dalam setiap apa yang kita lakukan supaya anak rasa dihargai dan dihormati.
3. Time out. Ingatkan anak masa yang anak dibenarkan main. Kalau anak yang umur bawah 2 tahun mungkin kena ada “distractions” untuk tinggalkan tempat yang anak tak nak balik. Kalau dah lebih 2 tahun boleh beritahu kenapa kena balik contohnya:
“Jom, jalan-jalan” “Jom balik, kita pergi makan”
Kalau anak dah tahu masa, boleh beritahu masa anak dibenarkan main supaya dia “mentally prepared” dan gunakan masa dengan sebaiknya. Disarankan untuk ingatkan anak 30 minit, 10 minit dan 5 minit sebelum.
Point ini penting sangat untuk mengurangkan episod menangis. Kalau anak yang nak mandi lama-lama pun sama, mak ayah perlu tahu untuk manipulasi anak ikut kreativiti.
4. Belajar melepaskan barang. Ini adalah apa yang saya terapkan pada anak saya supaya cepat “move on” dan untuk mengelakkan satu rumah bersepah.
Anak umur bawah 2 tahun ini memang sangat naif, kalau dah sayang sesuatu benda mesti rasa nak bawa benda itu kemana-mana tetapi bila dah bosan mereka akan campak mainan merata-rata.
Jadi untuk mengelakkan satu rumah bersepah, mak ayah boleh cuba terapka konsep main mainan di satu tempat kalau nak pergi tempat lain anak kena tinggalkan dahulu.
Contohnya mainan masak-masak ada diruang tamu, kalau anak nak pergi bilik dia kena tinggalkan mainan dahulu. Masa awal-awal memang susah sebab kalau boleh anak nak bawa kemana-mana. Kalau saya dan anak saya, saya minta anak saya “bye” semua barang sebelum pergi.
Bila anak dah biasa dengan konsep ini, insyaAllah kurang dah episod anak pergi kemana-mana nak bawak balik mainan dan masalah rumah bersepah dengan mainan.
Konsep saya mudah, kalau kita nak dihormati oleh anak, hormat anak dahulu. Kalau kita nak anak bertolak ansur, kita pun perlu belajar bertolak ansur. Kalau kita nak anak dengar cakap kita, dengar cakap anak juga. Kalau kita nak anak ikut kita, kadang kala kita juga perlu ikut anak ke mana dia nak pergi. Give and take.
Jangan anggap anak seperti bayi yang tak tahu apa, tetapi anggaplah anak seperti individu yang tengah belajar tentang kehidupan.
Kesimpulannya sebelum anak belajar manipulate kita, ayuhlah kita manipulate anak dahulu. All the best!
Realiti kehidupan mak-mak sememangnya penuh dengan cabaran. Tak jadi singa tak sah! Terpaksa meninggikan suara untuk menenangkan anak-anak yang bermain dan membuat bising. Inilah realitinya.
Namun gelagat MUA yang cukup dikenali, MUA Bellaz memang menghiburkan. Itulah yang boleh digambarkan dengan keletah Mua Bellaz yang memarahi anak-anaknya.
Persis gaya seorang komando, Mua Bellaz meninggikan suaranya untuk menenangkan anak-anaknya yang bermain.
Menurut perkongsiannya di akaun Tik Tok dan Instagramnya, inilah realiti sebenar seorang ibu. Penuh sabar dalam mengawal dan mendidik anak-anak yang masih kecil.
“Depa tak tau mak depa komando, keluaq sora jantan ku dah. Tara besaq jenuh bertempit dengan depa,”tulisnya.
Malah kata Mua Bellaz lagi, walaupun hanya merakam momen indah itu dalam masa sembilan saat sahaja namun kesukaran dan cabarannya cukup dirasakan.
“Walaupun video ni 9 saat tapi inilah kenyataan.
“Sikit lagi nak dengaq sampai Kuala Kedah …hmmm,” tulisnya di kapsyen.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Mua Bellaz, tiga anaknya dilihat sedang melompat-lompat sambil menjerit-jerit. Apa yang menarik perhatian pastinya gaya komando Mua Bellaz yang begitu lantang namun bersahaja. Memang kelakar tapi cukup disukai pengikutnya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut setia Mua Bellaz di Tik Tok meninggalkan pelbagai reaksi. Masing-masing cukup terhibur dengan gaya dan suara jurusolek disenangi ramai itu.
Terdahulu, Mua Bellaz dikurniakan empat orang cahaya matanya yang terdiri dari dua cahaya mata perempuan dan dua orang lelaki.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Anak bila sakit, tentulah mak-mak yang paling risau. Paling sedih bila anak sakit tapi maknya pula tidak dapat cuti kerana kekangan tugas yang perlu dilunaskan segera.