Anak-anak kecil kita yang baru bersekolah sememangnya kurang mahir dalam menyusun buku mengikut jadual setiap hari Kitalah yang berperanan besar menyiapkan semuanya agar tiada buku yang tertinggal.
Nak lebih senang, file ringkas dan comel yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini mak-mak kena praktikkan. Barulah senang nak cari dan mudahkan anak.
Ramai betul aku jumpa murid buat gini. Mak mereka asing buku siap-siap dalam satu file, tulis subjek, tulis hari apa.
So senang murid keluarkan dari dalam beg, senang mereka nak susun jadual. Tak perlu tercari-cari lagi buku. Semua lengkap dalam satu file. Ada buku teks, ada buku aktiviti, ada buku tulis. Lengkap!
Ads
Jarang sangat la nak jumpa murid yang guna file gini silap bawa buku atau tertinggal buku. Memang bagus la cara ni.
File tu murah ja. Singgit ja satu.
Ads
Boleh tiru cara ni ya. Kemas, buku tak berselerak.
Kalau botol air pecah, hujan ke apa, buku tak basah dan tak rosak sebab dalam file plastik, mudah susun jadual dan tak ada lagi kes tertinggal buku.
Ads
Tahniah ibubapa yang guna cara ni. Suka aku tengok. Nanti anak-anak aku pun nak buat gini juga lah.
Jajan atau makanan ringan merupakan antara kudapan yang digemari ramai tak kira golongan dewasa apatah lagi kanak-kanak.
Kekerapan makan jajan boleh memberi banyak kesan buruk kepada kesihatan. Jika si kecil terlalu kerap makan jajan, ia akan menjejaskan selera makan mereka pada makanan berkhasiat.
Bila kurang makan makanan berkhasiat sudah tentu akan menjejaskan tahap tumbesaran dan perkembangan mereka secara sihat.
Dr Mazliana Mazlan berkongsi kenapa pengambilan jajan boleh merosakkan sel otak anak.
Jajan macam ni, boleh rosakkan sel otak anak.
Tak boleh jadi goodies untuk anak tadika.
Apa-apa je yang seagkatan dengan keropok macam ni, elakkan bagi pada anak tau.
Anak-anak kecil tak boleh makan keropok yang penuh dengan perasa tiruan.
Label ditulis ketam, udang, ikan, cheese, kentang, nampak sihat dan macam real food.
Tapi bila kita baca label tengok bahan ramuan yang digunakan, tak terkira betul banyaknya bahan yang kita langsung tak faham.
Bukan datang dari bahan makanan sebenar. Tapi banyak perasa dan perisi tiruan yang digunakan.
Bukan untuk anak kecil kita. Mereka tak boleh kenal dengan jajan ni semua okay.
Kita buat sama-sama ya. Cuba elakkan sehabis baik makanan tinggi perasa dan perisa tiruan macam ni.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Ajar Anak Lelaki Supaya Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Orang Perempuan supaya anak lelaki tak jadi BOSS Rumahtangga suatu hari nanti. Kebanyakkan ibu bapa sekarang hanya ajar anak perempuan untuk protect diri mereka, buat kerja rumah dan sebagainya.
Tapi ibu bapa lupa tentang anak lelaki, mereka juga harus diberi tunjuk ajar tentang apa yang boleh dan apa yang dilarang, tanggungjawab dan banyak lagi. Sifat lelaki sepatutnya melindungi wanita, jadi anda perlu sentiasa menasihati anak supaya menghormati perempuan. Ikuti perkongsian Dr. Taufiq;
1 – Jangan sentuh sembarangan
Ajar anak lelaki kita jangan sentuh perempuan yang bukan mahramnya.
Selama ni kita asyik ajar anak perempuan je supaya jerit dan lari jauh jauh kalau ada orang lain nak sentuh bibir, dada, fajar, punggung dan dubur tapi pernah tak kita ajar anak lelaki supaya jangan sentuh 4 titik tubuh ni terutamanya tubuh kawan perempuan dan sepupu sepupunya?
2 – Jangan Tabur Janji Sembarangan
Ajar kita supaya jangan berbohong dan tabur janji manis pada orang lain terutamanya perempuan
Kelebihan anak lelaki ni mulutnya sangat manis dan dia pandai memanipulasi emosi perempuan dengan suaranya dan percakapannya
Tu la kenapa kalau hukum anak tu kena berpada pada. Berbohong adalah salah satu mekanisma pertahanan diri. Anak mesti akan berbohong kalau nak lepaskan diri daripada hukuman yang keterlaluan. Dari situlah banyak lahirnya sifat terbiasa berbohong pada diri anak kita
3 – Jangan Tengok Sembarangan
Anak lelaki ni tinggi hormon Testosterone-nya. Tu lah kenapa anak lelaki lebih cepat teransang kalau melihat benda-benda yang terbuka auratnya walau sekecil kecil benda
Ajar anak kita tunduk pandangan dan tutup mata kalau ada iklan tak senonoh muncul masa tengah main game atau masa tengah tengok TV
ANAK PEREMPUAN NI LEMAH TELINGANYA KALAU DIPUJUK RAYU DAN DIGODA TETAPI ANAK LELAKI NI KELEMAHAN TERBESAR MEREKA ADALAH PADA MATANYA!
4 – Jangan Berkasar Pada Perempuan
Fizikal anak lelaki memang dicipta lebih kuat dan lebih tangkas daripada anak perempuan
Anak lelaki mempunyai otot yang lebih padat disebabkan oleh ‘testosterone-induced muscular hypertrophy’. Tulang, tendon dan ligament anak lelaki pun lebih kuat.
Kita kena bagitahu anak lelaki yang mereka ni sebenarnya dilahirkan untuk melindungi, bukannya menindas adik beradik perempuannya
5 – Jangan bebankan kerja rumah pada adik beradik perempuan
Bab kerja rumah sama je lelaki ke perempuan. Tak ada istilah lelaki itu raja, perempuan itu hamba
Kita juga kena ajar lelaki untuk menjadi pemimpin rumahtangga dan sama-sama membantu orang di bawah jagaannya
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memahami dan empati dengan keperitan pasangan
Kita taknak anak kita jadi BOS RUMAHTANGGA, kita nak anak kita jadi PEMIMPIN YANG DICINTAI SELURUH AHLI KELUARGANYA
Benda ni sangat penting tapi saya rasa masih ramai mak ayah di luar sana yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye.
Sumber: Facebook Dr.Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mana-mana anak kecil pastinya tidak selesa dan mula menangis bila mana berada bersama orang yang asing, yang jarang bersama mereka.
Penampilan seorang bapa yang tiba-tiba merubah penampilan pada wajah dan memotong rambut panjangnya buat anak-anak mula menangis kerana tidak mengenali bapanya.
Dua beradik ini pada mulanya curiga dan tidak mengenali wajah dan penampilan baru ayah mereka mula rasa tidak selesa dan terus menangis menarik perhatian ramai.
Seorang pengguna Tik Tok, @pojie_husny yang juga bapa kepada dua beranak ini turut memuat naik videonya ketika proses memotong rambut.
“Lima tahun tak pernah potong rambut.
“Anak-anak dah tak kenal ayah sendiri…haha jem,” tulisnya berkongsi.
Apa yang menarik perhatian, dua beradik itu juga rupanya turut di bawa ke kedai gunting rambut supaya melihat sendiri perbezaan ayah mereka namun berubah muka keduanya sebaik rambut ayah mereka dipotong pendek.
“Masalah nya dah bawak, lepas gunting depan dia terus muka lain. Cari ayah dia, jeng terus,” katanya lagi.
Apa yang menarik perhatian bukan hanya aksi comel dua beradik ini bahkan juga wajah bapa yang kelihatan amat berbeza turut mendapat perhatian ramai.
Dari watak ganas dengan rambut yang panjang bertukar menjadi kacak. Begitu kongsi wargamaya.