Serangan virus Covid-19 dan HFMD yang mengancam dunia dan kini dunia digemparkan pula dengan penularan penyakit cacar monyet atau Monkeypox. Apa itu Monkeypox?

Biarpun negara kita masih belum direkodkan penyakit ini, pun begitu kita perlulah berhati-hati dan sentiasa mengamalkan kebersihan terutamanya buat anak-anak kita. Dr Erna Nadia berkongsi beberapa informasi mengenai Monkeypox ini.


Monkeypox: another pandemic? Nauzubillahiminzaalik. Bagi sesiapa yang tak tahu, inilah dia penyakit cacar monyet (Monkeypox).
Penyakit ini dah lama ada.

Penemuan awal pasal penyakit ini adalah pada tahun 1958, dijumpai pada monyet. First case detect pada manusia adalah pada tahun 1970 di Congo.

Masa tu jugalah saintis cipta vaksin khas untuk penyakit ini dan pada tahun 1977, penyakit ini telah berjaya di lenyapkan(eradicate).

Covid-19 & HFMD Masih Tak Reda, Awas Serangan Monkeypox, Tetap Perlu Ajar Anak Jaga Kebersihan!

Tapi beberapa tahun ini, penyakit ini mai balik pulak. Dan baru beberapa minggu ini, penyakit ini ada di kesan di Europe dan Amerika. Ok jom kita cakap pasal Monkeypox ni.

Monkeypox pun datang dari genus Orthopoxvirus (adik beradik smallpox) dan ianya bersifat zoonosis. Zoonosis ni maksudnya jangkitan daripada haiwan kepada manusia.

Macam mana boleh merebak?
Daripada titisan air atau cecair badan haiwan yang dah terjangkit dengan virus ini berpindah kepada manusia. Boleh jadi samada melalui batuk bersin haiwan tu, daripada permukaan yang dia dah sentuh, daripada manusia yang makan haiwan tu (tak dicuci bersih atau tak dimasak dengan betul).

IKLAN

Manusia yang dijangkiti virus ini boleh menjangkiti orang lain pula melalui rembesan dari hidung, batuk dan air liur. Termasuklah dari permukaan yang dia dah sentuh.

Ada teori mengatakan ianya boleh berjangkit dari aktiviti seksual juga. Pada saya logik sebab bila orang yang dijangkiti tu ada simptom dan ‘bersama’ pasangan, virus ini boleh sahaja merebak.

Binatang tu monyet ke?
Tidak. Ianya boleh jadi monyet dan keluarga dia, tupai, tikus dan haiwan hutan lain.

Apa simptom dia?
1. Demam panas melebihi 38.5 ke atas.
2. Sakit kepala
3. Sakit badan/sengal badan
4. Bengkak kelenjar limfa ( ini simptom paling common untuk penyakit ini)
5. Lemah tidak bermaya ( asthenia)
6. Tumbuh ruam

Ruam biasa akan tumbuh selepas demam 1-3 hari (atau lebih) bermula dari muka dan merebak ke seluruh badan. Bermula dengan ruam biasa yang berwarna merah kemudian menjadi berair dan bernanah dan membesar sehinggalah berkeruping yang akhirnya akan jatuh sendiri dari badan manusia.

Tempoh inkubasi biasanya 7-14 hari dan masa sembuh biasanya selama 2-4 minggu.

IKLAN

Covid-19 & HFMD Masih Tak Reda, Awas Serangan Monkeypox, Tetap Perlu Ajar Anak Jaga Kebersihan!

Adakah ianya merbahaya?
Secara umumnya tidak begitu berbahaya namun dia boleh sebabkan kadar kematian sehingga 10% terutama bagi golongan berisiko tinggi macam baby, kanak kanak, orang tua dan orang yang ada imuniti lemah seperti orang yang ada sakit kronik seperti kanser.

Risiko jangkitan tidaklah terlampau tinggi namun masih tetap perlu berhati hati.

Bagaimana nak elak?
1. Kebersihan paling utama.
2. Makanlah makanan yang di masak elok.
3. Janganlah makan haiwan yang pelik pelik.
4. Jika tak sihat, please duduk rumah.
5. Cuci tangan dengan betul setiap kali sebelum dan selepas makan atau sentuh apa apa.
6. Cuci semua pakaian dengan betul.
7. Jika ada haiwan tak sihat, tolong cuci semua peralatan dan tempat tidur dia dengan baik.
8. Pakai PPE yang betul apabila merawat atau berjumpa dengan orang atau haiwan yang sakit.

Nasihat yang sama macam kita nak elak kena Covid-19 tapi masih orang abaikan. Covid-19 pun belum habis komer wei. HFMD dan Monkeypox pula datang.

Covid-19 & HFMD Masih Tak Reda, Awas Serangan Monkeypox, Tetap Perlu Ajar Anak Jaga Kebersihan!

IKLAN

Tapi patutnya kita dah tahu apa tanggungjawab yang kita perlu buat. Untuk yang suka makan makanan atau haiwan pelik pelik ni, mohon stop la ya. Covid-19 haritu pun first detect kat pasar haiwan eksotik di China.

Makan sajalah ayam lembu kambing ikan makanan laut biasa biasa dan pastikan kebersihan di jaga. Sebab itu agama sangat sarankan kita menjaga kebersihan dengan baik: baik zahir baik batin serta kata kata.

Rawatan antiviral untuk penyakit ini belum ada di negara kita. Vaksin untuk cacar ini pernah ada dulu dulu tapi sebab dulu dulu dah berjaya hapus, vaksin tu tak ada lagi dah. Vaksin yang baru belum ada sepenuhnya lagi.

Dr. Erna Nadia
Jadilah bersih wangi comel dan sihat🙌🏻

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Covid-19 & HFMD Masih Tak Reda, Awas Serangan Monkeypox, Tetap Perlu Ajar Anak Jaga Kebersihan!

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI