Si comel kesayangan Adam Corrie & isteri, Adam Fateh Lee mula dilatih untuk meniarap. Momen terindah apabila ibunya, Fazema Mohd Fuad tidak putus bagi semangat.
Adam Fateh Lee atau dipanggil Fateh kini sudah pun mencecah 6 bulan. Video si comel ini dilatih untuk meniarap dikongsikan di Instagram. Kata Fazema hidup ini penuh ujian, yang kuat semangat akan berjaya sebagai memberikan semangat buat buah hatinya itu.
adamfatehlee Mak bagi semangat kat Fateh utk belajar meniarap… . Hidup ini memang penuh dgn ujian.
Kehadiran Fateh setelah 10 tahun rumah tangga Adam Corrie & isterinya kini tentu lebih bermakna kerana boleh melihat setiap perkembangan si kecil di depan mata.
Ads
Para follower Instagram memberikan semangat kepada Fateh untuk meniarap dan merangkak. Fateh kini sudah pun mencecah 35 ribu orang pengikut di Instagram. Masing-masing memberikan semangat buat si kecil ini melalui proses menguasai milestone seterusnya itu.
Sindrom Down adalah kecacatan fizikal dan mental yang disebabkan oleh masalah genetik yang berlaku sebelum kelahiran. Kanak-kanak yang mempunyai sindrom Down cenderung untuk mempunyai ciri-ciri tertentu, seperti muka yang rata dan leher yang pendek. Mereka juga mempunyai kecacatan intelektual.
Apa yang menyebabkan sindrom Down?
Sindrom Down berlaku disebabkan oleh kesilapan genetik pada peringkat awal kehamilan dimana terdapat tiga kromosom 21 berbanding dua kromosom 21 untuk bayi yang normal. Ia juga dipanggil trisomi 21. Setakat ini mengapa Sindrom Down terjadi masih menjadi tanda tanya tetapi terdapat beberapa faktor yang meningkat risiko wanita untuk mendapat bayi Sindrom Down.
Risiko menjadi lebih tinggi jika:
Bagaimana sindrom Down dikesan?
Terdapat beberapa ujian saringan yang boleh doktor anda sarankan:
Nuchal Translucency (NT)
Semasa ujian ini, ultrasound yang digunakan untuk mengukur ruang pada bahagian belakang leher bayi anda. Risiko menjadi tinggi jika lebih cecair terkumpul dalam tisu leher ini. Ketepatan sehingga 70% untuk mengesan janin dengan Sindrom Down.
Ujian Darah
Ujian darah mengukur tahap hormon kehamilan yang dirembes oleh placenta. Tahap tidak normal mungkin menandakan adalah masalah dengan bayi. Jika ujian ini digabungkan dengan dengan NT ia boleh memberikan ketepatan sehingga 87%.
NonInvasive Chromosomal Check (NICC)
NICC adalah satu kaedah terbaru untuk menyaring ketidaknormalan pada kromosom pada kromosom janin.
Ia merupakan ujian darah dimana DNA janin dari darah ibu dapat diekstrak untuk dianalisa dari sebarang ketidaknormalan. Ia boleh dibuat seawal 10 minggu dengan ketepatan yang sangat tinggi melebihi 98%.
Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik selalunya disarankan jika ujian saringan anda memberikan keputusan yang positif atau anda berisiko tinggi untuk mendapat Sindrom Down. Ujian diagnostik akan memberikan keputusan sebenar samada betul anak anda mengalami Sindrom Down dengan ketepatan 99.99%.
Amniocentesis
Adalah prosedur dimana air ketuban akan diambil menggunakan jarum yang di tusuk ke dalam rahim ibu. Sampel air ketuban tersebut akan dikaji untuk mengesan ketidaknormalan pada kromosom. Ujian selalunya dilakukan pada usia kandungan 15-20 tahun dengan risiko keguguran cuma 1%.
Chorionic villus Sampling
Chorionic villus (CVS) sampling adalah prosedur dengan mengambil sampel uri dalam rahim ibu untuk mengesan ketidaknormalan pada kromosom. Selalunya dilakukan pada usia kandungan 10-13 minggu. Risiko keguguran kurang dari 2%.
Sebenarnya banyak je mitos-mitos tentang keibubapaan yang terjadi dalam masyarakat kita antaranya kena pakai stokin sebab takut badan bayi masuk angin. Ada juga yang membanding-bandingkan anak serta menakutkan si ibu tentang perkembangan si manja.
Mama papa akan lebih jelas selepas membaca perkongsian daripada Puan Maryam Jamadi, Occupational Therapist (Therapist cara kerja) ini.
1. SKILL BERJALAN
“Eh, umur 11 bulan belum pandai jalan? Lambatnya anak kau jalan, anak aku 9 bulan dah pandai jalan”
Fakta: Purata bayi pandai berjalan di umur 13 bulan. 🕺 Kajian terhadap 200 bayi dari lahir hingga 18 bulan telah dijalankan dan mendapati bayi yang berjalan cepat atau perkembangan motor kasar yang cepat mendapat purata skor IQ yang sama dengan bayi yang lambat berjalan. Kesimpulannya, tiada kaitan antara perkembangan motor kasar dan IQ. (Acta Paediatrica Journal)
*Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya bayi masih belum pandai berjalan semasa 18 bulan.
2. SKIP MERANGKAK
“Wah, bagusnya Anis tak sempat-sempat nak merangkak terus berjalan”
Fakta: Tiada kajian tentang kesan skip merangkak terhadap IQ ataupun pembelajaran, tetapi apa yang merisaukan adalah risiko kelewatan skil motor halus dan skil motor kasar di masa akan datang terutamanya di zaman persekolahan.
Kebanyakan bayi yang skip merangkak akan membesar dengan baik, tetapi ada sesetengah bayi akan ada masalah skil motor halus seperti cara memegang pensil serta masalah untuk menampung badan semasa duduk di kerusi. Ada juga beberapa kes yang mengalami masalah menulis dan membaca disebabkan mempunyai masalah untuk menghubungkan otak kanan dan kiri.
Untuk mengelakkan masalah-masalah lain di masa akan datang, sangat digalakkan untuk mak ayah mengajar dan menyokong anak merangkak sebelum berjalan. Ada kajian tentang fasa merangkak dan tahap IQ, bayi yang merangkak lama mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang kurang fasa merangkak.
3. SARUNG TANGAN DAN STOKIN
“Pakai stokin dan sarung tangan, takut bayi masuk angin”
Fakta: Ya, anggota kaki dan tangan adalah kawasan yang paling cepat terpengaruh dengan suhu persekitaran sebab itu anggota ini selalu “masuk angin”. Untuk bayi baru lahir hingga sebulan, tidak ada masalah untuk memakai stokin dan sarung tangan untuk mengelakkan tercakar muka semasa tidur dan masih lagi sukar mengawal suhu badan sendiri waktu ini.
Tetapi, selepas sebulan masih memakai sarung tangan dan stokin di rumah 24 jam adalah BIG NO NO melainkan suhu dalam rumah sejuk seperti di kutub utara ataupun waktu malam yang sejuk serta ke tempat yang berhawa dingin seperti shopping mall 🛇
– Bayi perlu belajar mencapai barang seawal yang boleh dengan menggunakan tangan serta jari jemari. – Bayi perlu merasa serta memegang pelbagai objek dan tekstur untuk deria sentuhan. – Bayi juga perlu belajar memasukkan tangan atau benda ke dalam mulut untuk rangsangan deria rasa.
Mak mak yang berpantang, pastikan lepas habis pantang bayi juga habis “pantang” tangan dan kaki untuk perkembangan yang sihat. 🤓
4. HIPERAKTIF
“Anak aku umur 3 tahun dah pandai membaca, anak kau ni hyper kot asyik nak main je”
Fakta: Untuk anak umur bawah 3 tahun, banyak bermain tidak semestinya ada ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) sebab bermain adalah keperluan pada tahap ini. Semakin banyak anak bermain semakin sihat perkembangannya melainkan ada masalah lain seperti tidak fokus, tidak menyahut apabila nama dipanggil dan sebagainya. 📢
Jadi, makcik-makcik sekalian jangan suka-suka cop anak orang hyper kalau belum pernah jumpa anak hyper yang sebenar ya. 🛇
Fasa bawah 3 tahun adalah bermain untuk mengasah skil-skil diperlukan sebelum pembelajaran formal. Tiada lagi pembelajaran formal seperti belajar di kelas untuk mengenal abc atau membaca.
5. “PANDAI” TENGOK TV.
“Bagusnya umur 2 bulan dah pandai tengok tv berjam-jam, mesti pandai belajar nanti”
Fakta: Sebenarnya bayi tak “pandai” pun tengok tv tapi lebih kepada suka tengok benda bergerak, berbunyi dan bercahaya sebab bayi 2 bulan tak faham pun apa yang disampaikan di tv atau gadget. 📱
Kajian tentang pendedahan TV/gadget kepada anak bawah 18 bulan, setiap 30 minit bayi di dedahkan dengan TV/gadget meningkatkan risiko 49% lewat bercakap. Kesimpulannya, tidak ada bagusnya bayi “pandai” tengok TV semasa bawah 18 bulan selain risiko kelewatan bercakap.
6. MEMILIH MAKAN
“Kesiannya anak kau makan benda sama setiap hari, kau tak cuba paksa ke dia makan sayur dan buah?” 🍉🍑🍌
Fakta: Bayi memilih makan (picky eater) tidak semestinya disebabkan salah mak ayah. Kebanyakan disebabkan isu sensory processing disorder (kecelaruan sensori) terhadap tekstur, rasa, bau dan suhu makanan. Faktor genetik juga memainkan peranan dalam pemilihan makan bagi anak.
Jadi, pada mak ayah yang sedang atau pernah mengalami penangan mitos di atas boleh guna “skema jawapan” ini ya 😅
Perkembangan setiap kanak-kanak memang berbeza, sebagai ibu bapa kita memang perlu sentiasa peka dengan apa yang berlaku kepada si kecil agar dapat memastikan mereka membesar seperti kanak-kanak lain.
Setiap kali bayi menangis pasti membuatkan ibu dan ayah menjadi gusar dan tak senang duduk. Apa yang pasti tangisan itu tentunya menandakan bahawa mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa.
Tapi bagi yang baru pertama kali bergelar mama papa keadaan ini memberikan tanda tanya. Yang pasti rengekan si kecil anda adakalanya berkaitan dengan masalah kesihatan dan juga perkembangan mereka.
Dalam satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang doktor Mohd Saiful Nizam di laman Twitter, beliau berkongsi satu keadaan yang sering dihadapi oleh kebanyakkan bayi. Tongue Tie atau lidah pendek yang mana masalah ini bisanya boleh dikesan jika bayi anda kerap mengamuk ketika menyusu, kelaparan walaupun sudah menyusu, berat badan bayi yang tidak memuaskan walaupun kerap menyusu dan juga masalah pertuturan.
1) Bayi Anda kerap mengamuk ketika menyusu?
2) Bayi Anda masih kelaparan walaupun sudah lama menyusu?
3) Kenaikan berat badan bayi tidak memuaskan walaupun kerap menyusu?
3) Anak Anda alami masalah pertuturan? Pelat?
Tongue tie adalah keadaan dimana terdapat selaput membrane yang melekat antara lidah & lantai mulut mengakibatkan pergerakan lidah bayi terbatas & terikat.
PENYEBAB? – faktor kongenital dimana membran yang sepatutnya hilang selepas kelahiran masih kekal melekat antara keduanya. pic.twitter.com/n82hlPpvUG
Dalam perkongsian tersebut juga, Dr Mohd Saiful Nizam ada menyatakan gejala-gejala yang ada pada bayi jika ada masalah lidah pendek ini.
Gejala-gejala:
1) Bayi sukar melekap pada puting ibu sewaktu menyusu
2) Bayi selalu mengamuk ketika/selepas menyusu kerana tidak kenyang
3) Kenaikan berat badan tidak memuaskan
4) Sakit atau luka pada putting ibu
5) Kesan buruk pada pertubuhan gigi
6) Pelat/lambat pertuturan
Menurut beliau lagi, masalah ini berlaku apabila otot nipis di bahagian bawah lidah yang menyebabkan lidah gagal berfungsi dengan baik terutamanya dalam pertuturan.
Bagaimana nak tahu ada Tongue tie?
Bayi atau anak Anda tidak mampu keluar atau jelir lidah melebihi paras gigi bawah.
Satu kajian oleh Messner (2002), anak yg ada Tongue tie tak boleh sebut huruf ‘R’ @ ‘L’ kerana hujung lidah pendek. Jadi sebutan “Rupa” akan berbunyi “Wupa”.
Bagi anak yang mempunyai masalah ini, Dr Mohd Shaiful menyatakan tidak semua perlu menjalani rawatan atau pembedahan, ia bergantung kepada tahap perkembangan si kecil itu sendiri. Namun jika anda ada perasan tentang gejala-gejala yang disebutkan, beliau sarankan untuk segera berjumpa pakar ENT atau Pakar Pergigian untuk pemeriksaan awal.
RAWATAN
Bergantung pada tahap perkembangan & pertuturan. Jika tidak alamai masalah menyusu, berat badan bagus boleh “tunggu & lihat”.
Namun, seandainya ada salah satu gejala yg disebutkan, pembedahan kecil dipanggil “frenulectomy” @ Tongue tie release dilakukan. pic.twitter.com/TEbA4xoj0D
Segeralah berjumpa Doktor Pakar ENT atau pun Pakar Pergigian Kanak-kanak jikalau bayi/anak Anda alami gejala-gejala seperti diatas agar pemeriksaan awal dapat dilakukan demi perkembangan pertuturan & tumbesan anak Anda #medtweetmy
Jika ada bayi anda yang mengalami gejala tersebut, ikutlah saranan Dr Shaiful ini untuk bawa si kecil anda berjumpa Pakar ENT atau Pakar Pergigian. Rawatan awal mungkin dapat membantu si kecil anda melalui proses perkembangan yang baik.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...