Bayi belajar perkara baru setiap hari. Sebab itu setiap bayi perkembangannya tak sama. Ada yang cepat meniarap, merangkak, tumbuh gigi dan berjalan.

Bagi bulan-bulan pertama, ia adalah satu fasa di mana bayi anda membesar dengan begitu pantas. Fasa ini adalah fasa yang paling penting untuk anda melihat perkembangannya.

Kesemua perkembangan dan pergerakan bayi setiap hari adalah disebabkan perkembangan fizikal dan juga motor si manja. Kedua-duanya berfungsi mengembangkan potensi fizikal dan mental bayi bagi mempelajari sesuatu yang baharu setiap hari.

Fasa antara bulan ke-4 sehingga ke-10 dianggap sebagai antara fasa yang paling penting.

Ini kerana pada waktu inilah bayi sudah mula belajar menggerakkan kepala, duduk, berguling dan juga merangkak.

Bayi merangkak bermula sekitar umurnya 6 bulan. Pada umur 6 bulan, bayi akan mula belajar mengangkat badan ke atas dan ke bawah dengan menggunakan tangan dan lutut mereka.

Ini bertujuan sebagai asas kekuatan untuk mereka mula merangkak nanti. Pada ketika ini juga, bayi mungkin akan melakukan sedikit pergerakan merangkak ke belakang sebelum kembali ke hadapan.

Apabila usianya sudah mencecah 9 bulan, si kecil sudah mula belajar merangkak dengan sendiri. Untuk membantu dan menggalakkan bayi anda merangkak, biarkan mereka merangkak di kawasan lantai yang bersih dan selamat.

IKLAN
@cikros9089AKAL BARU ANAK SOLEH…NASIB BAIK DLU MAMA ATLET…BOLEH KEJAR ADIKKK…HAHAHA 😂😂😂♬ Gadis Dan Bunga – Rahimah Rahim

Sama seperti adik Muhammad Annas Fayyadh. Ibunya Cik Rose telah berkongsi sebuah video di TikT0k tentang kelincahan anaknya yang merangkak dengan sangat laju sekali dan pantang lepas, cepat je meluru keluar.

“Cubaan Lari Dari Rumah Ya Dik..” Pantang Keluar, Bukan Main Laju Merangkak

Namun apa yang lebih mencṳit hati ramai adalah apabila si cilik tersebut sempat menoleh ke belakang melihat ibu yang mengejarnya.

“Cubaan Lari Dari Rumah Ya Dik..” Pantang Keluar, Bukan Main Laju Merangkak

Walaupun adik Anas belum ‘dapat kaki’, namun dia sudah dapat bergerak dengan laju. Bayangkan kalau dah pandai berjalan nanti. Tak terkejar si ibu dibuatnya!

IKLAN

“Cubaan Lari Dari Rumah Ya Dik..” Pantang Keluar, Bukan Main Laju Merangkak

Sejak video tersebut dikongsi, ia meraih tontonan lebih 1 juta dan 66 ribu tanda suka!

Di ruangan komen pula, ramai yang geram melihat gelagat si comel ini dengan aksi adik Anas bergerak pantas walaupun hanya mɛrangkak.

“Wahh lajunya..tak sakit ke lutut dia..”

“Makin kurus la ibu kalau asyik exercise mengejar gini kan.. nak makan pun taksempat habis..”

IKLAN

“Hahahah..ajak mama pergi jalan-jalan tak mau, kes tu anak lari ke depan dulu. Btw, comel betul perangai..

“Makin kṳrus la ibu kalau asyik exercise mengejar gini kan.. Nak makan apa pun tak sempat habis..😂”

Kredit: TikTok CikRose9089

Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

“Cubaan Lari Dari Rumah Ya Dik..” Pantang Keluar, Bukan Main Laju MerangkakUntuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI