Rezeki susu ibu adalah ibarat titisan emas untuk anak kerana bukan semua dapat menyusu bayi sehingga umur yang maksimum. Jika dapat secara eksklusif 6 bulan pun ramai ibu bersyukur.
Bagaimanapun, ada juga ibu yang dikurniakan susu badan meriah dan rezeki anak untuk menikmatinya sampai 2 tahun. Cuma yang menjadi masalahnya pada ibu untuk cerai susu badan apabila dah cukup tempoh.
Pasti ramai yang tak sampai hati lihat anak merengek kan? Malah ramai juga ibu yang nak tahu tip cerai susu badan. Berikut dikongsikan tip oleh Puan Khairunnisa Nawi berdasarkan pengalamannya sendiri.
Alhamdulillah berjaya genapkan penyusuan sehingga 2 tahun dengan izin Allah. Nak ceraikan susu paling mencabar emosi dan fizikal. Dua-dua akan terkesan. Kena kuatkan semangat demi anak.
Antara tips yang saya praktikkan:
1. TANAM DALAM MINDA SEPARA SEDAR ANAK
Ads
Dalam 2-3 minggu sebelum Syifa masuk 2 tahun, saya dah bagitau dia berulang kali. Syifa dah besar. Dah nak masuk 2 tahun, tak boleh susu ummi dah. Minum susu dalam botol ye.
2. CARI PENGGANTI YANG MENARIK & SESUAI
Saya cari botol ni. Ikea punya. Sebab tak nak dia minum dalam botol susu yang ada puting dah. Setiap kali dia minta susu, saya bancuh susu dalam botol ni.
Ads
Biasakan anak minum dalam botol yang takde puting dah, ianya bagus untuk oral motor anak. Anak yang masih lagi minum dalam botol susu yang ada puting, dia tak berpeluang nak latih oral motor dia. Ada kaitan dengan perkembangan pertuturan ye.
3. DIVERT ATTENTION DIA
Contoh, bila Syifa minta susu. Saya larikan fokus dia ke tempat lain. Ajak dia main sama-sama. Bagi makanan. Contoh biskut atau buah. Syifa suka kudap-kudap.
Ads
Ringkas saja tipsnya. Alhamdulillah sekarang memang dia lupa habis susu umminya. Minta buatkan susu dalam botol ni pun jarang. Saya biasakan bagi cawan pula.
Gambar Hiasan
Saya pernah baca tips dari pakar laktasi. Kalau boleh proses cerai susu biarlah jadi momen yang indah antara ibu dengan anak. Jangan dipaksa. Take your own pace and time.
Mummy/ Ibu/ Mama sekalian buat macam mana nak ceraikan susu anak? Boleh share?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tak risau bila anak demam dan tiba-tiba dalam keadaan sawan. Panik usah di cakap la. Kadang tu bila berlaku dalam keadaan kita tak bersedia.
Jika diikutkan demam sawan ini berlaku bila suhu anak terlampau tinggi. Masa ni sangat penting untuk memantau suhu anak dan sebolehnya biarlah bergilir jaga waktu anak tak sihat.
Pengalaman dari Puan Hartieka Sahar bila anaknya pertama kali kena demam tarik boleh dijadikan panduan bagi ibu bapa yang ada anak kecil. Tak salah beringat daripada kita menyesal kemudian hari.
Ini pengalaman pertama bila anak “DEMAM TARIK” @ “Demam Sawan” waktu Raisha kena tarik.. Rasa apa lah dah jadi ni. Kami suami isteri kelam kabut tak tentu arah bila melihat Raisha jadi macam tu. Apa perkara yang perlu buat pun tidak tahu dan benda terlintas dalam fikiran bawa ke hospital je lah.
Mak ayah mana yang tak risau kalau melihat situasi anak masa tu terjadi seperti mata tengok atas (belalak) kaki tangan kejang mengigil lepas tu kacip gigi. Kita panggil anak dia tak respon apa pun. Memang merisaukan sangat masa itu. Waktu terjadi tarik @ sawan kat Raisha pukul 1.50 am masa tu suami baru lepas bagi Raisha minum bila dia berdiri tiba-tiba tarik @ sawan tu terjadi. Ini memang pengalaman pertama. Kami tak fikir apa-apa dah terus bergegas bawa ke hospital. Sampai je hospital keadaan Raisha dah makin beransur reda. Doktor memberi suntikan antibiotik dan check darah Raisha. Sementara menunggu result darah Raisha.
Doktor memberi penerangan tentang situasi yang berlaku pada Raisha. Suhu yang terlampau panas boleh menyebabkam demam tarik@demam sawan. Ini ada sedikit penerangan tentang demam tersebut.
DEMAM SAWAN
Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah mengigil. Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik. Ramai di antara ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya.
Punca sawan di kalangan kanak-kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas. Adalah dianggarkan yang sekurang-kurangnya satu peratus dari kanak-kanak mengalami demam sawan. Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak-kanak masuk wad.
Sawan biasanya berlaku pada peringkat umur tiga bulan hingga tujuh tahun. Walaupun demam sawan boleh juga berlaku dikalangan mereka itu. Sawan yang berlaku dikalangan bayi-bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca-punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis.
Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya . Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak dan punca-punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium.
Biasanya bayi – bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Tetapi ada juga bayi-bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali – kali sehingga usianya tujuh tahun terutamanya jika dia tidak diberi ubat – ubat yang boleh mencegah sawan.
“Jom kita pergi jalan-jalan” kata si isteri, tak minta pun percutian mewah cuma teringin untuk keluar rumah bersiar-siar, tapi hampa bila suami tak endahkan.
Percayalah, isteri hanya mahukan sedikit ketenangan untuk melegakan emosi dan minda mereka setelah penat bertungkus-lumus menjaga keluarga. Kenapa perkara ini penting? Ikuti perkongsian pengalaman daripada Dr Taufiq ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali anak tak sihat, ibu orang yang paling susah hati. Boleh dikatakan semua kerja tergendala sebab perlu fokus pada anak. Bila tak sihat, sudah tentu anak nak ‘melekat’ je.
Lagi satu yang paling risau bila suhu badan anak tak turun-turun. Demam makin lama makin kuat. Anak asyik-asyik terjaga malam sebab nak tidur pun tak selesa kerana badan panas. Walaupun dah bagi makan ubat 4 jam sekali, tapi demam anak tak kebah-kebah.
Bagi membantu kurangkan suhu anak, boleh cuba guna bahan-bahan ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Yatie Eimra dan memang dilakukan pada anaknya juga.
BAHAN-BAHAN DI DAPUR/RUMAH YANG BERFUNGSI KURANGKAN SUHU DEMAM🌡️
Hari ni hari ke-3 baby Fyiz demam akibat selesema.. 3 hari ni badan dedar jer tapi suhu akan meningkat cecah 37.9°c waktu tengah hari/tengah malam. Demam biasa² atau demam ringan biasanya hanya 2-3 hari je, tapi kalau salah cara penjagaan, demam boleh berlarutan & suhu boleh naik tinggi. Sebab tu penting sangat jaga suhu badan masa anak demam.
Kalau pernah baca post² lama saya berkaitan demam ni, banyak kali sangat saya tekankan tentang penjagaan suhu badan & pemberian ubat yang betul (masa yang betul & dos yang betul ikut berat). Maklum lah, saya pernah ada pengalaman & tengok sendiri adik kena sawan akibat demam panas masa dia baby dulu.
Jadi, bila anak demam ni, memang saya jaga suhu agar tak cecah 38°c pada waktu biasa (supaya suhu sentiasa terkawal).
Macam saya cakap sebelum ni, suhu demam selalunya akan naik tinggi waktu tengah hari/tengah malam ataupun waktu anak tidur lama (sebab badan kekal dalam posisi sama dalam tempoh yang lama). Andaikata korang dah bagi ubat, kerap mandikan & jerlum badan tapi tiba² tengah malam naik jugak..korang boleh guna bahan² yang ada di dapur/dirumah untuk kurangkan suhu badan anak.
⚠️Tapi penting untuk pastikan anak anda tak ada riaksi alahan pada bahan² tersebut ya. Cuba sikit dulu pada bahagian tangan misalnya & perhatikan kalau ada naik ruam², dan sebagainya. Macam baby Fyiz ni, kulit dia tak serasi dengan aloevera & asam jawa sebab naik ruam. Penggunaan lemon sahaja dalam air untuk mandi/jerlum pun agak kurang serasi & suhu lambat turun.
Jadi, kalau 1 bahan tak serasi, boleh gunakan bahan² yang lain pula sebagai alternatif selain bagi ubat.
💛 Lemon
👉🏻 Lemon ni tinggi vitamin C, ia taklah berfungsi turunkan suhu secara direct, tapi bertindak kuatkan imun badan & bantu lawan penyakit.
👉🏻Campurkan air perahan lemon dalam bilasan terakhir masa anak mandi. Kalau anak nak berendam dalam tab lagi bagus supaya dapat meresap kat kulit lama sikit.
👉🏻Masukkan juga perahan lemon berserta kulitnya dalam air untuk jerlum badan.
❤️ Asam Jawa
👉🏻Ramas sedikit asam jawa dalam air & tapis. Gunakan sebagai air untuk jerlum badan. Jangan gunakan terlalu banyak asam jawa sebab boleh pedihkan mata jika terkena mata anak kecil.
💚 Daun Pandan
👉🏻 Ni bahan wajib yang mesti ada kat rumah saya. Saya memang banyak frozenkan daun pandan untuk kegunaan emergency (sebagai first aid herbs). Rebus air pandan 3-5 helai, biarkan suam sebelum guna. Kalau nak cepat, biasanya saya asingkan sikit untuk buat air jerlum dan campurkan ais hingga suhu air jadi suam.
👉🏻 Boleh juga gunakan air rebusan pandan sebagai bilasan terakhir masa anak mandi.
💙 Daun Keledek
👉🏻 Ni pun salah satu bahan first aid herbs & wajib ada kat rumah. Alhamdulillah, budak² semuanya serasi dengan daun keledek ni & paling cepat turunkan suhu badan masa demam.
👉🏻 Ramas daun keledek hingga berlendir dalam air suam. Tak perlu banyak, cukup sekadar air tadi terasa sedikit berlendir. Lendiran daun keledek ni sangat cepat sejukkan & turunkan suhu badan. Gunakan sebagai air jerlum.
👉🏻 Boleh tambahkan perahan lemon atau air mawar untuk kurangkan bau jika anak tak selesa. Budak-budak ni ada isu sensori & tak berapa gemar bau daun keledek ni. Saya suka tambah air mawar sebab ada cooling effect jugak.
👉🏻 Jangan gunakan air yang sama lebih dari 24 jam.
💖 Air Mawar
👉🏻Sebaiknya gunakan air mawar yang food grade ye sebab tanpa bahan kimia/pengawet.
👉🏻 Tambah ke dalam air jerlum sebab air mawar ada cooling effect disamping bau mawar yang lembut bertindak sebagai aromaterapi & menenangkan/kurangkan stres.
👉🏻 Bukan setakat tenangkan anak yang sakit tapi bertindak 2 in 1.. mengurangkan stres mak yang penat tu jugak! Memane mak yang tengah stres atau penat sangat tu.. sambil² jerlum kepala anak, jerlumlah kepala sendiri gak
👉🏻 Tapi cooling effect air mawar ni bersifat mild atau sederhana jer, so lagi bagus kalau campur dengan bahan lain macam lemon, dan lain-lain.
👉🏻 Tak disarankan guna bunga mawar sebenar unless korang tanam sendiri & memang takde guna sebarang racun la.. Lagipun bunga mawar ni ada banyak jenis & bukan semua ada tahap cooling effect yang sama.
💜 Daun & Bunga Raya
👉🏻 Daun pokok bunga raya & bunga raya tu sendiri boleh digunakan untuk sejukkan suhu badan. Tak kisah bunga raya merah ke putih ke, semua pun boleh. Masa kitorang kecik² dulu, mak selalu guna daun bunga raya ni sebab memang ada pokoknya kat rumah.
👉🏻 Sama macam daun keledek, ramas daun atau bunga raya dalam air. Pastikan air terasa sedikit berlendir ya.
👉🏻 Gunakan untuk jerlum kepala & badan anak.
👉🏻 Jangan gunakan air yang sama lebih dari 24 jam.
🧡 Aloevera
👉🏻 Aloevera antara salah satu bahan yang cepat sejukkan badan. TAPI cara penyediaan gel aloevera perlu betul ye sebab aloevera ni mengandungi getah & boleh sebabkan gatal² pada yang kulit sensitif.
👉🏻 Pastikan lepas potong, aloevera perlu dibiarkan sekejap supaya getahnya kering.
👉🏻 Perhatian‼️Aloevera ni bukan semua orang serasi ye. So kena check dulu anak anda serasi atau tak. Ramas dalam air hingga terasa berlendir.
👉🏻 Yang bagusnya, lebihan gel aloevera ni boleh di frozenkan. So, senang bila nak guna lagi.
👉🏻 Jangan gunakan air yang sama lebih dari 24 jam.
🤍Minyak Bawang Putih
👉🏻 Sama macam lemon, bawang putih tak turunkan suhu badan secara langsung tapi kuatkan antibodi dalam melawan penyakit. Dalam keadaan badan anak lemah tu, bagus tambahkan minyak bawang putih ni dalam air jerlum disamping penggunaan bahan yang lain.
👉🏻 Elakkan guna bawang putih yang sebenar dalam air untuk jerlum sebab boleh pedihkan mata lak. Kalau korang gunakan minyak bawang putih cara bawang dibakar, pastikan minyak dah terendam sekurang²nya sejam-2 supaya khasiat bawang dah meresap dalam minyak.