Sejak negara dilanda pandemik, kebanyakan orang ramai cuba nak dapatkan produk yang dikatakan boleh mengekang wabak Covid-19. Memang itu satu usaha yang patut dipuji. Namun ada sesetengahnya bukan keperluan pun.

Paling penting kesedaran penggunaan hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman, pelitup muka, topeng muka serta jaga SOP adalah paling penting. Terbaharu timbul pula tentang keperluan penggunaan spray gun atau alat penyembur khas untuk mengurangkan risiko jangkitan virus.

Dr Izzar Nasihat Tak Perlu Spray Gun Dalam Rumah, Memadai Buat Cara Ni, Lagi Selamat!
Gambar Hiasan

Bagaimanapun, menerusi penerangan Dr Sashini Seeni dalam forum kesihatan Malaysia, Doctor On Call (DOC), tiada kajian yang menunjukkan keberkesanan Nano Mist Spray dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Oleh itu, anda digalakkan menggunakan bahan pencuci yang sebetulnya iaitu hand sanitizer dengan peratusan alkohol yang disarankan iaitu 65 peratus ke atas.

“Selain itu, anda juga perlu untuk mengamalkan langkah pencegahan lain seperti mencuci tangan dengan sabun dan air.

Dr Izzar Nasihat Tak Perlu Spray Gun Dalam Rumah, Memadai Buat Cara Ni, Lagi Selamat!

“Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci. Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Covid-19.

“Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang. Mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin. Pakai pelitup muka di tempat awam,” jelasnya.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari juga menasihatkan agar orang ramai memahami risiko penggunaan Spray Gun.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Korang mesti perasan banyak jual produk Spray Gun untuk nyah-infeksi (disinfection) permukaan-permukaan di rumah.

Sebenarnya, ada banyak jenis alat spray ni iaitu electrostatic sprayer, fogger, misters, atau vaporizer. Alat-alat ini berfungsi dengan menukar cecair chemical disinfection itu ke bentuk aerosol, lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan tu ventilasi tidak bagus. Chemical dalam bentuk aerosol ni boleh memudaratkan kulit, mata, atau pernafasan kita.

CDC tak kata dia menggalakkan atau tidak menggalakkan penggunaan alat2 ni untuk nyah-infeksi C-19 di ruang umum. Tapi, jika digunakan, ia harus digunakan dengan SANGAT BERHATI-HATI / EXTREME CAUTION.

Dr Izzar Nasihat Tak Perlu Spray Gun Dalam Rumah, Memadai Buat Cara Ni, Lagi Selamat!

Jika Electrostatic Sprayer atau Fogger digunakan :

IKLAN

✅ Perlu digunakan oleh orang yang terlatih
✅ Menggunakan chemical disinfection yang approved
✅ Mengikut arahan pengeluar (keselamatan, penggunaan, contact time)
✅ Memakai PPE yang cukup untuk melindungi keselamatan operator, orang sekeliling, dan pengguna bilik lepas tu.
✅ Guna dengan EXTREME CAUTION jika di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak-anak main.

Fahami risiko :
❗Pendedahan kepada disinfectant chemical dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan
❗Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak2 bermain.
❗Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang buat. Saya pun tak reti.

Dr Izzar Nasihat Tak Perlu Spray Gun Dalam Rumah, Memadai Buat Cara Ni, Lagi Selamat!

Dalam kebanyakan keadaan, mencuci permukaan dengan sabun atau detergen SUDAH CUKUP untuk mengurangkan C-19. Lepas tu kalau nak lebih sikit, disinfect la dengan kaedah biasa seperti lap dengan cecair, wipes, atau disinfectant spray bottles. Dah memadai tu. Memangla tak canggih atau cool macam spray gun tu, tapi lagi selamat penggunaannya..

Dr Izzar Nasihat Tak Perlu Spray Gun Dalam Rumah, Memadai Buat Cara Ni, Lagi Selamat!

IKLAN

So, bagi saya untuk PENGGUNAAN DI RUMAH, TAK PERLU SPRAY GUN. Kalau nak guna lecehla bagi saya. Risiko pun tinggi kalau guna dengan cara salah. #drizzarshares

Kredit: Dr Sashini Seeni & Dr Izzar Anwari

Mama jom rileks jap, klik link ni!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Dr Izzar Nasihat Tak Perlu Spray Gun Dalam Rumah, Memadai Buat Cara Ni, Lagi Selamat!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI