Betullah orang kata kehadiran anak memberi kebahagiaan dalam rumah tangga. Begitulah fasa yang dilalui oleh pelakon cantik, Elfira Loy selepas selamat menimang cahaya mata lelaki pada 1 Oktober lalu.
Sepanjang tempoh berpantang, Elfira selalu juga memuat naik gambar dan perkembangan terbarunya bersama anak, Muhammad Rayyan Khalaf di instagramnya. Namun pelakon berusia 25 tahun itu tidak memaparkan wajah penuh bayi itu.
Mungkin sepanjang tempoh pantang itu Elfira ada caranya tersendiri dan tidak mahu ada pelbagai kontroversi yang boleh menganggu rutin untuknya kembali pulih seperti sedia kala.
Cukup 44 hari kongsi wajah anak
Namun sempena dengan habis berpantang selama 44 hari, Elfira buat pertama kalinya telah berkongsi gambar penuh anak sulungnya itu dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Melalui sekeping gambar yang menunjukkan Rayyan memandang tepat ke arah kamera itu, ternyata buat ramai peminat Elfira geram.
Dengan mata yang sepet dan ada iras chinese look ikut El dan wajah yang seiras dengan suaminya, Muhammad Faris Khairol Anuar nampaknya sama adil untuk pasangan ini.
Ads
Peha ke drumstick?
Bagi peminat El, mereka bukan saja teruja melihat wajah Rayyan tetapi geram melihat pehanya dan badan yang semangat. Ramai juga yang menyifatkan putera sulungnya saling tak tumpah seperti bapanya.
Anak dah pandai cemburu dengan papa dan mama, ini sebabnya mengapa situasi ini terjadi. Cemburu yang dialami oleh anak-anak terhadap papa dan mama adalah sesuatu yang biasa dan merupakan bagian dari perkembangan emosional mereka.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa anak-anak mungkin mulai merasa cemburu dengan ibu bapa mereka.
Mengapa mereka sudah pandai merasa cemburu? Ini antara sebabnya:
1. Mama kepunyaan saya seorang!
Biasanya si kecil lebih rapat dengan mama. Jadi dia beranggapan mama hanya miliknya seorang. Bila perhatian bukan diberikan kepadanya, dia jadi marah dan cemburu.
2. Tak tahu bagaimana nak luahkan
Oleh kerana masih kecil, dia tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaannya. Menangis, menolak atau memukul papa supaya menjauhi mama adalah cara yang akan dilakukan sebagai satu amaran jangan mengambil ‘hak miliknya’.
3. Tak nak berkongsi
SI KECIL HANYA MAHU MAMA MENJADI MILIKINYA DAN TAK BOLEH BERKONGSI DENGAN ORANG LAIN TERMASUK PAPA! DIA FIKIR HANYA DIA SAHAJA YANG MAMA PERLU PELUK DAN CIUM.
4. Si kecil rasa terancam
Merasakan tempatnya cuba diambil alih oleh orang lain. Oleh kerana dia rasa terancam maka hanya tangisan dan kemarahan sahaja menjadi senjatanya untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku.
5. Mahu perhatian
Sebenarnya anak anda mahukan perhatian sentiasa diberikan kepadanya. Rasa cemburunya tak dapat dibendung bila melihat papa dan mama saling berkasih sayang tanpa memberikan dia perhatian.
6. Rasa diri tak disayangi
Rasa bimbang dirinya sudah tidak disayangi oleh mama. Oleh kerana dia belum faham tentang erti hubungan kekeluargaan dan suami isteri maka dia merasakan bila mama memeluk atau mencium papa seperti mama lakukan ke atas dirinya bermakna dia sudah tidak disayangi lagi.
7. Dunianya masih kecil
Oleh kerana masa si kecil lebih banyak dihabiskan bersama papa, mama dan pengasuh maka dia masih tidak faham tentang luasnya erti kasih sayang. Apabila dia semakin besar dan punya ramai kawan dan melakukan banyak aktiviti, si kecil akan lebih faham tentang kasih sayang antara papa dan mama.
Apa patut dilakukan?
Sebenarnya ia adalah perkara normal bila anak anda cemburu pada papa atau mama. Dia mungkin tidak tahu bagaimana meluahkan rasa cemburunya selain daripada menangis.
Maka penting untuk anda berdua memujuk dan memberitahunya, tetapi jangan berhenti menunjukkan kasih sayang antara kalian suami isteri di depan anak kerana amat penting bagi mereka melihat ibu bapa yang saling sayang menyayangi.
* Cuba buat “group hugs” dan “group kisses” iaitu sentiasa ‘masukkan’ anak sekali semasa memeluk pasangan suami/isteri. Barulah dia tak rasa dipinggirkan.
* Sentiasa beritahu anak yang mama sangat sayangkan dia dan papa.
* Wujudkan suasana gembira dan menyeronokkan dengan mencium dan memeluk si kecil secara bergilir-gilir dengan suami/isteri. Dengan cara ini dia tahu mama tetap sayangkan dia walaupun dalam masa yang sama sayangkan papa juga.
* Sentiasa curahkan kasih sayang dan perhatian kepada si kecil yang baru mengenal kehidupan.
Oleh kerana si kecil adalah peniru yang hebat, maka menjadi tugas ibu bapa untuk sentiasa menunjukkan kasih sayang antara suami isteri tetapi dalam cara yang berhemah. Dalam masa yang sama jangan abaikan dirinya yang masih belum faham tentang perkongsian kasih sayang sekeluarga. Apa yang si kecil tahu, mama adalah hak miliknya seorang!
Untuk anak bawah dua tahun, kasih sayang bukan diukur pada banyak mana kita beli barang, atau mahal mana jenama yang kita pilih.
Mereka langsung tak faham harga, tak kenal brand, malah bila kita ucap “I love you” pun, mereka belum mengerti maksudnya. Jadi kalau bukan dengan kata-kata dan hadiah, macam mana sebenarnya cara paling berkesan untuk anak kecil rasa disayangi ?
Ikuti perkongsian ini puan Maryam Jamadi supaya menjadi panduan buat mereka yang baru sahaja menjadi ibu ayah buat kali pertama.
1. Masa berkualiti.
Masa di mana tumpuan 100% pada anak, tanpa sambil berbalas whatsapp atau komen di facebook. Layankan mereka bermain, anak yang dalam fasa meniarap mak ayah pun join meniarap macam komando. Anak yang dalam fasa merangkak, mak ayah pun main kejar-kejar sambil merangkak. Tak jatuh pun maruah kan?
Kalau mak ayah yang bekerja, mainlah bersama anak sekurang-kurangnya 1 jam. Tutup tv, biarkan hanya suara kita dan suara anak sahaja ada. Dapatkan “trust” suara kita dalam perkembangan emosi anak bawah 18 bulan. Pastikan suara kita nombor 1, macam mana nak test? Kita bisik atau dari jauh anak dah kenal suara mak ayah ataupun dalam keadaan bising pun anak boleh kenal suara kita.
Kalau kenal, tahniah! Encik puan dah memang tempat pertama “Carta Suara” dalam hati anak.
2. Pelukan dan sentuhan
Perkembangan emosi anak akan berkembang dengan pesat dan stabil jika kita selalu memeluk anak terutamanya semasa umur bawah 2 tahun. Pelukan umpama “makanan” minda anak, terlalu banyak kebaikan pelukan dalam perkembangan otak yang sihat.
Peluk, belai kepala anak seterusnya cium dahi anak. Alangkan kucing yang garang pun jadi jinak dan manja bila kita usap kepala mereka, apatah lagi anak.
3. Urutan
Badan anak dari selepas lahir ini umpama orang bina badan terutamanya semasa bawah 1 tahun, dari tak ada otot lembik sahaja selepas lahir. Mereka setiap hari “bina badan” untuk ke posisi meniarap, merangkak, dan berjalan. Jadi, urutan memang diperlukan untuk melegakan otot-otot halus mereka yang tegang terutamanya di kawasan betis di samping memberi rangsangan deria sentuhan pada anak.
Kalau anak merangkak cepat atau jalan cepat, caranya bukan beri walker ya. Tetapi salah satu cara yang berkesan adalah dengan urutan.
Berapa kali sehari? Pendapat saya, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan waktu yang paling sesuai adalah selepas mandi. Penting sangat urutan bagi anak bawah 1 tahun. Jangan abaikan part ini!
Ada 1 kajian lain tentang kasih sayang dan perkembangan otak anak berumur 2 tahun. Terbukti perkembangan otak anak yang cukup kasih sayang mempunyai struktur yang berbeza dengan otak anak yang kekurangan kasih sayang semasa umur bawah 2 tahun.
Fakta: 80% perkembangan otak adalah bergantung kepada rangsangan persekitaran semasa bawah 2 tahun.
Takut kan? Besar sangat amanah mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun untuk memastikan perkembangan yang baik dari segala aspek.
Meena dan Yom menunjukkan perkembangan terbaru dan membuatkan abah dan mamanya gembira. Meena sudah pandai menyebut perkataan abah manakala Yom pula sudah mula pandai berjalan! Netizen sebak lihat reaksi abah dan mamanya.
Walau pun asalnya dua anak kecil ini adalah anak angkat dan kemudiannya menjadi anak susuan, namun kasih sayang yang diterima tidak kurang. Apabila menunjukkan perkembangan baru, Dato’ Sri Aliff & Datin Sri Shahida memang teruja.
Dato’ Sri Aliff telah memuatnaik video di akaun Instagram menunjukkan pencapaian atau milestone kedua-dua anaknya itu. Video tersebut memaparkan Meena menyebut perkataan abah manakala Qayyum atau Yom pula berjalan tatih.
Kapsyennya pula menggambarkan terharu dan bersyukurnya beliau apabila anak-anak yang masih kecil sudah pandai memanggil abah dan sudah mula pandai berjalan.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.