Hasrat ingin menambah lagi cahaya mata mendorong pelakon Datuk Fizz Fairuz menyempurnakan ibadah korban dengan ‘menumbangkan’ sebanyak tujuh ekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Fizz atau nama lengkapnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, berkata jumlah tujuh ekor lembu itu sebagai simbolik kepada hasratnya yang ingin menambah tiga lagi cahaya mata menjadi tujuh.
“Emak saya mempunyai sembilan orang anak, saya nak ‘lawan’ tetapi tidak larat pula. Jadi, cukuplah sekadar tujuh orang, insya-Allah,”
Pada masa sama, pelakon berusia 43 tahun itu menyifatkan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini lebih meriah berbanding tahun lalu buat mereka sekeluarga tambahan pula ibunya beraya bersama.
“Untuk raya haji tahun ni, saya tidak balik kampung kerana mak saya ada di sini dan kami sekeluarga akan menyembelih tujuh ekor lembu di sini.
Ads
“Saya boleh katakan raya haji tahun ini adalah raya paling meriah,” kata pelakon yang bakal muncul menerusi filem Sue-On, tidak lama lagi.
Berkongsi erti korban, bapa kepada empat cahaya mata itu mengagumi pengorbanan isterinya, Datin Almy Nadia yang merupakan individu paling banyak berkorban untuk dirinya dan anak-anak.
“Korban bagi saya ialah pengorbanan seorang ibu buat anak-anak.
Ads
“Ibu sanggup melakukan apa saja untuk anak-anak demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
“Jujurnya saya terharu melihat apa yang dikorbankan selama ini. Kalau anda duduk serumah dengan saya, anda boleh lihat bagaimana dia (isteri) berkorban setiap hari. Banyaklah pengorbanan yang dilakukan,” ujarnya
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004.
Ads
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan, termasuk iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Endometriosis adalah keadaan di mana tisu yg menyerupai lapisan dalam rahim ( endometrium ) terdapat di luar rahim seperti tempat di sekitar rahim, ovari, dan tiub fallopian. Sangat biasa ditemui – 1 dalam 10 wanita mengalaminya. Kalau mak atau adik beradik perempuan ada endometriosis ni, selalunya anda akan ada juga.
Endometriosis – Penyakit Hantu
Masalah endometriosis ini akan mempengaruhi kesihatan reproduktif wanita. Boleh menimbulkan kesan jangka panjang pada kesihatan emosi dan aktiviti harian seseorang wanita.
Apakah simptom-simptom endometriosis?
Simptom biasa yang dialami pesakit termasuklah sakit pada pelvis, haid yang tak teratur atau kadang-kadang banyak. Untuk mereka yang dah berkahwin, mengalami kesakitan ketika membuat hubungan seks dan sesetengahnya ada masalah kesuburan.
Ada pesakit mengalami sakit berkaitan dengan usus, pundi kencing, bahagian belakang, peha atau sebahagian kaki. Walaupun begitu, ada je orang yang ada endometriosis ni takda apa-apa simptom langsung.
Lazimnya sakit disebabkan endometriosis ni berlaku dalam corak atau pola yang sama – jadi teruk sebelum atau semasa period. Ada perempuan yang mengalami sakit setiap masa tapi ada sesetengah perempuan pula, sakitnya datang dan pergi. Sakit ini akan hilang atau jadi berkurangan apabila wanita ini mengandung.
Apa sebabnya endometriosis?
Sebab sebenar tidak diketahui, sehinggakan cikgu saya di Universiti pun menggelarkan endometriosis ini sebagai “PENYAKIT HANTU” – maksud beliau tiada siapa yang faham apa sebenarnya penyakit endometriosis.
Walaubagaimanapun kita faham bahawa tisu atau sel endometrium yang berada di luar rahim ini akan memberikan respon yang sama seperti dinding rahim terhadap perubahan hormon yang berlaku pada setiap kitaran haid. Maka jika berlakunya luruhan dinding rahim pada setiap kitaran haid, perkara yang sama berlaku juga pada sel-sel tisu rahim yang berada di luar rahim ini.
Pendarahan ini menyebabkan sakit, inflamasi, pembentukkan parut dan seterusnya merosakkan organ-organ dalam pelvis. Sama konsepnya macam bila kita ada luka terkoyak, parut akan terbentuk kemudiannya sebagai langkah semulajadi penyembuhan, sama gak apa yang berlaku pada mereka yang ada endometriosis ini cuma proses ini berlaku dalam rongga pelvis. Takde lah nampak parut tu kat luaran.
Endometriosis boleh terjadi pada:
-Ovaries ( boleh membentuk kantung yang dikenali sebagai endometrioma atau ‘chocholate cyst’ ) – bukan sebab makan coklat jadi cmni ye
-Dalam peritoneum ( lapisan yg menyelaputi pelvis dan abdomen ) Pada Tiub fallopian -Pada rahim, belakang atau sekitar kawasan rahim -Kawasan antara vagina dan rektum
Endometriosis boleh terjadi pada dinding dalam rahim dinamakan adenomyosis dan amat jarang berlaku pada usus dan pundi kencing. Kadang-kadang merata tempat lain pun boleh ada endometriosis, tapi JARANG berlaku
Macam mana doktor tahu seseorang tu ada endometriosis?
Susah nak diagnos seseorang tu ada endometriosis atau tak. Kenapa?
Sebabnya simptom endometriosis ini berbeza antara individu, bukannya sama. Symptom endometriosis boleh menyerupai sakit disebabkan oleh penyakit-penyakit lain seperti irritable bowel syndrome atau pelvic inflammatory disease. Lain rawatannya. Ada je orang yang ada endometriosis tidak menunjukkan apa-apa symptom
So, bila berjumpa Dr, ada beberapa soalan yang biasa ditanya.
-Sakit tu ada pattern ke, ada kene mengena dengan apa-apa seperti period ?
-Mcm mana period ? – sakit ke atau banyak ke? -Kalau melakukan hubungan seks – ada sakit ? -Ada masalah ketika nak buang air besar atau kecil ketika period? -Susah nak mengandung ke? Lebih lebih lagi ada symptom-symptom yang saya da ckp tadi
Kemudian Dr akan menjalankan pemeriksaan untuk mengesan mana puncanya sakit tu. PASTIKAN anda ada peneman (chaperone) semasa pemeriksaan. Tak kira doktor tu doktor perempuan ke doktor laki. MESTI ADA CHAPERONE.
Mungkin lepas pemeriksaan, anda akan menjalani pemeriksaan ultrasound – pelvic ultrasound scan
Biasa saya akan buat scan dari bawah transvaginal untuk mereka yang dah berkahwin atau pernah lakukan hubungan seks untuk melihat rahim dan ovari dengan lebih dekat. Boleh la nampak kalau ada ‘cyst’ pada ovari.
Kalau ada cyst yg menyebabkan sakit ini, doktor akan berbincang utk pembedahan laparoskopi membuang cyst. Pembedahan ini bukan sekadar nak buang cyst, selain itu boleh melihat keseluruhan rongga pelvis dan abdomen untuk endometriosis. Kalau perlu sedikit sampel diambil untuk analisis makmal.
Kalau dah confirm endometriosis, apa rawatan akan diberikan?
-Rawatan ubatan untuk mengawal rasa sakit
-Rawatan pil hormon -Pembedahan – laparoskopi atau laparotomi ( bergantung kepada tahap endometriosis )
Apa-apa pun bukan semua pilihan rawatan boleh diberikan kepada pesakit. Tahap endometriosis dan keadaan keseluruhan pesakit perlu diambil kira sebelum apa-apa rawatan diberikan. Sila berbincang dengan Dr terlebih dahulu
Satu lagi, endometriosis ni masalah kaum perempuan sahaja. Brader-brader kat luar sana jgn ler risau tak tentu hala. Walaupun sakit org perempuan, kena gak amek tahu utk tambah ilmu.
Perlunya ibu mengamalkan pernafasan dalaman, mengambil makanan dan minuman, posisi yang semasa dan mengikut arahan petugas perubatan semasa bersalin. Perkongsian ini boleh dijadikan panduan.
Jururawat, Nur Harmuny Amaluddin berkongsi mengenai tip yang perlu dilakukan ibu semasa melalui proses bersalin seawal mula-mula kontraksi dirasai.
SIAPA CAKAP BERSALIN TAK SAKIT??
Setiap ibu ada tahap sakit mereka sendiri. Ada ibu yang dah banyak kali bersalin tapi sakit yang ibu lalui masih sama. Ada juga ibu yang pertama kali bersalin mampu menahan sakit semasa kontraksi semakin kuat. Jadi jangan memandai-mandai cakap bersalin tak sakit apa-apa.
Kontraksi uterus contohnya. Ada kes ibu yang sakit tahapnya boleh berguling guling satu padang bola. Tapi ada juga kes ibu boleh lagi tidur dengan nyenyaknya.
TEKNIK PERNAFASAN DALAMAN
Satu teknik yang ibu boleh gunakan semasa kontraksi mula dirasai ialah PERNAFASAN DALAMAN. Sakit tidak dapat dihilangkan tetapi teknik ini membantu mengurangkan rasa sakit kontraksi.
Ibu juga digalakkan mengiring ke kiri untuk membantu menyalurkan oksigen kepada bayi.
Ibu perlu menarik nafas menggunakan hidung kemudian menahan nafas dalam anggaran 10 saat. Lalu hembus nafas melalui mulut. Ulang teknik ini setiap kali kontraksi mula dirasai.
ELAKKAN MERAUNG SEMASA KONTRAKSI
Yang penting elakkan meraung menjerit jerit semasa kontraksi. Sebab apa?? Satu rasionalnya, ia akan mengganggu emosi ibu ibu lain yang berada di dalam dewan bersalin.
PERLU SELESA & MAKAN UNTUK DAPATKAN TENAGA
Jika ibu masih berada di wad biasa sangat digalakkan ibu berjalan perlahan atau juga baring jika posisi itu yang ibu selesa. Ibu perlu makan untuk dapatkan bekalan tenaga.
PROSES MENERAN PERLUKAN BANYAK TENAGA
Proses meneran untuk keluarkan kepala bayi sangat memerlukan banyak tenaga. Ikut arahan yang staf beri untuk lancarkan proses bersalin. Pembukaan pintu rahim akan terbuka dengan bantuan kontraksi bersama penurunan kepala bayi.
Point penting ialah;
SELUSUH TINGKATKAN RISIKO RAHIM PECAH!
Kalau ada yang suruh minum air selusuh, saya tak galakkan. Bukan kata tak boleh tapi TAK DIGALAKKAN. Sebab risiko rahim pecah boleh berlaku kerana kontraksi berlaku secara paksaan dan bukan secara semulajadi.
Sememangnya kes jangkitan Covid-19 dikalangan kanak-kanak dikatakan jarang dijumpai, namun hari ini sudah ramai kanak-kanak yang telah terkesan dengan virus yang merbahaya ini. Malah di luar negara ada yang sudah terkorban kerana Covid-19
Sebelum ini pelakon dan pengacara popular Neelofa pernah memuat naik perkongsian tentang anak sepupunya yang berusia enam bulan disahkan positif Covid-19. Dalam IG story yang dimuat naik itu, Neelofa memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan si comel Noor Sameera Mohd Nazlee yang tinggal di Brunei.
Sameera anak kepada sepupu Neelofa, Noor Cahaya dijangkiti virus tersebut daripada kontak rapat yang merupakan ahli keluarga yang baru pulang dari luar negara.
Tapi syukur kepada Yang Maha Esa, dalam perkembangan terbaru di akaun Instagram milik Noor Cahaya, anak perempuannya itu difahamkan telah pulih daripada jangkitan tersebut. Menurutnya si comel Noor Sameera telah bebas daripada virus dan kini sudah boleh pulang ke rumah selepas 18 hari menjalani sesi rawatan di salah sebuah pusat perubatan di Brunei.
Noor Cahaya dalam perkongsiannya itu juga mengucapkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan menitipkan doa buat Sameera.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.