“Saya nak 10 anak, lantoklah” kata suami pada isterinya, tanpa memikirkan keselamatan si isteri. Tanpa menghulurkan bantuan dalam menguruskan anak-anak. Malah ada yang menafikan hak anak-anak untuk mendapatkan pelajaran yang sempurna, pemakanan yang sihat dan kehidupan yang selesa.

“Yang Pertaruhkan Nyawa, Isteri! Jadi Hak Merancang Bilangan Anak Adalah Hak Isteri”

 

Akhirnya keluarga ini hanyalah hebat dari segi kuantiti, tetapi kualiti anak-anak diabaikan. Anak adalah amanah dari Tuhan. Mereka berhak mendapat pelajaran dan kehidupan yang baik kerana mereka tidak memilih ibu bapa, tetapi ibu bapa yang memilih untuk memiliki mereka. Jadi berikanlah yang terbaik untuk mereka. Rancanglah kehidupan keluarga anda. Jika anda mampu, lahirkanlah generasi yang ramai dan berkualiti.

Wajib merancang dan menghadkan jumlah anak jika:

– Anda tak mampu nak sediakan bilik yang cukup dan selesa untuk anak-anak. mengasingkan anak-anak lelaki dan perempuan.

– Anda tak mampu nak beli pakaian yang elok-elok untuk anak-anak anda.

– Anda tak mampu beli makanan yang berkhasiat dan elok-elok untuk anak-anak anda. (real food)

IKLAN

– Duit bersalin isteri pun tak mampu nak bayar. Tiada kenderaan yang selesa dan selamat untuk bawa semua anak.

– Kerja anda main Game siang malam pagi petang

– Anda tak boleh nak redhakan emosi anak anda yang paling kecik untuk terima adik baru… Semua bini buat, laki buat donno, menangislah anak itu minta didukung dan anda tak mampu nak dukung sebab berpantang dan dilarang oleh orang tua.

– Anda tak mampu beri pendidikan terbaik untuk anak-anak. Anak-anak minta beli pencel colour 26 batang pun tak mampu. nak kertas warna pun tak mampu.

– Hari-hari gaduh laki bini pasal duit

IKLAN

– Kerap sangta pinjam duit mak bapak/mertua/adik beradik/kawan-kawan sampai orang dah nampak true color laki bini

– Emosi ke laut, asyik jadi rimau aje ngan anak-anak

– Hubungan dengan Tuhan berantakan

Hak merancang dan menghad bilangan anak adalah HAK ISTERI. Ustaz pernah pesan, tak perlu minta izin suami pun kalau suami memang sejenis tak membantu dan selfish, sampai biarkan bini pregnant setahun 2x…sebab ISTERI yang membawa perut ke sana ke MARI. pertaruh nyawa, risiko mati, tumpah darah dan banyak lagi. Belum masuk bab menyusukan, bab penjagaan pantang, emosi dan financial…bagilah mereka berehat selama yang mereka mahu. sehingga mereka bersedia. suami perlu dimaklumkan dan tolong bersetuju. positif dan empati.

Lahirkanlah anak-anak yang berkualiti. Bukan semata-semata bangga dengan kuantiti tapi anak lepas kat mak bapak dan mertua suruh jaga. Jangan kerana anak ramai berderet, menyebabkan depress..anak-anak jadi mangsa marah-marah hingga tercalar emosinya kerana anak tu tak minta lahir ke dunia, anda dah buat tolonglah jaga amanah tu sebaiknya!

IKLAN

Siapa yang penyabar dan mampu untuk menyediakan kelengkapan di atas…teruskan la punya anak-anak yang ramai. Kepada yang tidak mampu, jangan la membawang mereka…keluarga mereka hak mereka. Tak perlu campur tangan hal keluarga mereka. Plan lah jumlah keluarga masing-masing..jangan sibuk plan kan keluarga orang lain.

Ingat, anak-anak bukan semata-mata rezeki tapi AMANAH. Rezeki pun bukan turun dari langit terus tapi perlu dicari, di ikhtiar. Stop serahkan semua konon ketentuan tapi tak ada usaha untuk perbaiki kualiti dan ekonomi hidup.

Kredit: Pemilik asal posting

“Yang Pertaruhkan Nyawa, Isteri! Jadi Hak Merancang Bilangan Anak Adalah Hak Isteri”

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI