Ramai ibu bapa akan membuat majlis cukur rambut bayi baru lahir mereka tetapi sejauh mana anda faham tentang adat bercukur yang sememangnya sudah diwarisi sejak turun temurun itu?
Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, sebenarnya amalan mencukur rambut bayi baru lahir hendaklah dicukur sepenuhnya bukan sekadar gunting sedikit sahaja.
Menurut penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus amalan mencukur rambut bayi adalah sunnah dan diperintah oleh agama.
“Ia sunnah yang mula dilupakan orang sekarang. Banyak hadis tentang kelebihan mencukur iaitu mengamalkan 6 perkara yang disarankan oleh Nabi kepada anak baru lahir.”
Menurut UAI lagi, ibu bapa hendaklah mencukur rambut bayi sampai botak dan sunat dicukur pada hari ke-7 selepas dilahirkan.
Tetapi kalau tak boleh, ia masih boleh dilakukan pada hari lain. Bukan wajib buat hari ke-7 tetapi sunat sahaja.
“Kemudian sunat ditimbang dan dikira mengikut harga emas atau perak dan disedekahkan jumlah tersebut kepada fakir miskin mengikut kemampuan.”
Amalan mencukur rambut bayi yang baru lahir yang selama ini duduk dalam perut ibu yang ada darah adalah amalan yang baik bagi membolehkan rambut bayi akan tumbuh lebih sihat dan lebat.
Perkongsian daripada seorang ibu, Halimatulssaadiah Wan Jusoh berkenaan amalan mencukur rambut bayi baru lahir serta cara mengira jumlah timbangan rambut tersebut sebelum disedekahkan mengikut harga emas atau perak semasa boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa lain.
Cukur Rambut Baby Baru Lahir
Tahniah kepada Mak Iti atas kelahiran cahaya mata sulungnya
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7.
Cukur sampai botak. Tak kira babygirl or babyboy. Jangan cukur sipi-sipi je.
Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.
Tujuannya untukmembuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.
Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak
Gambar sebelum kena cukur
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan
Contoh rambut babyR ni berat 0.99g Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur;
Timbang rambut yang dah dicukur
Ketiga-tiga anak memang cukur pada hari ke-7. Tak panggil orang ramai pun. Husband yang cukur especially Rayyan & BabyR. Balik kerja terus cukur. Sebagai isteri, kena ingatkan suami.
1) Ambil 1 bekas berisi air suam 2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby. 3) Guna pisau cukur gillette je or mane2 yang ada. Pastikan baru. 4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut. 5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi. 6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw. 7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas
Ini je la pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu yang mengalami keguguran tidak boleh memandang ringan soal berpantang. Sama seperti ibu yang melahirkan, anda juga harus berpantang. Penting untuk anda menjaga kesihatan di dalam pantang agar pulih seperti biasa.
Berpantang dengan cara yang betul membolehkan anda hamil untuk kali seterusnya dengan kemungkinan tiada sebarang masalah. Ikuti perkongsian terapis bertauliah dan pengasas ELLEEN Confinement & Ladycare, Ilyani Mohd Ghazali, tentang tip berpantang selepas mengalami keguguran.
Berapa Lama Harus Berpantang?
Tempoh berpantang yang ideal jika seorang ibu mengalami keguguran pada trimester pertam adalah selama 30 hari. Selama tempoh tersebut juga, hubungan intim perlu dielakkan kerana ibu masih dalam proses pemulihan. Sekurang-kurangnya seseorang wanita disyorkan berpantang selama dua minggu selepas disahkan keguguran, sama seperti tempoh cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital.
Jika mengalami demam teruk atau terdapat pendarahan yang berpanjangan serta lelehen berbau pada faraj selama tempoh itu, rujuklah masalah anda kepada doktor. Hadkan pergerakan. Jangan terlalu aktif dan buat kerja berat sekurang-kurangnya sebulan selepas anda mengalami keguguran.
Dalam tempoh berpantang, emosi si ibu sangat sensitif dan perlu dijaga. Oleh itu ibu perlu berada dalam suasana yang tenang, positif serta mendapat sokongan penuh dari orang terdekat terutamanya si suami.
Pantang Cara Tradisional
Ketika berpantang, berurutlah seluruh badan. Tetapi jangan pula dibuat urutan sengkak rahim pada awal tempoh berpantang. Jika masih mahu melakukannya, si ibu perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 hari selepas keguguran. Ibu juga dibenarkan untuk bertungku seluruh badan setiap hari selepas habis tempoh pantang.
Buat juga rendaman faraj, bertangas kering (bermula pada hari ke 30 selama 14 hari), dan berbengkung dengan sapuan ubat barut (jika gugur pada kandungan yang sudah besar). Jika berada di tempat berhawa dingin, pakailah baju lengan panjang lengkap berstokin.
Angin berbisa mampu masuk ke badan wanita melalui ubun-ubun dan ibu jari kaki selepas bersalin. Tidak mengikut amalan ini mungkin akan membuatkan ibu mudah diserang angin sejuk sepanjang masa. Badan mudah lenguh dan kerap sakit pada pinggang, lutut dan tumit.
Seboleh-bolehnya tunggulah sehingga dua bulan sebelum mengangkat berat. Tabiat mengangkat berat ketika pantang gugur menyebabkan rahim menjadi lemah. Peranakan ibu mudah jatuh dan mengakibatkan ibu selalu diserang sakit pinggang. Paling merisaukan, risiko untuk keguguran berulang juga ada.
Walaupun tidak bersalin, keguguran menunjukkan rahim anda bermasalah. Pengambilan herba sesuai untuk merawat luka selepas prosedur D&C, memantapkan otot sekeliling faraj serta menyihatkan rahim. Jika betah mengamalkan herba, ibu berpotensi untuk meroyan. Selain itu, banyakkan duduk untuk menjaga rahim agar mudah sembuh untuk mengelakkan keguguran berlaku lagi.
Mahu Hamil Semula
Waktu selamat untuk hamil semula selepas keguguran ialah selepas tiga kali kitaran haid. Hal ini penting agar rahim anda benar-benar pulih untuk hamil semula. Setiap ibu yang mengalami keguguran akan mempunyai perasaan trauma dan risau untuk hamil semula. Sebelum melakukan hubungan intim bersama suami, seharusnya anda harus pastikan mental dan fizikal anda bersedia untuk sebarang kemungkinan. Jika mahu bersama dengan suami buat kali pertama selepas keguguran, wujudkan suasana romantik seperti di awal kehamilan agar anda berdua dapat mendalami momen itu tanpa perlu merasa stres.
Walaupun tidak melahirkan anak, pengorbanan anda ketika mengandung sebelum keguguran adalah pengorbanan yang besar. Pulihkan diri anda, baik mental dan fizikal sebelum membuat keputusan untuk hamil lagi. Jaga diri dan ikutlah saranan pakar untuk kembali sihat seperti biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka, hanya demam biasa akhirnya anak kecil ini dijemput illahi. Tidak terduga pemergian si kecil ini sangat mudah di bulan yang penuh mulia.
Ibu kepada anak syurga ini, Puan Siti Hajjar Hassantelah berkongsi saat-saat sebelum anaknya dijemput illahi. Baginya, anak kecil yang sakit sangat wajib diberi perhatian oleh ibu bapa, jangan biarkan anak sakit tidak dirawat dan jangan pandang mudah apabila anak mula jatuh sakit.
Dilahirkan dengan usus tiada saraf dan alat sulit bengkok, penderitaan adik Muhammad Arif Aryan Mohd Kamal Arif, empat bulan sungguh berat.
Menurut bapanya, Mohd Kamal, masa lahir Aryan hanya disahkan mengalami CHORDOE PENIS AND HYPOSPADIAS (alat sulit bengkok) namun selepas usianya 24 hari, doktor mengesahkan dia juga mengalami HIRSCHOPRUNG DISEASE (usus tiada saraf).
Semasa rawatan di NICU Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
Berikutan Aryan lahir di Hospital Sungai Petani, kesnya di rujuk kepada pakar di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan kini masih memerlukan rawatan susulan.
“Disebabkan ususnya tiada saraf, Aryan dah menjalani pembedahan cuma untuk pembedahan alat sulit bengkok kena tunggu umurnya dua tahun baru boleh buat.
“Kalau diikutkan kes ini hanya 3 atau 4 orang sahaja setahun bayi yang mengalaminya. Tapi kami terima ujian ini dengan hati terbuka,” katanya
Masa ni baru keluar NICU. Ketika sebulan beratnya 2.6 kg
Aryan adalah anak kedua bagi Mohd Kamal dan anak sulungnya tiada apa-apa masalah kesihatan.
Terpaksa jolok dengan lilin
Bagaimanapun, selepas menjalani pembedahan membesarkan laluan dubur, tiap kali Aryan buang air besar kena jolok dulu dengan lilin sebab lubang tempat jahit sempit.
Kamal berkata, keadaan kesihatan Aryan boleh sembuh jika ikut jadual pemeriksaan doktor dan dia perlu berjumpa doktor sehingga umurnya 15 tahun.
Kisah Aryan juga pernah disiarkan dalam Sinar Harian baru-baru ini dan berdasarkan perkongsian ibunya, Sharifah Nafika Ahmad Kamal, sebagai ibu dia tak sanggup apabila terpaksa menggunakan lilin untuk membesarkan lubang dubur Aryan.
“Selepas Aryan menjalani pembedahan dia lega anaknya kini boleh membuang najis secara normal tetapi perlu membesarkan laluan itu menggunakan lilin.
“Alhamdulillah Aryan dah boleh membuang najis seperti biasa tetapi lebih kerap. Lubang najisnya pula masih kecil dan doktor meminta kami menggunakan lilin mengikut saiz tertentu yang dijolok ke dalam bahagian itu dua kali sehari.
Memang perit sebab dia akan menangis sekuat hati. Kalau ikutkan hati ini tak sanggup tapi apakan daya cara ini untuk memastikan dia sihat,” kongsinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!