Isteri sangat gembira bila suaminya tolong dalam urusan rumahtangga walaupun hanya cuci tandas sahaja! Bernilainya pertolongan kecil suami dimata isteri. Isteri tidak mengharapkan bulan bintang, cukup sekadar memahami dirinya penat dan sama-sama membantu dalam urusan menguruskan rumahtangga.
Isteri sent gambar ini ketika saya outstation. Entah bila dia snap gambar yang saya sedang cuci tandas.
Bagi saya cuci tandas ini tidaklah rasa apa-apa yang besar sangat, lagi pun dah biasa cuci tandas di tempat kerja. saya terkesan sangat apabila isteri cakap yang dia rasa gembira sangat bila saya ringan tulang kat rumah.
Ads
Saya mula beri perhatian dalam hal ini. Sekecil perkara yang saya buat ini pun buatkan hati seorang isteri gembira. Sedangkan banyak perkara dalam rumah kebiasaanya isteri yang lakukan. Saya sebak sangat,jika nak outstation semua keperluan saya disediakan,pakaian,berus gigi disusun dengan baik,hatta kasut mana yang sesuai untuk saya outstation pun dah tersedia didepan pintu.
Bukanlah untuk memuji isteri berlebihan, tetapi inilah hakikat ramai isteri yang baik melayan suami agar suami redha kepada mereka.
Ads
Alangkan gembiranya seorang isteri jika suami sentiasa beri perhatian kepadanya dan ambil peduli tentang penat lelah dia uruskan rumatangga, apatah lagi jika suami bimbing isteri untuk sama-sama masuk syurga. Sebaliknya begitulah isteri berusaha buatkan suami tenang melihatnya.
Ads
Rupanya dalam rumahtangga kita jangan fikir apa pasangan perlu buat untuk saya,tetapi kita kena fikir apa lagi yang perlu saya buat untuk gembirakan pasangan.
Tahu tak,jika kita berusaha untuk gembirakan keluarga ini,الله akan gembirakan kita dalam banyak perkara dan buatkan kita rasa bahagia bersama keluarga.
Detik bersalin setiap ibu berbeza. Bahkan bagi seorang ibu, setiap anak ada kisah kelahiran yang tersendiri.
Bersalin secara normal bagi ibu yang mempunyai ketinggian kurang daripada 148sm, bayi mungkin berisiko tersangkut bahu. Namun bagi ibu yang mempunyai ketinggian 151sm ini, pengalaman melahirkan anak keduanya ini mendapat perhatian warganet. Melahirkan bayi post matang (overdue) seberat 3.8kg bagi ibu yang berbadan kecil adalah suatu yang mengagumkan. Berikut perkongsiannya;
Assalamualaikum…nak cerita pengalaman masa nak bersalin
OVERDUE 2 HARI
Saya dah over due 2 hari…pegi hospital trus admit…masa dlm wad..doktor scan baby,baby kemungkinan besar 3.7kg.
Dengan size badan saya,tinggi hanya 151 dan berat 53kg je…doktor cakap,dia tak boleh nak connfirmm kan saya boleh bersalin normal atau tidak kerana risiko saya bersalin normal, takut bahu baby sangkut dan patah.
IMBASAN SEBELUM BERSALIN 3.5kg
Pada masa itu, saya pun reda…saya beritahu doktor, saya tak kisah. Nak czer pun bole, janji saya dan baby selamat sebab saya tak nak tanggung risiko.
Doktor panggil seorang lagi doktor pakar, scan lagi, doktor tu cakap..saya scan mcm 3.5kg je..tak apa, kita try normal dulu. If baby tak boleh nak keluar, kita emergency czer lah.
SAKIT SEMAKIN KUAT
Saya pun ok je…masa tu, perut tak lah sakit sangat…kul 1.30am, suami balik. Saya suruh balik,sbb risaukan anak seorg lagi kat ruma….2:15am mcm tu..perut saya dah memulas.
Sekejap-sekejap saya tengok jam, setiap 3 minit sakit…panggil doktor,saya ckp,saya sakit mcm nak bersalin…doktor trus bawak masuk bilik check jalan,dah 6cm…pecahkan ketuban,tolak labour room.
DITOLAK MASUK KE LABOUR ROOM
Masa ni lah teruk-teruk diorang kerjakan saya,nak keluarkan baby punya pasal?? Kata doktor,kalau nak meneran,meneran je..4 nurse,1 doktor…diorang memang agak,baby saya besar.
SUSAH MENERAN
Oleh kerana saya susah sangat nak meneran..sebelah menyebelah nurse angkat peha saya..saya rasa,lutut saya ada kat kepala saya..diorang punya nak kangkangkan kaki tu. 4 tangan kat atas perut saya.
MENERAN SAMBIL PERUT DITEKAN, AKHIRNYA KEPALA BAYI KELUAR
Sambil saya teran,diorang push perut saya,bantu keluarkan baby. Memang payah sangat masa tu. Doktor n 2 nurse kat depan. Buka luas, supaya kepala baby keluar,kepala dah keluar.
TERAN SEKUAT HATI SUPAYA BAHU BAYI TAK TERSANGKUT
Diorang suruh saya teran sekuat hati,sbb tak nak bahu baby sangkut…dengan bantuan 6 tangan kat depan saya,4 tangan push perut saya..lutut kat atas kepala ni haa…huuuu memang mencabar…tapi Alhamdulillah.
TAK SEJAM TAHAN SAKIT, LAHIRLAH PUTERIKU
Allah permudahkan,x sampai sejam,saya tahan sakit…saya selamat melahirkan seorg puteri.
10 TANGAN MEMBANTU
Nurse siap cakap,hohoho tak sabar nak timbang baby. doktor plak ckp kat saya..mama,kalau saya ye..
Saya pun tak sanggup teran oo, mesti nak czer punya,sambil dia gelak. Saya pun gelak la sekali Sambil ckp..mau x keluar..10 tangan ooo doktor???
LAHIR BAYI 3.8kg TANPA JAHITAN
Lahir lah baby girl saya,pada jam 3:25am 3.8kg, normal, tak ada jahitan,alhamdulillah…tanpa suami d sisi..x sempat nak bagitau,sbb masa terlalu pantas,x sampai sejam,saya selamat melahirkan baby….saya x bagitau suami pun,dah bersalin..dia datang je,baby dah ada kat katil…nangis dia,trus sujud syukur dalam wad tu….Allah permudahkan saya bersalin,alhamdulillah.
AMALKAN MINUM MINYAK KELAPA DARA
Pa&Ma yang menemurah ibu ini bertanyakan apa yang diamalkannya sehingga bersalin tanpa sebarang luka yang perlu dijahit walau pun bayi bersaiz agak besar.
“Sepanjang saya mengandung saya cuma minum minyak kelapa dara. Saya juga amalkan mendengar surah-surah dan memohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan kehamilan dan selamat melahirkan anak kedua ini,” kata Diana.
Isteri kepada Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina Mohd Yunos meminta tip untuk berhenti menyusu badan memandangkan anak kembarnya, Eusoff & Emelia sudah pun berusia 1 tahun 9 bulan.
Tambahnya lagi, dia sudah bersedia untuk berhenti menyusu anak namun si kembar masih ingin menyusu badan walaupun sudah dilatih minum daripada botol susu. Malah si kembar akan mencari Dr Halina semata-mata untuk menyusu.
“Perlukan pertolongan. Ada ke apa-apa tip untuk stop breastfeeding?”
“Si kembar E&E dah 21 bulan. Saya dah bersedia untuk tutup ‘feeding equipment’ saya!! Saya cuba beri si kembar susu dalam botol sebelum tidur,But she only wants to drink it when I’m not ard. Bila saya ada, dia akan kejar saya dan minta ‘titi’
Dr Halina turut menggunakan petua lama-lama supaya dapat berhenti menyusu namun tetap tidak berjaya.
“Cuba letak asam jawa paste on urrrmm.. The ‘feeding equipment’… Bagi sour taste.. Lepas dia rasa, di lap dengan baju.. dan minta saya pergi basuh #whostheboss?”
Tambahnya lagi, menyusu badan seolah-olah sudah menjadi habit si kembar dan dia sempat bertanya jika ada tip untuk berhenti menyusu badan pada pengikutnya di Instagram.
“Even after she had a bottle of milk, dia tetap nak breasfeed. Dah jadi macam habit. Macam kita lepas makan nak minum coffee.. Eusoff pun sama.. After 2 bottles of Susu (his and Emelia’S) he still wants to latch..”
“So, need help”
Rata-rata warga maya memberikan tip dan pendapat masing-masing berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui.
Empulur nenas keras yang kita selalu buang tu sebenarnya banyak betul kandungan bromelain.
Bromelain ni sejenis enzim yang ada pada buah nenas. Dan paling banyak di bahagian tengah nenas yang keras tu.
Kadang bila kita makan nenas, rasa lidas dan gatal di lidah kan. Sebab kandungan bromelain ni lah.
Bromelain boleh jejaskan lapisan protein mukosa pada lidah dan jadikan lidah kita lebih sensitif pada makanan berasid seperti nenas. Ini lah yang sebabkan rasa lidas dan gatal bila kita makan nenas.
Pun begitu, bromelain ni tinggi jugak khasiatnya tau. Takkan lah sebab rasa gatal lidah je kita terus taknak makan nenas kan.
Nenas tinggi dengan kandungan vitamin C. Salah satu superfood yang kita kena ajar anak-anak untuk cuba makan.
Nenas bagus untuk batuk jugak tau. Nenas boleh kurangkan lendir dan kahak. Dan ada kajian tahun 2016, katakan yang nenas mampu kurangkan simptom radang pada sinus. Resdung lah maksudnya.
Kalau anak-anak tak sihat, suami saya sukabeli nenas bagi anak makan setiap hari.
Nenas kaya dengan sifat anti radang yang insyaAllah boleh cepatkan penyembuhan anak.
Nenas jugak tinggi dengan kandungan vitamin B. Kalau nak anak-anak cepat belajar dan ingat sesuatu, jom kita jadikan nenas sebagai buah mingguan yang patut ada di rumah.
Makanan sebenar, terlalu banyak khasiat yang ada walau dari sebiji buah.
Setiap hari 3 4 jenis buah kita bagi anak makan, lebih banyak khasiat yang pelbagai anak akan dapat. Berbanding kita beri 2 3 jenis makanan proses sehari, yang mana pasti akan burukkan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.
Sama-sama kita cuba ya, banyakkan makanan sihat dari sumber asli untuk anak-anak.