Kerajaan Negeri Sabah mempertimbangkan langkah menambah tempoh cuti sekolah di negeri ini sebagai langkah menangani penularan COVID-19.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, langkah itu sebagai mengambil kira penularan di lokasi berisiko tinggi.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Sumber foto: BERNAMA
“Kerajaan Negeri Sabah pertimbang kemungkinan untuk memanjangkan cuti persekolahan waktu ini bagi menangani penularan COVID-19 di lokasi yang tinggi risikonya.
“Saya juga memohon orang ramai untuk menghadkan pergerakan mereka dan bagi sektor swasta juga, kita galakkan supaya pekerja mereka bekerja dari rumah sekiranya boleh,” katanya.
Untuk rekod, musim cuti persekolahan di seluruh Sabah akan bermula selama seminggu pada Isnin ini (esok).
Ads
Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya pada Ahad.
Mohd Shafie pada masa sama turut meminta rakyat Sabah supaya bertenang dan kerajaan negeri akan berusaha sedaya mungkin untuk menangani penularan COVID-19 di negeri ini.
Ads
“Masyarakat umum diminta untuk terus bertenang dan bekerjasama dengan pihak wajib dari semasa ke semasa,” katanya.
Sementara itu, dalam Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi mengesahkan seramai 49 individu kini dikenal pasti positif COVID-19 setakat hari ini.
Ads
Ia sekali gus menjadikan jumlah berkenaan bertambah sebanyak 23 kes berbanding 26 pada semalam.
Dalam kenyataan berkenaan, Lahad Datu dilaporkan mempunyai individu teramai dengan 14 orang, diikuti Tawau (8), Kinabatangan (5), Tuaran (3), Kunak (2), Putatan (2), Sandakan (2) manakala Kota Belud, Sipitang, Papar, Beaufort dan Kota Kinabalu masing-masing dengan seorang positif COVID-19.
Mengikut pecahan itu juga, 48 suspek positif COVID-19 adalah lelaki manakala seorang wanita.
Seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia dipercayai mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, awal pagi tadi. Perkara itu telah pun disahkan polis.
Dianggarkan seramai 100 orang dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father Organic Farm, di sini, awal pagi hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.24 pagi.
Beliau berkata, sepasukan 20 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Genting Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Berdasarkan laporan awal, kejadian tanah runtuh yang berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm menghempap sebuah tapak perkhemahan.
“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar (0.4 hektar),” katanya menerusi satu kenyataan.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilakukan termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas.
“Turut digerakkan ke lokasi kejadian adalah Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM),” katanya.
Dalam pada itu, setakat jam 10.16 minit pagi bomba melaporkan 60 individu berjaya diselamatkan dan 8 orang maut.
Niat untuk menolong orang lain sebenarnya tidak memerlukan wang ringgit yang banyak. Hanya dengan memberi pertolongan pada insan yang memerlukan sudah cukup terbaik buat kita.
Perkongsian pengacara tersohor, Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil yang memuat naik videonya membantu seorang bapa muda menaiki eskalator di puji ramai.
Mana tidaknya, tidak hanya begitu bersahaja menaiki MRT bahkan Pak Nil sempat membantu seorang bapa dengan anak kecilnya yang turut membawa stroller menuruni eskalator.
Melihat kepayahan bapa itu, Pak Nil dengan rendah hati membantunya hingga menuruni eskalator.
“Terserempak dengan seorang bapa muda yang struggle nak handle stroller sambil dukung baby bila nak turun eskalator di MRT Maluri,” kongsi Pak Nil di videonya.
Bahkan kata Pak Nil tak sukar pun hendak membantu orang lain malah tidak mengambil masa kita.
Dengan hanya membantu sedikit pertolongan semacam itu kita sudah dapat berbuat kebaikan.
“Tak susah pun nak tolong orang. Tak ambik masa kita pun.
“Di rakam tanpa perasan oleh PA Paknil @amr.syz,” tulis Pak Nil di kapsyennya.
Dalam pada itu, perkongsian Pak Nil itu sudah tentu mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya malah ramai yang memuji kebaikan Pak Nil.
“Bagusnya Pak Nil. Instead of judging, lebih baik membantu, terima kasih paknil!
“Alhamdulillah. Terbaik Pak Nil.
“Hati Pak Nil memang baik sangat orangnya pun baik ❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Tindakan seorang bapa meninggalkan dua anak kandungnya yang juga anak istimewa tanpa sebarang pengawasan wajar, membawa dirinya ke muka pengadilan.
Thaha Abdul Latef, 39, seorang akauntan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas dua pertuduhan.
Foto sumber daripada BERNAMA
Menurut pertuduhan pertama, Thaha didakwa sebagai seorang bapa telah meninggalkan anak lelakinya lelaki berusia 10 tahun tanpa menyediakan apa-apa keperluan mencukupi untuk pengawasan yang berpatutan bagi kanak-kanak itu.
Pertuduhan kedua pula, dia didakwa telah melakukan kesalahan sama terhadap anak perempuannya berusia 12 tahun.
Ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norazlin Othman, tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.
Menurut fakta pertuduhan, kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Elmina Valley, Seksyen U16, Shah Alam sekitar jam 4 petang pada 15 Mac lalu. Thaha didakwa gagal menyediakan keperluan pengawasan sewajarnya kepada kedua-dua anaknya.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh, dengan syarat tambahan untuk melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sebagai langkah kawalan.
Kes ini dijadualkan untuk sebutan semula pada 4 September 2025.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.