Pagi raya ini pasti kita teruja untuk berkongsi gambar sekeluarga di pagi raya. Bagi mendapatkan gambar raya yang super cantik, apa kata kali ini kita cuba teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk buat poster ucapan Hari Raya!
Tak perlu susah-susah, berikut merupakan perkongsian cara dari saudara Hazrezal Ahmad supaya anda pun boleh buat poster ucapan sendiri ala-ala selebriti.
Caranya adalah dengan menggunakan Google AI Studio. Walaupun hasilnya mungkin tidak setanding dengan rekaan profesional, ia tetap kelihatan kemas dan kreatif.
1. Cari sahaja ‘Google AI Studio’ di internet, klik kemudian sign up dan anda akan lihat paparan seperti di bawah.
Ads
2. Pastikan anda set Model kepada Gemini 2.0 Flash (Image Generation).
3. Masukkan gambar raya anda dan seeloknya tidak mempunyai latar belakang yang serabut dan penuh. Cuba guna gambar yang diambil berlatar belakangkan dinding yang kosong.
Ads
4. Masukkan arahan ini: Jadikan gambar ini sebuah poster ucapan Hari Raya gaya profesional dengan text “SELAMAT HARI RAYA” “MAAF ZAHIR BATIN” “DARI xxx”
5. Jika hasil tak menarik, guna butang macam penyapu dekat bawah untuk clear chat dan mula semula. Jika masih tak menarik hasilnya, klik CREATE PROMPT dekat menu sebelah kiri dan mula semula.
Diingatkan kepada anda bahawa bila buat menggunakan AI ini bukannya terus dapat hasil cantik. Kena cuba banyak kali sampai jumpa apa yang anda suka. Google AI Studio ini boleh akses menggunakan telefon pintar atau dekstop.
Sekian lama warganet mengikuti kes wanita yang dipukul suami sehingga koma dan terlantar, Jahidah Nordin, 44, dan hari ini Mahamah Rendah Syariah di Seremban telah meluluskan permohonan tuntutan fasakh yang dikemukakan pada bulan Februari yang lalu.
Memetik laporan di portal Sinar Harian, Hakim, Hamizan Mohd Nor membuat keputusan itu secara tertutup selepas mepertimbangkan keterangan bertulis yang dibuat oleh adik Jahidah iaitu Fauziah, 41.
Sebelum itu, peguam Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan, Mohd Amirul Adam Ahmad menyerahkan kenyataan bertulis tujuh muka surat yang mengandungi 31 soalan kepada Hamizan.
Menurut Fauziah, keputusan itu sememangnya dinanti-nanti oleh keluarga memandangkan keadaan Jahidah yang sudah menderita hampir dua tahun.
“Alhamdulillah saya tak sangka mahkamah membuat keputusan hari ini, saya gembira sangat.
“Saya rasa terlepas sikit beban yang dipikul selama ini kerana selagi tiada kata putus berkenaan tuntutan fasakh ini, saya sentiasa rasa dihantui,”katanya.
Menurutnya, keluarga sememangnya sudah menerima keadaan Jahidah tetapi hanya mengharapkan pembelaan sewajarnya buat wanita itu.
Ditanya pandangan berkenaan isu keganasan rumah tangga, Fauziah berkata, seorang suami sepatutnya menjadi penjaga dan pelindung isteri.
“Tak sepatutnya sehingga dipukul seperti mana yang berlaku kepada kak Jahidah. Ini pun kita tak tahu dia boleh sembuh macam dulu lagi ke tak.
“Wanita yang jadi mangsa keganasan suami juga perlu berani ambil langkah buat laporan, jangan diam saja,” katanya.
Sementara itu, Mohd Amirul Adam berkata, sebelum ini pihak defendan telah dikehendaki hadir ke mahkamah namun tidak memberi kerjasama walaupun notis saman melalui iklan telah disiarkan di surat khabar pada 24 Februari lalu.
Bagaimanapun katanya, mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga (ad litem) iaitu Fauziah dan dokumen-dokumen yang dikemukakan pada prosiding pada Selasa.
“Tuntutan fasakh mula dibuat pada 1 Februari lalu. Sepatutnya permohonan perlu dibuat Jahidah sendiri tetapi disebabkan keadaannya yang terlantar, jadi kita perlu buat permohonan penjagaan ad litem di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan pengurusan harta di Mahkamah Tinggi Malaya.
“Berdasarkan penilaian dibuat, mahkamah berpuas hati dengan kedua-dua keputusan dua Mahkamah Tinggi itu dan pada hari ini (Selasa) memutuskan pernikahan Jahidah dengan Rosmaini difasakhkan bermula hari ini,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.
Suspek kes buang bayi di tandas sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani, di sini, pada 23 Mac lalu akan didakwa di mahkamah, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
“Pertuduhan terhadap ibu dan anak masing-masing berusia 41 dan 18 tahun itu akan dijalankan di Mahkamah Sungai Besar, jam 9 pagi,” katanya, malam ini.
Terdahulu, media melaporkan pengunjung sebuah stesen minyak gempar apabila menemukan mayat seorang bayi dalam tandas.
Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, bayi lelaki ditemui terlangkup dalam lubang tandas.
Susulan itu, polis menahan dua beranak terbabit di dua lokasi berbeza sekitar Kapar, Klang bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kerisauan wargamaya yang prihatin kepada masalah anak kepada pelawak dan usahawan, Achey yang tidur berdengkur beberapa minggu lalu akhirnya merungkaikan masalah kanak-kanak kecil itu.
Menurut perkongsian Achey menerusi Instagramnya, anaknya, Nur Tiara Zinnirah, 6, bakal menjalani pembedahan membuang tonsil atau tonsilektomi pada pagi ini.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berharap pembedahan tersebut berjalan lancar dan memohon titipan doa daripada orang ramai.
“Salam semua, disebabkan Tiara tidur berdengkur, kami pergi check up dan doctor beritahu tonsil Tiara bengkak.
“Hari ini dia admitted hospital, Esok Tiara akan menjalani pembedahan kecil untuk tonsil yang membesar,” tulisnya berkongsi menerusi Instagramnya.
Achey juga turut mendoakan agar pembedahan anaknya itu dipermudahkan malah berterima kasih kepada semua yang menyarankan Tiara menjalani pemeriksaan doktor.
“Terima kasih yang menyarankan Tiara untuk buat check up dan hasilnya tonsil di temui oleh doktor pakar.
“Semoga doa semua yang menyayangi Tiara terus mengalir untuknya,” tulisnya lagi.
Pada pagi ini Achey juga dilihat turut membuat sesi live berkongsi kisah Tiara yang ketika itu sedang dalam bilik pembedahan malah memohon agar semuanya dipermudahkan.
Meninjau diruangan komen, ramai yang mendoakan agar masalah tonsil Tiara sekaligus masalah tidurnya dapat diperbaiki.
Terdahulu, melalui perkongsian video Tiara yang sedang tidur kepenatan, wargamaya menyarankan agar Tiara menjalani pemeriksaan doktor kerana bimbang masalah pernafasan yang dihadapinya.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.