Kerajaan Negeri Sabah mempertimbangkan langkah menambah tempoh cuti sekolah di negeri ini sebagai langkah menangani penularan COVID-19.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, langkah itu sebagai mengambil kira penularan di lokasi berisiko tinggi.

Cuti Sekolah Di Sabah Mungkin Disambung Lagi. Langkah Tangani Penularan COVID-19
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Sumber foto: BERNAMA

“Kerajaan Negeri Sabah pertimbang kemungkinan untuk memanjangkan cuti persekolahan waktu ini bagi menangani penularan COVID-19 di lokasi yang tinggi risikonya.

“Saya juga memohon orang ramai untuk menghadkan pergerakan mereka dan bagi sektor swasta juga, kita galakkan supaya pekerja mereka bekerja dari rumah sekiranya boleh,” katanya.

Untuk rekod, musim cuti persekolahan di seluruh Sabah akan bermula selama seminggu pada Isnin ini (esok).

IKLAN

Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya pada Ahad.

Mohd Shafie pada masa sama turut meminta rakyat Sabah supaya bertenang dan kerajaan negeri akan berusaha sedaya mungkin untuk menangani penularan COVID-19 di negeri ini.

IKLAN

“Masyarakat umum diminta untuk terus bertenang dan bekerjasama dengan pihak wajib dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, dalam Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi mengesahkan seramai 49 individu kini dikenal pasti positif COVID-19 setakat hari ini.

IKLAN

Ia sekali gus menjadikan jumlah berkenaan bertambah sebanyak 23 kes berbanding 26 pada semalam.

Dalam kenyataan berkenaan, Lahad Datu dilaporkan mempunyai individu teramai dengan 14 orang, diikuti Tawau (8), Kinabatangan (5), Tuaran (3), Kunak (2), Putatan (2), Sandakan (2) manakala Kota Belud, Sipitang, Papar, Beaufort dan Kota Kinabalu masing-masing dengan seorang positif COVID-19.

Mengikut pecahan itu juga, 48 suspek positif COVID-19 adalah lelaki manakala seorang wanita.

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI