Seringkali apabila bercerita tentang rezeki dikurniakan zuriat, biasanya kaum wanita lebih sensitif dan mengharapkan untuk mengandung. Sebenarnya dalam dia, suami juga menyimpan impian dan keinginan yang sama. Mereka lebih tabah dan tenang kerana mahu melindungi serta menjaga perasaan isteri tersayang.
Sama seperti pelakon berbakat, Izzue Islam yang telah memuat naik sebuah status yang meruntun hati pengikutnya. Mereka turut mendoakan agar dia dan isterinya, Awin, dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.
Ketika memuat naik sebuah video di laman Instagramnya, Izzue telah menulis sebuah kapsyen yang bercerita tentang sikap isterinya yang selalu membuatnya terhibur:
“Kene lagi aku! Tak apalah, satu je harapan aku. Andai kata ade rezeki dapat anak, biarlah anak aku ni perangai sama macam @awinnurin .
“Biarlah dia nak conteng muka ke kereta ke baju ke atau apa-apa jelah yang ada pada aku.
IKLAN
“Jangan dia conteng hati & perasaan orang yang belum tentu orang tu akan maafkan dia, jangan conteng arang dimuka bapak sudah.”
Rata-rata pengikutnya berharap agar Izzue dan Awin akan dikurniakan zuriat dan teruskan berdoa dan berusaha. Jika dilihat, pasangan ini sangat romantis dan menyayangi antara satu sama lain.
Tahniah diucapkan kepada Hafidz Roshdi kerana telah bergelar bapa dan menimang cahaya mata perempuan Sabtu lalu.
Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Klang secara normal.
Hafidz yang mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada Mat Shukri pada April tahun lalu sangat teruja dengan kelahiran cahaya mata pertamanya walaupun di usia yang masih muda.
Dalam instagramnya, ramai peminat memberi ucapan tahniah kepada Hafidz dan isterinya dan mendoakan agar anaknya membesar dengan sihat serta menjadi anak solehah.
Kepada Hafidz selamat menjalani kehidupan sebagai bapa dan bimbinglah amanah yang diberikan dengan sebaiknya.
Sumber: Instagram Hafidz Roshdi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas 11 tahun, doa Noh Salleh dan Mizz Nina untuk memiliki anak akhirnya dimakbulkan walaupun dengan kehadiran anak angkat. Itu pun dah buat ramai tumpang bahagia dan doakan yang baik-baik untuk keluarga mereka.
Menerusi Instagram Nina, sebelum ini mereka mengesahkan kehadiran seorang cahaya mata lelaki yang bernama Musa dalam kehidupan mereka.
Selebriti dan aktivis kemanusiaan itu juga mengakui yang Musa telahpun menjadi mahramnya.
Pada 15 Mac lalu, Noh Salleh yang juga merupakan vokalis band Hujan telah menyambut ulang tahun yang ke-37. Ucapan dari isteri tercinta sudah tentu mahukan suaminya sentiasa berada dalam jagaan Maha Pencipta dan terus dikurniakan kebahagiaan di dunia serta di akhirat.
Namun begitu, penulisan Noh Salleh di ruangan Instagramnya sedikit mengundang sebak apabila memikirkan umurnya yang kian bertambah.
Bertambah usia, lebih banyak fikir tentang kematian
Dengan status sebagai seorang bapa ketika ini, dia merasakan kehidupannya kini lebih memikirkan soal kematian.
Walau bagaimanapun, dia sangat bersyukur kerana dikelilingi orang-orang baik dan berharap kehadirannya di dunia ini lebih banyak memberi manfaat kepada orang lain berbanding kehancuran.
Dia juga memohon maaf andai pernah melakukan kesilapan dan kesalahan kepada orang lain kerana sedar dirinya tidaklah sempurna namun tetap berusaha menjadi lebih baik.
Minta jaga Nina dan Musa andai dirinya sudah tiada
Paling menyentuh hati ramai peminatnya sudah tentu pesanan ringkas supaya menjaga isterinya serta anak mereka, Musa andai dia tiba-tiba ‘pergi’ dalam masa terdekat ini.
Nukilan tersebut pastinya membuatkan ramai sebak kerana jarang melihat Noh menulis panjang lebar seperti itu.
Lebih membuatkan ulang tahun kelahirannya istimewa pada kali ini sudah tentu kehadiran cahaya mata yang sudah 11 tahun dinantinya dengan pelbagai cabaran serta usaha gigih.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Benarlah kata orang, anak perempuan sememangnya manja dengan ayahnya. Ayahlah yang menjadi hero dan cinta pertama untuk anak perempuannya. Begitu juga bagaimana seorang anak perempuan akan sentiasa menjaga ayahnya.
Bonding antara anak perempuan dan ayah berbeza dengan hubungan bersama ibunya. Manjanya anak perempuan dengan si ayah memang susah nak digambarkan dengan kata-kata.
Jika terjadi apa-apa kepada ayahnya, anak perempuanlah yang paling ketara menzahirkan emosi. Inilah yang boleh dilihat apabila anak perempuan kepada pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya yang menangis apabila melihat sesuatu terjadi kepada ayahnya.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram fattzuralovelife, Fatima dilihat menangis dan menahan perasaan sedihnya apabila melihat sebuah babak di mana Fattah dipukul. Dipercayai babak tersebut dari filem KL Special Force.
Sambil jarinya ditudingkan ke televisyen, Fatima memanggil Daddy dengan nada sedih. Air mata pun mengalir, punyalah sedih. Memang betullah Fatima sayangkan ayahnya tu. Tak sanggup tengok Fattah sakit kena pukul.
Sekadar recap, Fatima dilahirkan sekitar bulan Oktober 2020 hasil perkahwinan pasangan bahagia ini pada 27 November 2017.